TRAVELOG : TILL WE MEET AGAIN SABAH!!



22/02/2019- Angin perlahan membelai muka ku, ku lihat langit ada helang, baruku perasan rupanya sudah tiba masanya untuk Kami pulang. Cepatnya masa berlalu. Tak sanggup di kenang kenangan manis sepanjang berada di Sabah ini. Semuanya Manis-Manis belaka.

      Tepat jam 4:00 pagi, Kami bersiap-siap untuk bertolak ke Airport Kota Kinabalu memandangkan hari ini merupakan hari terakhir Kami berada di Sabah. Sangat sedih sebenarnya. Terasa sebentar sahaja berada di sini. Rindu anak-anak di kampung. Semoga kita bertemu kembali di lain masa.

       Sebelum berangkat, Kami bersalaman terlebih dahulu dengan mak kepada Mimy yang sudah banyak membantu. Terima kasih kerana menyediakn tempat penginapan di rumah kamu. Kami hargai  Sangat. Tanpa kamu kak mimy mungkin Kami tidak dapat diskaun nak beli buah tangan ..HaahahAhaha gurau sja bah. Banyak kenangn kita bersama di sini. Sampai gmbar tidur pun ada yang curi-curi ambil. Nakal betul diorang ni. Gigit baru tahu. Kita dah macam adik beradik kan. Seronok kenal team Turda Kali ini. Semuanya sporting dan kelakar. Dah kenal perangai masing-masing.


Antara gmbar tidur yang diorang curi-curi ambil.

            
          Alhamdulillah, tugasan kita untuk turda 6.0 selesai juga akhirnya. Tetapi ia tidak bermakna sampai di sini shaja 
Perjuangn kita. InshaAllah Kami akan meneruskan tugas Kami as a VOLUNTEER sampai hujung hayat Kami. Kalau semua orang tahu bagaimana rasa dan perasaan menjadi seorang VOLUNTEER, pasti ramai yang akan turut serta. Kami Sudah merasai anda bila lagi. Klau rsa diri tidak boleh susah tidak boleh kena panas Dan hujan, tidak boleh hadapi tekanan, tidak boleh rasa sakit, tidak boleh berkorban harta tidak boleh itu ini , pastikan diri kita ni tidak mati dulu. Sebab guru aku pernah brrkata,"hidup ini sekali je takkan nak hidup biasa-biasa kenalah hidup luar biasa. That why kita kena pastikan hidup kita biar Luar biasa. Kalau hidup sekadar hidup
Babi di hutan juga boleh hidup.
     
        So, jam pun dah hampir pukul 10.30 am. Kami dah nak kena masuk boarder sudah. Tiket Kami jam 11.00 am. Alhamdulillah bersyukur sangat sampai tahap ini. Terima kasih khususnya kepada En Izwan selaku penasihat Kami. Tanpa ketegasan dan tunjuk ajar beliau serta nasihatnya mungkin proses dan program Turda ni tidak berjalan sebaiknya. Puas hati sangat. Terima kasih kepada semua yg terlibat. Tarnish semua. Report jangan lupa siapakan. Hehehe Semoga bertemu lagi. Wassalam.

Gambar sebelum berangkat pulang ke KLIA.

Gambar kenangan bersama Team Turda 6'0. 


NURFARHANA NAJWA YUSRI l  AIRPORT KITA KINABALU l 22/02/2019 



Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..