Travelog: Ikan bilis !
21 Februari 2019, seharian kami duduk di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini kerana ada yang masih tidak menyiapkan tugasan yang diberikan walhal masih bertimbun kerjanya. Kami ke misi ini dengan satu tugasan iaitu sehari setiap seorang mesti melalukan sebuah travelog dan sebuah puisi.
Aku berasa sedikit tertekan kerana ada yang masih bertimbun kerjanya kerana mereka tangguhkan kerja harian mereka. Dalam perancangan ketua misi kami iaitu Kak Masitah Masirun bercadang untuk ke Pasar Filiphine untuk bersiar siar sebelum pulang akan tetapi kami dilarang oleh penasihat kami kerana ada diantara kami masih ada yang belum menyiapkan tugasan harian.
Aku hendak ke Pasar Filiphine ini dengan tujuan mahu membeli ikan bilis kiriman ibu ku. Dengan niat yang besar ni aku dapat menyiapkan tugasan aku malah disebabkan kawan kawan aku yang lain masih berusaha menyiapkan tugasan kami menyiapkan tugasan di perpustakaan UMS. Aku sedikit kebosanan apabila di perpustakaan kerana aku sudah siap tugasan harian aku.
Selepas baca Al-mathurat...."Jom kita pergi pasar Filiphine" kak masitah berkata. Aku kaget!! adakah aku bermimpi ke ?? Aku rasa mahu melompat kerana gembira dapat juga akhirnya aku ke pasar untuk mencari barang kiriman ibu.
Setelah tiba di pasar, angin di pasar bertiup tiup sepoi. Rupa rupanya pasar ini betul betul sebelah laut. "Arghhhh seronoknya!!!" jerit kecil hatiku. Kami memburu makanan terlebih dahulu kerana masing masing kelaparan. Selepas makan barulah kami memusing musing pasar.. Kami bersiar siar di pasar sekejap sahaja kerana pasar mulai tutup kami pun sudah gerak pulang.
Disediakan oleh
Aimi Nadhirah bt Norhisham
21 Februari 2019

Comments
Post a Comment