PUISI - HATI-HATI INI

Engkau mengetahui
Bahawa hati-hati ini
Telah berkumpul
Kerana mengasihiMu

Bertemu
Mematuhi perintahMu
Bersatu
Memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini
Telah mengikat janji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan
Antara hati-hati ini
Tunjukkanlah
Kepada hati-hati ini

Dengan limpahan
ImanMu
Keindahan
Tawakkal kepadaMu

Hidup suburkanlah
Hati-hati ini
Dengan pengetahuan
Sebenar tentangMu

Jika Engkau
Mentakdirkan mati
Maka matikanlah
Pemilik hat-hati ini
Sebagai para syuhadah
Dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah
Sebaik-baik sandaran
Sebaik-baik penolong
Perkenankanlah permintaan ini


Masitah Masirun
10/02/2019

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..