TRAVELOG : OVERNIGHT TO KOTA KINABALU TOWN


21/02/2019 - Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di sini dan tidur di sini. Serius cakap hati ni Berat sangat nak balik esok pagi sebab terlalu banyak kenangan manis sepanjang Kami berada di sini. Tidak boleh nak lupa rasa macam nak tambah seminggu lagi. Sebab sedikit sebanyak dah kenal each other dalam team Turda Sabah Kali ni. Kami dah macam adik beradik. Sedih sangat.

              Kami seharian duduk di Perpustakaaan UMS untuk siapkan tugasan such as travelog, laporan informatif dan lain-lain. Kalau tidak siap tak dapat pergi pasar Philippine malam ini. Dah lah hari ni je tinggal. Jam dah menunjukkan pukul 4 ptg. Aku risau tkut tak dapat pergi jalan-jalan malam ini. Yerlah Klau boleh nak beli buah tangan sikit untuk bawa balik. Aku awal2 sudah siap travelog semua lah. Cuma ada sesetengah kawan-kawan yang belum siap. Sebb sorang tak siap semua tak boleh pergi.

            Jam kian menunjuk hampir pukul 5 ptg. Bertambah gelisah aku dibuatnya. Kami masih berada di Perpustakaaan UMS. Dah pukul berapa nak pi jejalannya kan. Aku pun Bantu lah kawan yang mana perlukan bntuan. Tiba-tiba dapat panggilan daripada Penasihat katanya urgent nak cakap dengan ketua program Kami iaitu kak Mas. Aku seperti dapat rasakan berita baik yang dismpaikan oleh Penasihat. Terlihat wajah berseri kak Mas ketika berbual dengan Penasihat tersebut.

           Rupanya dapat keizinan daripada Penasihat untuk pergi jalan2 malam ni. Tetapi dengan syarat pastikan semua tugasan siap. Fuhhhhh nafas lega dibuatnya. Happy sangat Time tu. Tapi malas nak tunjuk. Yang lain semua excited and cepat2 kemas barang. Kami pun cepat-cepat  berkemas sebb dah lewat nak ke Bandar Kota Kinabalu. Sebelum tu, Kami bergamabar puas-puas dulu di UMS sampai lah jam 6.30 pm. Kemudian solat maghrib terlebih dahulu.
   
          Selesai solat, Kami berkumpul untuk mnunggu bas. Mencabar betul bila time bas tiada sangat. Yang ada pun tpi driver penat plak. Kami pun lepak dalam bas dia sambil tunggu kawan dia dtg ambil Kami. Seronok sangat Time ni. Kami nynyi sama2. Orang lain pndang je. Suara Kami mengamit suasana. Beberapa Minit kemudian, tiba kawanya dengn menaiki van. Masalahnya van dia penuh dah. Nak taknak Kami pun berhimpit lah. Gigih semata mata nak ke Bandar.

           Hampir jam 9 mlm baru Kami tiba di Bandar KK. ALhamdulillah sampai juga. Kami terus ke pasar Philippine. Jalan2 beli kuih sedap. Makan maknan laut.perhhhhh sedap sangat.  Jalan punya jalan semua dah kepenatan. Jam pun sudah 12 lebih. Kami buat keptusan untuk pulang ke rumah Mimi. Sebab nak kemas barang lagi untuk balik semenanjung pagi esok. Memang seronok malam tu. Rindu sangat. Jam 1 pagi baru sampai umah.  Semoga dapat terjumpa lagi. Wallahualam...

NURFARHANA NAJWA YUSRI l 21/02/2019 l KOTA KINABALU

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..