TRAVELOG - SEPANJANG PERJALANAN BERSAMA
Khamis, 21/02/2019 : Minggu settlekan laporan, kami team TURDA Sabah 6.0 berkampung di Library UMS dari pagi sampai petang. Bereskan tugas yang tergendala. Kenapa kami pilih Library UMS, sebab ni lah tempat yang selesa yang dapat dijumpai. Nak pergi ke Library UMS pun senang, sebab senang nak dapat bas awam. Masing-masing bertungkus-lumus settlekan laporan sepanjang berada di Library UMS.
Rezeki kami, petang tu kami dapat kebenaran ke Pasar Filiphine. Kalau ikutkan kami tak dapat pergi ke Pasar Filiphine selagi tak siapkan laporan. Tapi kami diberi kelonggaran sedikit, sebab hari terakhir kat sini kan, esok dah balik ke semenanjung. Laporan tetap laporan, laporan mesti settlekan juga selepas itu. Pasar Filiphine ni adalah rewards untuk kami team TURDA Sabah 6.0 kerana telah bertungkus-lumus menghadapi selama 2 minggu ni. Bagi kelonggaran sedikit untuk rehat.
Petang tu Kak Kiya atau nama sebenar Nur Shakiya binti Ussen merupakan senior kami datang ke KK. Jauh tu Kak Kiya datang, Kak Kiya duduk kat Kudat, dari Kudat ke KK ambil 3 jam juga nak sampai. Asalnya Kak Kiya nak datang semalam tapi ada hal yang tak dapat nak elakkan, tu yang Kak Kiya dapat datang hari ini.
Dah lama tak jumpa Kak Kiya, last aku jumpa Kak Kiya masa dia convo tahun lepas. Terubat rindu juga dengan Kak Kiya. Sepanjang aku belajar, Kak Kiyalah yang aku paling rapat, orang kata macam belangkas. Kat mana ada Kak Kiya pasti aku ada juga, ataupun kat mana aku ada kat situ ada Kak Kiya. Hahaha.
Sebelum nak jumpa tu, kelakar pula aku rasa, yelah aku ni slang Sabah tak berapa jelas, atau telinga aku yang bermasalah..hahaha maaf Kak Kiya kena sebut banyak kali. Kak Kiya call aku tanya aku kat mana, masa tu kami di tengah pasar tempat bahagian makanan. Aku tanya Kak Kiya kat mana, tapi aku tak faham perkataan yang disebut oleh Kak Kiya. Aku fikir perkataan ni mesti perkataan orang Sabah guna, mungkin Mimy tau. Aku minta bantu Mimy, mungkin dia faham apa yang Kak Kiya sebut.
Perbualan pun dimatikan. Seketika kemudian aku tercari-cari Kak Kiya, tiba-tiba aku dengar ada yang panggil aku..Mass..aku toleh belaknag, Kak Kiya. Kak Kiya terus peluk, huhuhu tak sangka Kak Kiya boleh kenal aku dari belakang. team TURDA Sabah 6.0 bersalaman dengan Kak Kiya, ada sebahagian yang pernah jumpa Kak Kiya, ada yang baru sahaja yang pertama kali jumpa Kak Kiya.
Kami teruskan misi pertama kami, iaitu mencari makanan seafood. Pasar Filiphine ni terkenal dengan makanan seafood, ramai pengunjung kat sini. Kat sini banyak yang jual makanan seafood, kalau pekerja tak ramah, tak adalah pelanggan yang akan datang.
Misi seterusnya, jalan-jalan sekitar Pasar Filiphine, ada yang beli cenderahati untuk keluarga masing-maisng, ada yang hanya cuci mata sahaja sepanjang jalan. Banyak yang aku sembang dengan Kak Kiya sepanjang jalan di Pasar Filiphine. Semasa di bahagian cenderahati, aku terlihat topi dengan tulisan Sabah Borneo, perhhh tertarik aku dengan topi tu. Mula-mula Kak Kiya dah offer nak belanja tapi memikirkan aku dan team TURDA Sabah 6.0 nak ada topi yang sama, tu yang aku tolak, takut tak adil kalau aku jer yang ada. Tapi topi tu tak jadi beli sebab aku dan team TURDA Sabah 6.0 nak beli topi warna yang sama. Penjual tu kata tak ada semua yang sama, ada yang sama pun beberapa sahaja. Kecewa jugalah aku tak dapat nak beli topi tu. Dah lama aku idamkan topi.
Diorang ajak jalan kat pasar malam kat luar sebab ada yang nak beli sesuatu. Masa masuk pasar malam tu aku ada nampak berbagai topi...hehehe tapi topi jenama lain lah tak sama macam tadi, cuba juga cari topi Sabah tu, memang tak ada pun. Kak Kiya offer sekali lagi, tapi disebabkan topi mahal sikit daripada topi tadi, Kak Kiya kata kita bayar setengah-setengah, aku..hehehe mestilah nak. Aku ok jer setengah-setengah, tapi kira macam hadiah dari Kak Kiya.
Sepanjang satu hari ni, memang banyak rezeki yang diberi pada aku, secara kita sedar ataupun tanpa kita tak sedar. Sebenarnya aku rasa bukan satu hari ni je, tapi sepanjang 2 minggu misi ini dijalankan. Kadang-kadang aku rasa macam, riak pula aku rasa..hehehe, kamikan kena amalkan zikir sepanjang 2 mingu kat Sabah, aku pilih Ar-Razzak. Macam kebetulanlah aku pilih zikir ni. Tapi rezeki yang diterima bukan untuk aku sahaja tapi team TURDA Sabah 6.0 sekali. Aku harap zikir aku ni tak henti disini sahaja, in sha Allah. Dan team TURDA Sabah 6.0 harap kita sama-sama istiqomah dalam amalan kita sepanjang misi ini dijalanakan. Sayang korang semua kerana Allah.
MASITAH MASIRUN
21/02/2019
RUMAH MIMY, KOTA KINABALU
Comments
Post a Comment