Posts

Showing posts from February, 2019

PUISI: PERPISAHAN

Tak terbayang olehku, Waktu ini kan terjadi padaku, Tak terduga dalam benaku Waktu kejam kan melanda jiwaku. Perpisahan ini kan meneteskan air mata, Dalam kesedihan di selimuti kegembiraan, Perpisahan ini kan mengukir kenangan Dalam suka maupun duka. Bertahun lamanya kita bersama, Menggali bakat tuk kedepan, Perpisahan ini kan merindukan sesama, Perpisahan ini kan menumbuhkan kesadaran akan arti kebersamaan. Berpisah akhir pertemuan, Berpisah akhir kesenangan, Berpisah akhir kenangan, Berpisah tiada arti yang menyenangkan. Peluk eratlah semua orang disisimu, Peluk eratlah semua sahabat-sahabat tercintamu, Hingga kau teteskan air mata kerinduan, Hingga kau diam membisu. Karena ku tahu, Tak kan ada waktu lebih tuk kita, Tak kan berarti hidup ini tanpa ada pertemuan dan perpisahan. -Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi- -22 Februari 2019-

PUISI: SAHABAT

Sahabat adalah orang yang selalu ada buat kita, meski secara fisik raganya tidak sedang bersama kita, tetapi dengan puisi tentang sahabat yang kita tuliskan untuknya adalah sebuah cara untuk mempererat lagi tali persahabatan yang telah kita jalin selama ini, Jangan biarkan hubungan baik kalian terhenti. Jika sebelumnya kita telah menuliskan puisi cinta dan juga puisi kemerdekaan, maka di halaman khusus ini kami menghadirkan puisi tentang sahabat. Langsung saja cek kumpulan puisi persahabatan ini yang kami rangkum dari berbagai sumber.  -Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi- -21 Februari 2019-

TRAVELOG: LAST DAY WITH TEAM

22 Februari 2019, ini adalah hari terakhir aku di Sabah. Hari ni tak banyak sangat aktiviti sebab last day kan. Lagi pun flight kitaorang pagi, dalam pukul 11.45 pagi gitu. Jadinya, pagi-pagi buta kitaorang dah kena ada kat airport KK tu. Dalam pukul 3.30 pagi, kami semua berkumpul di gerai Mimy. Siap bawa barang-barang semua la, sebab nanti senang, terus bawa naik barang je nanti dalam van. Dah siap-siap semua berkumpul dekat gerai tu, terus kitaorang bawa naik barang dalam van. Nak susun-susun tu kan, barang banyak. Dalam pukul 4:00 pagi baru kitaorang gerak airport. Sampai airport dalam pukul 4.50 pagi macam tu. Tak de lah jauh sangat airport tu dengan rumah mimy sebenarnya, tapi sebab ada singgah-singgah kan. Sampai saja airport kami pun bawa la turun barang-barang semua siap-siap. Pastu ambik dua troli, letak bag-bag semua atas tu. Masuk dalam je kitaorang terus cari tempat duduk. Ye la, kan awal lagi, gate pun tak buka lagi kalau nak masuk. Dah jumpa tempat nak rest tu, kitao...

TRAVELOG: REWARD KAMI

21 Februari 2019, ini adalah hari terakhir aku dan rakan seperjuangan ku menjejakkan kaki di UMS dan ini juga merupakan hari Reward kami setelah bertungkus lumus berjihad untuk membantu orang-orang yang memerlukan di Sabah ini. Pada paginya, kami semua seperti sebelum ini iaitu pergi ke Library UMS untuk menyiapkan laporan. Mesti korang pelik kan, dah tiga hari pergi Library UMS tu, tak siap-siap lagi ke kan. Srs cakap memang banyak benda yang kitaorang perlu siapkan. Data-data pun kena rajin edit. Sebab setiap pembelian dan pergerakan kitaorang memang kena selalu key in. Lepas tu ada juga kerja-kerja yang kitaorang terpaksa tangguhkan dulu untuk buat benda lain. Tapi, ini semua merupakan satu cabaran dan pengajaran juga buat kami semua. Satu demi satu kesalahan kami nampak dan dari situ kami pelajari. Haaa pastu nak cakap juga, ini kan dikira macam hari terakhir juga laa kitaorang dekat Sabah. Sebab kalau dalam jadual tentatif, kita orang akan balik ke semenanjung pukul 11.45 pagi...

Puisi: Kongsi

Makan bersama Itu jawaban makanan terlezatku Bukan hanya dimakan sendiri Namun nikmat saat berbagi Saat makanan digelar rapi Saat semua mulai melingkari Mulailah kita makan bersama Dengan lahap semua gembira Nukilan Aimi Nadhirah bt Norhisham 21 Feb 2019

Travelog: Ikan bilis !

Image
          21 Februari 2019, seharian kami   duduk di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini kerana ada yang masih tidak menyiapkan tugasan yang diberikan walhal masih bertimbun kerjanya. Kami ke misi ini dengan satu tugasan iaitu sehari setiap seorang mesti melalukan sebuah travelog dan sebuah puisi.           Aku berasa sedikit tertekan kerana ada yang masih bertimbun kerjanya kerana mereka tangguhkan kerja harian mereka. Dalam perancangan ketua misi kami iaitu Kak Masitah Masirun bercadang untuk ke Pasar Filiphine untuk bersiar siar sebelum pulang akan tetapi kami dilarang oleh penasihat kami kerana ada diantara kami masih ada yang belum menyiapkan tugasan harian.            Aku hendak ke Pasar Filiphine ini dengan tujuan mahu membeli ikan bilis kiriman ibu ku. Dengan niat yang besar ni aku dapat menyiapkan tugasan aku malah disebabkan kawan kawan aku yang lain masih berusaha menyiapka...

Puisi: Termenung

Termenung... Termenung ku sendiri Wajah keriangan bermain difikiran Sungguh aku rindu Masih terngiang ngiang suara rakan rakan ku Sebak didada kian terasa Namun Kita terpaksa berpisah jua Kembali kepada orang tua masing masing Semoga kita disatukan kembali Nukilan  Aimi Nadhirah bt Norhisham 22 Februari 2019

PUISI - NAKHODA

Dunia ini penuh pancaroba Seperti kapal layar dilautan Dipukul ombak badai Kapal layar terhuyung-hayang Tanpa nakhoda yang memimpin Kapal layar akan ditelan ombak badai Mengawal kapal layar daripada ditelan lautan Bukanlah sesuatu perkara yang mudah Keteguhan kapal layar itu Bergantung pada nakhodanya Bagaimana nakhodanya Begitulah orang yang didalam kapal layar Solat Tiang yang perlu ditegakkan Doa Rintihan yang ingin didengari Zikir Amalan yang perlu dijaga Hati Tunjang utama untuk sesuatu perkara Permulaan nakhoda yang perlu dijaga Nakhoda yang akan membawa kita Kearah jalan yang dipilih Nakhoda dalam diri setiap manusia Masitah Masirun 19/02/2019

PUISI - PERTEMUAN

Siang malam Silih berganti Suka Duka Ragam sehari Setiap pertemuan Ada perpisahan Setiap perpisahan Ada Kebaikannya Jika diusahakan Perpisahan yang berlaku Akan menjadi manis bersama Untuk kita kenangkan kenangan bersama Jika ada jodoh Kita akan bertemu kembali Pertemuan semula akan menjadi Kenangan terbaru kita bersama Masitah Masirun 20/02/2019

PUISI - KENANGAN

Sabah Negeri dibawah Bayu Kehijauan Tersergam indah Kenangan yang terukir Pemandangan yang terlukis Menjadi memori manis Di antara kita Jika jodoh diantara kita kuat Sejauh mana kita berada Kita pasti akan bertemu jua Sampai bertemu kembali Masitah Masirun 21/02/2019

Puisi : Awan

Awan Aku bercerita pada angin Dengan nafasku yang berhembus dingin Yang tak pernah melawan Walaupun turun hujan Hanya pada awan aku bercerita Menceritakan kisah hidup pada sang awan Hidup yang penuh warna Warna yang begitu menawan Entah apa penyebab awan mendung Berbisik pelan penuh arti Meneteskan air mata tanpa arti Aku begitu terpana pada awan Yang begitu cerah dan menawan Yang jelas tak terbendung Ternyata ada bibir yang mengaung Mengaung menangis karna rindu Semua tertutup kabut          Tak ada celah untuk kabur Takut hati terkutuk Akhirnya aku memilih untuk melebur Disediakan oleh : Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin

PUISI - PERGI

Kini sepi kurasakan Bila kau tiada teman Pasti engkau kurindukan Engkau kukenangkan Senyum manismu juga katamu Ingatkan aku masa yang lalu Kasih dan rinduku jua doaku Selalu ada untukmu Masitah Masirun 22/02/2019

PUISI - SEMANGAT

Tiba sahaja Aku disini Engkau berlari-lari Mendapatkan aku Penantianmu Kini tiba di penghujungnya Penantianmu Bukanlah satu perkara yang sia-sia Kenangan bersamamu Mengusik kalbuku Betapa semangat Sentiasa berkobar-kobar Engakaulah Anak muda Harapan Nusa bangsa Teguhkan semangat Di dalam dirimu Untuk terus Mengubah dunia akhiratmu Masitah Masirun 18/02/2019

PUISI : Tanah

Tanah adalah cinta yang lain, yang menyambut dan memeluk tanpa bertanya: siapa ayahmu, apa suku bangsamu, apa agamamu. Tetapi di atas tanah yang dermawan itu kerakusan melepaskan amuk mesin-mesinnya. Hari-hari gelap seperti tanaman bertali-tali yang merambati pagarmu, mematikan semua bunga yang kaurawat di pekaranganmu. Kau boleh lupa, tetapi kau tak bisa lari. Kehidupan menggedor-gedor pintumu, meminta cintamu. Disediakan :Mummad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin

Puisi : Sungai Tagal

desir angin dan merdu air mengalir  nyanyian alam berirama tenang tentram penuh kedamaian lupakan sejenak penat di hati indah mempesona  alam desa batu-batu kali menghias sungai tak pernah luka walau air terus menghujam berikan keindahan dalam harmoni bilakah kekuatan batu ada di dalam diri' walau badai menhujam tetap berdiri tabah tawakal tak lupa diri jalankan hidup sampai di muara  Disediakan Oleh : Muhammad Muizzuddin Asyraf BIn Nasarudin die

POEM - Friendship is joyful (8\2\19)

Image
POEM   -   Friendship is joyful,                                                                                                                                                              Ohhh what a joy it is to have a friend like you,                  for giving me strength the way you do.                          For lifting me up when I’m feeling down ,                    a...

Puisi : Angin..

Angin….. Begitulah kita tau akan namanya. Angin tak dapat kita rengkuh. Namun kita dapat merasakan sentuhannya. Angin bisa bermanfaat bahkan juga bersahabat. Hingga kita bisa menikmatinya. Namun …. Kemarahan angin tak dapat kita menduga. Diantara kuasanya, angin meluluh lantakan semuanya. Tanpa ada yang tersisa di hadapannya. Angin…. Bisa menjadi kabar bahagia untuk mu. Bahkan bisa menjadi kabar isu bertopeng rindu. Pahamilah…. Kabar apa yang angin bawa untuk mu. Angin….. Tetaplah akan menjadi angin. Kemana pun ia akan berhembus. Kita tak akan pernah tau arah dan tujuannya. Itu lah angin dan kemegahannya. Disediakan Oleh : Muhammad Muizzuddin Asyraf BIn Nasarudin

Kami Pulang Dulu Bahh

Kami pulang dulu bah 22/2/2019 Wei Mus bangun da pukul berapa da ni Hassan mengejutkan aku kerana pada pagi itu kami akan bertolak pulang ke semenanjung pada ketika itu lagi 15 minit lagi akan pukul 4 pagi dan seperti yang kami bincang semalam kami akan berkumpul di Kedai mama Mimy pada pukul 4 pagi tetapi aku baru nak bangun mungkin kerana aku kepenatan semalam kerana penat berjalan dan menjaga sahabat-sahabat aku. Aku merasa bersalah kerana terlambat sementara mereka sudah pun menunggu kami di tempat yang dijanjikan setelah aku mandi aku pun bersiap-siap dengan pantas dan terus bergegas ke Kedai mama Mimy. Dan akhirnya tiba waktu kami akan pulang ke semenanjung seperti semalam aku baru tiba di negeri di bawah bayu dan sekarang aku akan pulang ke semananjung kenangan masih segar walaupun 2 minggu kami sini susah senang kami hadapi bersama-sama. Sama-sama kami sakit perut, sama-sama kami cirit birit sama-sama kami ada yang berkorban untuk sahabat yang lain demi mudahkan merek...

Terakhir

Terakhir 21/2/2019 - Hari-hari terakhir aku di sabah semakin tiba hanya menghitung hari sahaja kerana kami akan berangkat sebentar sahaja lagi. Aku akan meninggalkan sabah kurang dari 42 jam aku akan balik ke semenanjung. Walaupun agak berat meninggalkan negeri di bawah bayu ini. Aku harus meninggalkan juga kerana aku harus terus melangkah kehadapan memajukan diri agar diri ini menjadi berguna pada masa akan datang. Telah banyak kenangan yang aku dapat di  negeri bawah bayu ini pahit manis kami harungi bersama dalam masa 2 minggu ini kami membina ukhuwah yang sangat erat dan aku harap ukhuwah kami tidak berakhir di Sabah malah kami kekal sampai bila-bila in sha allah. Walau bagaimana pun hari-hari terakhir kami di Sabah kami berada di libary UMS untuk menyiapkan laporan akhir sebelum kami pulang ke semenanjung. Dan pada malam itu kami akan ke Pasar Philipine untuk membeli kudapan untuk kawan-kawan dan family, seterusnya di Pasar Philipine itu juga kami makan malam dengan ...

UMS, Ada Pantai

UMS, ada pantai beb 20/2/2019 - Rabu, 830 pagi kami bertolak dari rumah saudari Mimy dengan menaiki bas mini perjalanan pengambil masa kurang dari 15 minit sahaja, sampai di sana kami harus berjalan kaki dari depan pintu gerbang hingga ke tempat pertemuan antara pelajar UMS dan pelajar Unisel, untuk berjalan kaki kami mengambil masa dalam 6 ke 8 minit untuk sampai ke tempat yang dijanjikan. Tibanya disana kami disambut oleh Timbalam presiden UMS untuk menlanjutkan kunjungan hormat kami ke UMS selepas itu kami dijemput masuk ke satu bilik untuk membincangkan program-program yang kami akan adakan bersama mereka pada masa akan datang in sha allah. Dalam perbincangan yang kami dapat in sha allah program susulan akan diadakan dengan kami dan ABIM. Setelah tamatnya perbincangan kami dengan mereka kami dijamu sedikit makanan dan air untuk mengisi perut kami yang kosong. Usai makan kami pun dibawa mengelilingi UMS dengan menaiki boggi sebuah kereta yang dikhaskan untuk membawa pelawat ...

31449 Langkah Kami Di Kota Kinabalu

31449 langkah kami di Kota Kinabalu 19/2/2019 - Selepas kami membuat bicara santai bersama sisma ABIM kami pun bergerak ke untuk mencari tasbih ketua misi kami iaitu kak Mas kerana tasbihnya yang sebelum ini sudah rosak dan dari situ bermulalah cerita kami 31449 langkah kami di Kota Kinabalu. Usainya bicara santai bersama sisma ABIM kami pun bergerak mencari bas mini untuk ke Kota Kinabalu untuk mencari tasbih digital Kak Mas. Kami perjalan dan terus berjalan, kami pergi ke satu kedai ke satu kedai tetapi hasilnya tetap sahaja kosong walau agak kecewa kami tetap melanjutkan langkah kami ke dai yang lain. Hampir sebahagian Kota Kinabalu kami jelajah penat tak usah cakap kami memang penat tetapi kami harus terus bersama-sama menghadapi susah-senang bersama kerana kami adalah satu team satu family dan yang paling penting ialah kami adalah saudara sesama islam yang membawa kami terus bersama hingga membawa kami ke langkah-langkah yang sangat jauh. Akhirnya langkah kami membawa ke...

Aiq Panaih, Ranau

Aiq panaih, Ranau 18/2/2019 - RPH, Ranau pada 915 pagi aku dan sahabat-sahabat aku pergi ke rumah mimy salah seorang sahabat perjuanganku  di sini hari tujuan kami adalah pergi ke rumahnya dan sebelum itu kami akan pergi beberapa tempat bagi dilawati oleh kami. Dan pada ketika itu orang yang mengambil kami adalah abang kepada Mimy dan beliau juga akan menghantar kami ke tempat-tempat yang kami akan lawati. Antara tempat yang kami akan lawati ialah Hot spring, air terjun dan Kundasang, Dairy farm pertama sekali kami akan ke Hot Spring Ranau, perjalanan ke sana mengambil masa dalam 40 minit dari RPH ke Hot Spring Ranau. Dan seperti biasa aku akan menjadi photograph bagi grouo TURDA Sabah 6.0 kerja aku hanya mempotret mereka dan membuat video dekumentari tentang tempat yang kami akan lawati. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku tiada di dalam gambat kerana aku ada si photograph dan kalau di dalam family aku juga aku yang selalu aktif menjadi photograph mengambil gambar family. ...

Bye Bye Kg Luanti

Bye Bye Kg Luanti 17/2/2019 - Usai rutin harian kami pun bersiap-siap untuk bergerak ke RPH (Rumah Putera Harapan) kami pergi ke RPH dengan menaiki 2 kereta 1 dari pihak ABIM dan 1 dari pihak ust Sabri sendiri dengan menaiki 4x4 walaupun sebenarnya perjalanan kami ini tidaklah mencabar seperti hari-hari kami di Kg Muruk dan Sedul. Selepas itu kami pun bertolak dari Kg Luanti ke RPH mengambil masa dalam kira-kira dalam 30 ke 40 minit akan tetapi kami tiba lewat kami menyinggah ke rumah abg Syafiq untuk menghantar barangnya, rumah abg Syafiq terletak berdekatan dengan Pekan Ranau begitu juga dengan RPH yang sangat berdekatan dengan Pekan Ranau. Rumah ibu abg Syafiq sangat besar dan aku terkejut melihat kawasan rumahnya yang sangat luas dan mempunyai sebuah kolam ikan yang besar, kebun buah-buahan menurut abang Syafiq kawasan rumah tersebut juga di diami oleh saudara-mara mereka, mendengat sahaja dah membuat aku teruja dan ingin memiliki tanah yang luas agar adik-beradik aku dapat dud...

Gembira Dalam Duka

Gembira dalam duka 16/2/2019 Sabtu, tangga Sg Tagal - Selepas Zuhur kami membuat persiapan akhir seperti memasak untuk majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk Kg Muruk, Selepas itu makan tengah hari bagi mengisi perut kami yang sedang kosong meminta untuk di isikan, usai makan tengah hari maka kami pun membawa masuk sumbangan kepada penduduk Kg Muruk akan tetapi kami akan mengada majlis penutup itu di Sekolah Rendah kebangsaan Kananapon perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa dalam 10 minit saja kerana jalan agak okey berbanding jalan ke Kg Sedul agak mencabar. Setibanya kami di Sekolah Rendah Kebangsaan Kananapon pendudukan kg telah menunggu ketiba kami dan di sertai lauangan kanak-kanak yang memanggil nama kami mereka begitu bersemangat menyambut kedatangan kami ke sekolah mereka. Seterusnya, kami pun memulakan majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung serta kami juga membuat sukaneka untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Permain...

Borong Supermarket,Prghh Padat Gila Kete

Borong supermarket, prghh padat gila kete 15/2/2019,Jumaat, Masjid Kg Luanti- pagi-pagi itu selepas menyelesaikan aktiviti seperti biasa kami bersarapan dan setengah dari kami akan "bershoping" bagi membeli barangan persiapan majlis penutup untuk Kg Sedul dan Kg Muruk. Selepas sarapan kami bertolak dari Kg Luanti ke pekan ranai dalam pukul 10 pagi dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit, dalam perjalanan tersebut kami berbual-bual kosong bagi menghilangkan kebosanan dalam perjalanan sambil kami menikmati pemandangan yang indah dan keindahan serta kemegahan Gunung Kinabalu yang berdiri teguh membuat kami berdiam sebentar sambil-sambil kami memuji ciptaan Allah S.W.T dan mengambil foto bagi di jadi kenang-kenangan untuk masa akan datang. Setibanya kami di Pekan Ranau bagi membeli persiapan untuk esok, kami pun memasuk supermarket yang dicadangan oleh abang Syafiq yang selalu membantu kami disana, menurut abang Syafiq supermarket tersebut adalah yang termurah dan ...

Waktuku hampir tamat

Waktuku hampir tamat 14/2/2019- Adalah hari-hari terakhir aku mengajar mereka berat hati ini untuk meninggalkan mereka tambahan pula masih banyak lagi yang aku belum mengajar mereka rasa tangunjawab yang telah diberikan membuatkan aku ingin meneruskan mengajar mereka walaupun berat untuk aku meninggalkan mereka tetapi aku harus meneruskan perjuangan untuk misi ini yang masih belum selesai. Petang itu aku datang seperti biasa mengajar mereka dengan perasaan yang sangat berat kerana akan menyelesai tugas sebagai seorang yang sukarelawan dan aku akan berpisah dengan mereka dalam beberapa hari lagi. Seperti hari yang lain petang itu tidak ada yang istimewa bagi aku melainkan penat kerana berpuasa, walaupun aku masih penat tangunjawab yang diberikan dan kepercayaan orang-orang kg Muruk aku harus mengambil berat. Petang itu juga kami ada sesuatu untuk mereka iaitu experimen belon,air,botol dan serbuk soda boleh meniup belon itu menjadi besar, kedatangan pelajar non-muslim menambahkan...

PUISI - OHHH TEMAN

Ohhh teman... Kau dan Aku Adalah Sahabat Sahabat yang dikatakan Susah senang bersama Perjalanan kita bersama Kita tempuhinya Kita harunginya Bersama-sama Bermacam liku Sedih Gembira Perasaan yang bersatu Ukhuwah yang terbina Menguatkan lagi antara kita Dalam menjalinkan Hubungan ini Aku mengharapkan Tiada pemisah antara kita Yang membuatkan engkau Sentiasa bersamaku Masitah Masirun 17/02/2019

Travelog: Sungguh masa sangat mencemburui !!

Image
              22 Februari 2019- Sungguh masa sangat mencemburui kami, pejam celik dah tiba penghujungnya. Sebab di dada kian terasa. Sungguh tidak sangka pada hari ini masing-masing akan kembali ke pangkuan keluarga masing masing. Banyak kenangan manis sepanjang kami bersama yang  aku tidak akan melupainya.            Tepat jam 3 pagi, aku bangun dari tidur dan mencapai tuala dan mengemas barang barang kerana tepat pada jam 4 pagi kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke pangkuan keluarga masing masing. "Bangun !!! Bangun!! Siap siap kita nak gerak dah ni!!" suara lantang kak Mas kejutkan rakan rakan yang masih enak dibuai mimpi. Aku tergelak sendiri.          Lebih kurang jam 4:40 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dalam perjalanan aku ke airport, semua tidur kecuali aku dan hassan. Hassan yang sedang leka menyanyi manakala aku pula berderai ai...

PUISI - DIRIMU

Engkaulah Pembakar semangat Untuk aku meneruskan dakwah ini Tanpa dirimu Aku tidak akan Berdiri serperti ini Kerana dirimu Aku mampu Mengharunginya Dirimu Amat berharga Pada diriku Team TURDA Sabah 6.0 Keluarga dakwahku Masitah Masirun 15/02/2019

PUISI - TURDA MISIKU

Engkau sanggup Menggantikan harimu Untuk meneruskan Misi ini Engkau sanggup Mengharungi Pelbagai rintangan Sebelum misi ini Engkaulah Insan yang terpilih Untuk menjalankan Misi ini Engkaulah Insan yang dinanti-nantikan Misi bersama TURDA 6.0 kali ini Masitah Masirun 13/02/2019

PUISI - NIAT

Aku menggerakkan Langkah kakiku Aku beranikan diri Untuk menempuhinya Setiap langkah yang diatur Aku titipkan satu doa Permudahkan segala urusan Jauhkan daripada perkara yang tidak diingini Aku mengharapkan Hati-hati ini Dapat dijaga Sepanjang memikul amanah Dosa besar bagi dirinya Bila dimana kau jatuh Jatuh pada nafsu sendiri Kerana zikirmu kurang Aku mengharapkan Engkau tidak terpesong Daripada niat dan tujuan asal kau Kenapa kau berada disini Masitah Masirun 12/02/2019

TRAVELOG : TILL WE MEET AGAIN SABAH!!

Image
22/02/2019- Angin perlahan membelai muka ku, ku lihat langit ada helang, baruku perasan rupanya sudah tiba masanya untuk Kami pulang. Cepatnya masa berlalu. Tak sanggup di kenang kenangan manis sepanjang berada di Sabah ini. Semuanya Manis-Manis belaka.       Tepat jam 4:00 pagi, Kami bersiap-siap untuk bertolak ke Airport Kota Kinabalu memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Kami berada di Sabah. Sangat sedih sebenarnya. Terasa sebentar sahaja berada di sini. Rindu anak-anak di kampung. Semoga kita bertemu kembali di lain masa.        Sebelum berangkat, Kami bersalaman terlebih dahulu dengan mak kepada Mimy yang sudah banyak membantu. Terima kasih kerana menyediakn tempat penginapan di rumah kamu. Kami hargai  Sangat. Tanpa kamu kak mimy mungkin Kami tidak dapat diskaun nak beli buah tangan ..HaahahAhaha gurau sja bah. Banyak kenangn kita bersama di sini. Sampai gmbar tidur pun ada yang curi-curi ambil. Nakal betul diorang ni. Gigi...

PUISI : Kerjasama Berpasukan

Di saat kita jatuh ada yang menyambut, Di kala kita susah ada yang membantu, Di kala kita sedih ada yang menghiburkan, Di kala kita sakit ada yang menjaga. Ikatan persahabatan kunci sebuah ukhwah, Terjalinnya sesebuah hubungn itu adanya keikhlasan dan keredhaan daripada Ilahi, Manisnya bila bersahabat dibawah naunganNya, Buat sahabat, aku sayang kalian. NURFARHANA NAJWA YUSRI l KKIA I 22/02/19 l 10:30 am

TRAVELOG : OVERNIGHT TO KOTA KINABALU TOWN

21/02/2019 - Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di sini dan tidur di sini. Serius cakap hati ni Berat sangat nak balik esok pagi sebab terlalu banyak kenangan manis sepanjang Kami berada di sini. Tidak boleh nak lupa rasa macam nak tambah seminggu lagi. Sebab sedikit sebanyak dah kenal each other dalam team Turda Sabah Kali ni. Kami dah macam adik beradik. Sedih sangat.               Kami seharian duduk di Perpustakaaan UMS untuk siapkan tugasan such as travelog, laporan informatif dan lain-lain. Kalau tidak siap tak dapat pergi pasar Philippine malam ini. Dah lah hari ni je tinggal. Jam dah menunjukkan pukul 4 ptg. Aku risau tkut tak dapat pergi jalan-jalan malam ini. Yerlah Klau boleh nak beli buah tangan sikit untuk bawa balik. Aku awal2 sudah siap travelog semua lah. Cuma ada sesetengah kawan-kawan yang belum siap. Sebb sorang tak siap semua tak boleh pergi.             Jam kian menunjuk hampir pukul 5 pt...

TRAVELOG : REZEKI

TRAVELOG : REZEKI  Yakinlah rezeki itu jaminan Allah. Jangan sangka rezeki itu hanya terletak pada kewangan sahaja dan ramai yang tersalah tafsir akan konsep rezeki. Kini, majoriti individu menganggap rezeki diukur berdasarkan wang ringgit juga harta. Dan, individu yang kaya dengan harta benda dianggap paling banyak dilimpahi rezeki. Walhal sebenarnya, rezeki merangkumi banyak hal dan setiap manusia di muka bumi ini memiliki rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Akan tetapi, bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.     "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq Ayat 2-3) Rezeki juga boleh merangkumi kesihatan, jodoh, zuriat bahkan diberikan dugaan juga tergolo...

TRAVELOG - DUGAAN HARI TERAKHIR

Jumaat, 22/02/2019 : Akhirnya, tiba waktu yang ternanti, tapi dalam hati Allah sahaja yang tau. Sapa yang tak jatuh hati dekat tempat yang kita dah lama duduk. Sabah atau dikenali sebagai Negeri Dibawah Bayu, salah satu negeri yang masih meninggalkan kehijauan kepada sekalian manusia untuk merasainya. Aku yang tak pernah merasa bagaimana suasana kampung memang mengharap dapat merasai dengan lama. Tapi apakan daya, ini bukan negeri aku, aku datang disini untuk selesai urusan aku, bila dah selesai aku kena pulang semula di mana aku berada. Sedih jer ayat aku dengar. Melainkan kalau jodoh ada kat sini, macam tulah orang cakap kalau nak stay lama..hahaha.. jauh api dari panggang. Tolong jaga hati kau, jangan terpesong dari tujuan sebenar kau datang kat sini. Kami gerak dari rumah Mimy pukul 4 pagi tadi ke KKIA, airport KK. Ya Allah aku sangat berdosa waktu ni, gila solat Subuh aku hujung-hujung tanduk jer. Kenapa boleh macam ni, yalah satu dari pihak diorang memaksa nak beli luggage juga...

TRAVELOG - SEPANJANG PERJALANAN BERSAMA

Khamis, 21/02/2019 : Minggu settlekan laporan, kami team TURDA Sabah 6.0 berkampung di Library UMS dari pagi sampai petang. Bereskan tugas yang tergendala. Kenapa kami pilih Library UMS, sebab ni lah tempat yang selesa yang dapat dijumpai. Nak pergi ke Library UMS pun senang, sebab senang nak dapat bas awam. Masing-masing bertungkus-lumus settlekan laporan sepanjang berada di Library UMS. Rezeki kami, petang tu kami dapat kebenaran ke Pasar Filiphine. Kalau ikutkan kami tak dapat pergi ke Pasar Filiphine selagi tak siapkan laporan. Tapi kami diberi kelonggaran sedikit, sebab hari terakhir kat sini kan, esok dah balik ke semenanjung. Laporan tetap laporan, laporan mesti settlekan juga selepas itu. Pasar Filiphine ni adalah rewards untuk kami team TURDA Sabah 6.0 kerana telah bertungkus-lumus menghadapi selama 2 minggu ni. Bagi kelonggaran sedikit untuk rehat. Petang tu Kak Kiya atau nama sebenar Nur Shakiya binti Ussen merupakan senior kami datang ke KK. Jauh tu Kak Kiya datang...

PUISI - HATI-HATI INI

Engkau mengetahui Bahawa hati-hati ini Telah berkumpul Kerana mengasihiMu Bertemu Mematuhi perintahMu Bersatu Memikul beban dakwahMu Hati-hati ini Telah mengikat janji setia Mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkanlah akan ikatannya Kekalkan kemesraan Antara hati-hati ini Tunjukkanlah Kepada hati-hati ini Dengan limpahan ImanMu Keindahan Tawakkal kepadaMu Hidup suburkanlah Hati-hati ini Dengan pengetahuan Sebenar tentangMu Jika Engkau Mentakdirkan mati Maka matikanlah Pemilik hat-hati ini Sebagai para syuhadah Dalam perjuangan agamaMu Engkaulah Sebaik-baik sandaran Sebaik-baik penolong Perkenankanlah permintaan ini Masitah Masirun 10/02/2019

TRAVELOG: UMS AWESOME

Image
20 Februari 2019, hari ni merupakan hari penting juga kami dia Sabah. Kerana ada Kunjungan Hormat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dan hari ini jugalah aku dapat tahu banyak kelebihan UMS ni. Macam-macam tempat mereka bawa kitaorang melawat. Kami di Sabah ni memang kebanyakannya berjalan kaki untuk ke mana-mana. Kami berjalan masuk dari pintu gerbang UMS itu sehinggalah Anjung Siswa. Jauh juga, sebab kami banyak pusing-pusing tak tahu jalan. Sampai saja di Anjung Siswa, kami disambut oleh MPP UMS. Ramai juga diaorang punya MPP sambut kitaorang. Kalau nak list kan satu-satu tak ingat rasanya. Diaorang ni mula-mula nampak macam biasa je, tapi bila dah agak lama dengan diaorang tu, memang terasa la diaorang punya profesional tu. Sama juga seperti di Pejabat ABIM kami berbincang, tapi kali ni berkoloborasi dengan pihak UMS untuk next Program. Selepas perbincangan, kami di bawa kunjung mengunjung di dalam UMS. First sekali, kami di bawa ke Library. Walaupun kami dah pergi semalam, ...