Travelog: Sungguh masa sangat mencemburui !!
22 Februari 2019- Sungguh masa sangat mencemburui kami, pejam celik dah tiba penghujungnya. Sebab di dada kian terasa. Sungguh tidak sangka pada hari ini masing-masing akan kembali ke pangkuan keluarga masing masing. Banyak kenangan manis sepanjang kami bersama yang aku tidak akan melupainya.
Tepat jam 3 pagi, aku bangun dari tidur dan mencapai tuala dan mengemas barang barang kerana tepat pada jam 4 pagi kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk pulang ke pangkuan keluarga masing masing. "Bangun !!! Bangun!! Siap siap kita nak gerak dah ni!!" suara lantang kak Mas kejutkan rakan rakan yang masih enak dibuai mimpi. Aku tergelak sendiri.
Lebih kurang jam 4:40 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Dalam perjalanan aku ke airport, semua tidur kecuali aku dan hassan. Hassan yang sedang leka menyanyi manakala aku pula berderai air mata dek kerana nak berpisah dengan rakan seperjuangan. Terlalu banyak kenangan kami bersama adakalanya duka adakalanya suka. Akan ku semai memori indah bersama mereka dalam ingatan aku.
Setibanya kami di airport, kami memunggah barang dari van. Suasanya yang sungguh sepi, masing masing mendiamkan diri sejak dalam perjalanan ke airport tadi. Aku menyanyi untuk memeriahkan keadaan dan ada yang sambung nyanyian aku dan baru lah suasan agak riuh seperti kebiasaan.
Jam 11:45 pagi, kami menaiki kapal terbang. Aku ditetapkan untuk duduk berasingan dengan kawan kawanku, aku berasa agak cuak kerana satu barisan aku semuanya lelaki. Memandangkan kerusi sebelah aku kosong, aku mengajak seorang kawan aku untuk menemani aku sepanjang berada dalam kapal terbang almaklumlah aku ni anak dara, risau apa apa akan terjadi. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Sebelum pulang kami bersalam salaman dan berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda perpisahan .
Disediakan oleh
Aimi Nadhirah Bt Norhisham
22 Februari 2019
KKIA

Comments
Post a Comment