TRAVELOG: UMS AWESOME

20 Februari 2019, hari ni merupakan hari penting juga kami dia Sabah. Kerana ada Kunjungan Hormat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dan hari ini jugalah aku dapat tahu banyak kelebihan UMS ni. Macam-macam tempat mereka bawa kitaorang melawat.

Kami di Sabah ni memang kebanyakannya berjalan kaki untuk ke mana-mana. Kami berjalan masuk dari pintu gerbang UMS itu sehinggalah Anjung Siswa. Jauh juga, sebab kami banyak pusing-pusing tak tahu jalan. Sampai saja di Anjung Siswa, kami disambut oleh MPP UMS. Ramai juga diaorang punya MPP sambut kitaorang. Kalau nak list kan satu-satu tak ingat rasanya. Diaorang ni mula-mula nampak macam biasa je, tapi bila dah agak lama dengan diaorang tu, memang terasa la diaorang punya profesional tu. Sama juga seperti di Pejabat ABIM kami berbincang, tapi kali ni berkoloborasi dengan pihak UMS untuk next Program.

Selepas perbincangan, kami di bawa kunjung mengunjung di dalam UMS. First sekali, kami di bawa ke Library. Walaupun kami dah pergi semalam, ternyata banyak lagi tempat-tempat yang menarik kami belum terokai sendiri. Banyak la bilik-bilik yang menarik. Contohnya, bilik komputer yang ada sebanyak 500 buah, bilik Koleksi Perdana iaitu koleksi perdana menteri dari pada yang first sampai la yang sekarang ni, dan banyak lagi lah bilik-bilik yang menarik.

Seterusnya kami bergerak ke Muzium UMS. Aku terkejut juga bila dapat tahu Universiti ni ada Muzium sendiri. Jadinya tu memang jadi tarikan la untuk orang berasa nak belajar dekat situ. Lepastu dia ada sejarah-sejarah bagaimana UMS ini tercipta, siapa tokoh-tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada UMS, medal-medal dan percapaian UMS ni, dan barang-barang antik yang dicipta oleh UMS. Memang sangat menarik.

Selesai saja di Muzium kami di bawa pula ke Pantai UMS. Fuhhh ini lagi lah awesome. Bayangkan la universiti ada pantai sendiri. Dengan air yang sangat jernihnya lagi. Dah macam Maldive. Kami di bawa ke sana menaiki Buggy (Kereta Golf). Sebab kalau nak jalan kami memang terasa jauh dia. Jadi nya memang nampak la kawasan sekeliling dalam perjalan nak ke pantai tu. Sampai saja di pantai itu, banyak juga aktiviti yang kami buat. Contohnya Kultis 30saat, bergambar, beramah mesra dengan kuda dan banyak lagi.

Selepas itu, kami pulang semula ke Library untuk majlis penutupan. Penutupan seperti biasa itu iaitu pemberian Sijil Penghargaan dari pada pihak kami (Pihak UNISEL) dan kami juga menerima cenderahati dari pada mereka (Pihak UMS). Kami bersalam-salaman dan membawa diri.


-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-21 Februari 2019-
- 1:55 p.m.-
-Library UMS, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..