Gembira Dalam Duka
Gembira dalam duka
16/2/2019 Sabtu, tangga Sg Tagal - Selepas Zuhur kami membuat persiapan akhir seperti memasak untuk majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk Kg Muruk,
Selepas itu makan tengah hari bagi mengisi perut kami yang sedang kosong meminta untuk di isikan, usai makan tengah hari maka kami pun membawa masuk sumbangan kepada penduduk Kg Muruk akan tetapi kami akan mengada majlis penutup itu di Sekolah Rendah kebangsaan Kananapon perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa dalam 10 minit saja kerana jalan agak okey berbanding jalan ke Kg Sedul agak mencabar.
Setibanya kami di Sekolah Rendah Kebangsaan Kananapon pendudukan kg telah menunggu ketiba kami dan di sertai lauangan kanak-kanak yang memanggil nama kami mereka begitu bersemangat menyambut kedatangan kami ke sekolah mereka.
Seterusnya, kami pun memulakan majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung serta kami juga membuat sukaneka untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Permainan yang pertama yang kami main ialah cari gula-gula dalam tepung dan permainan ini dimulakan dengan kanak-kanak, kami membentuk 4 kumpulan untuk bermain permainan ini dan setiap kumpulan yang menang akan dikira 4 mata jika pasukan mereka menang tempat pertama bagi setiap permainan dan 3 mata bagi tempat kedua, 2 mata bagi tempat ketiga akhir sekali 1 mata bagi tempat terakhir.
Suasana ceria ketika permainan berlangsung bunyi riuh suara ibu bapa mereka menambahkan lagi suasana ceria ketika berlangsung dan pada ketika itu aku sibuk mengambil gambar bagi di jadikan kenangan dan laporan pada akhir misi nanti.
Selepas tamat permainan pertama suasana kembali agak tenang walaupun bunyi riuh sorakan kemenangan masih boleh didengari oleh aku dan kumpulan yang menang pada permainan tersebut ialah kumpulan 1, 2 dari mereka ialah si Nazril dan si Amir aku merasa lega kerana yang menang itu adalah anak murid aku sendiri hahahaha jujur aku katakan aku berharap mereka akan menang dalam permainan tersebut.
Setelah permainan pertama selesai tiba masanya pula untuk permainan pertama bagi golongan dewasa iaitu permainan mereka ialah tangkap telur permainan yang berbentuk fokus untuk menangkap telur yang dibaling oleh pasukan mereka dan setiap pasukan mempunyai 2 orang, yang paling penting dalam permainan ini ialah jangan biarkan telur ini pecah jika pecah maka dikira terkeluar permainan ini juga dikira 3 pemenang sahaja.
Bermulanya permainan tersebut bunyi riuh ibubapa yang menjerit menangkap telur dan ketawa mereka mula menceriakan kembali suasana majlis penutupan dan pada ketika itu aku terlupa bahawa aku akan meninggalkan mereka ntah untuk selamanya atau sementara dan aku hanya fokus mepotret suasana pada ketika itu, pada hari itu juga aku berlari-lari mempotret mereka bermula dari pagi di Kg Sedul yang juga mempunyai majlis yang sama aku terus mempotret mereka.
Selesainya permainan bagi ibubapa atau dewasa seterusnya kami pun mulakan permainan bagi kanak-kanak iaitu baling belon air ke belakang nama permainan ini aku lupa pulak maaf ye membaca walauapapun permainan ini memerluka kerjasama kumpulan yang sangat tinggi dan fokus yang bagus untuk menangkap belon air tersebut sama seperti permainan tadi juga.
Seperti biasa suasana jerit ketawa memenuhi padang sekolah mereka, mereka juga kelihatan gembira dan sahabat-sahabat aku yang lain juga kelihatan gembira melayani kanak-kanak Kg Muruk dan aku mereka juga merasa hal yang sama dengan aku iaitu berat untuk meninggalkan mereka berat untuk kerana kami sudah terlihat akrab dengan mereka dan aku sudah menggangap beberapa dari mereka seperti adik aku sendiri memandangkan aku tidak mempunyai adik lelaki perasaan sayang kepada mereka mulai tumbuh dan itu menyukarkan aku untuk meninggalkan mereka.
Selesainya permainan baling belon yang berisi air itu dan kami pun mengumumkan pemenang dari tempat pertama hingga keempat tempat pertama yang dimenangi oleh kumpulan 2 salah seorang mereka juga anak murid aku jadi lega jugalah bila anak murid sendiri yang menang dan tempat kedua dimenanggi oleh kumpulan 4 manakal tempat ketiga ialah kumpulan 3.
Seterusnya, ialah majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada penduduk Kg Muruk yang akan diedarkan oleh pengerusi surau Kg Muruk sekaligus majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemanang sukaneka kategori kanak-kanak dan dewasa.
Akhirnya acara yang di tunggu oleh penduduk kg pun tiba iaitu majlis penutup dan penyerahan sumbangan sekagilus hadiah2 untuk pemenang sebenarnya ada 2 game lagi yang aku tidak cerita oleh kerana pemenang 2 permainan tersebut bukan dari murid aku makanya aku terlupa siapa yang menang permainan tersebut.
Berbalik kepada majlis penutupan dan penyerahan sumbangan itu kami mulakan dengan ucapan pengerusi surau dan ucapan dari wakil ABIM iaitu Ust Sabri serta abang syafiq, abang Khairul yang selama ini membantu kami menjayakan misi sukarelawan kami kalau tiada mereka pasti susah kami nak berhubung dengan pengerusi surau Kg Muruk, selepas itu wakil kami juga turun memberi ucapan kepada penduduk Kg Muruk yang berwakilkan aku, pada ketika itu aku gugup memberi ucapan pada penduduk Kg Muruk kerana ini adalah kali pertama dihapan umum serta kami juga mempersembahkan sebuah puisi ringkas yang kami buat khas untuk penduduk Kg Muruk walaupun aq agak gugup untuk membuat kedua-duanya sekali aku fikir aku harus mencuba dan memberi peluang kepada diri sendiri agar dapat memajukan diri ke tahap seterusnya.
Usai semua yang berwajib di atas berucap maka tibanya masa untuk mengagihkan sumbangan serta mengumumkan pemenang bagi sukaneka dan mengagihkan sumbangan.
Pemenang akan diberikan oleh ust Sabri manakala untuk sumbangan akan diagihkan sendiri oleh pengerusi Surau Kg Muruk kepada pemenang.
Usai selesai menyelesai perkara-perkara diatas tibanya masa kami berangkat pulang ke Kg Luanti tempat penginapan kami dan tibanya waktu perpisahan bagi kami Geng Muruk rasa sedih gembira kecewa bercampur baur kerana perpisahan tersebut walaupun perpisahan bukanlah pengakhiran dan akan menjadi permulaan yang baik in sha allah sedih perasan sedih apabila benar-benar akan terjadi beberapa dari kami menitis air mata dan aku hampir menitiskan air dan taktala aku menulis travelog ini akan menjadi kenangan indah buat aku kenangan yang paling indah buat aku berada di tempat orang, pesan terakhir aku adalah jangan undur kecuali operasi -Zero-
Disediakan:Muhammad Muizzuddin Asyraf
Bin Nasarudin
Tempat:ABIM, Ranau

Comments
Post a Comment