Borong Supermarket,Prghh Padat Gila Kete
Borong supermarket, prghh padat gila kete
15/2/2019,Jumaat, Masjid Kg Luanti- pagi-pagi itu selepas menyelesaikan aktiviti seperti biasa kami bersarapan dan setengah dari kami akan "bershoping" bagi membeli barangan persiapan majlis penutup untuk Kg Sedul dan Kg Muruk.
Selepas sarapan kami bertolak dari Kg Luanti ke pekan ranai dalam pukul 10 pagi dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit, dalam perjalanan tersebut kami berbual-bual kosong bagi menghilangkan kebosanan dalam perjalanan sambil kami menikmati pemandangan yang indah dan keindahan serta kemegahan Gunung Kinabalu yang berdiri teguh membuat kami berdiam sebentar sambil-sambil kami memuji ciptaan Allah S.W.T dan mengambil foto bagi di jadi kenang-kenangan untuk masa akan datang.
Setibanya kami di Pekan Ranau bagi membeli persiapan untuk esok, kami pun memasuk supermarket yang dicadangan oleh abang Syafiq yang selalu membantu kami disana, menurut abang Syafiq supermarket tersebut adalah yang termurah dan mereka (ABIM) selalu datang membeli barangan asas untuk sumbangan penduduk kg di daerah Ranau.
Pada mulanya kami menjangkakan barang yang kami beli ini tidaklah banyak mana memandangkan ini kebanyakkan dari yang mengikut itu adalah pengalaman pertama untuk borang supermarket, pertama sekali kami mencari beras kerana itu adalah barangan asas yang paling mudah kami dapat oleh kerana beras adalah pilihan pertama maka kami pun berpecah kepada 2 kumpulan untuk mencari barang yang lain.
Sebelum itu setiap seorang dari kami mengambil 1 troli bagi memudahkan kami mencari barang sumbangan setelah kami dipecahkan kepada 2 kumpulan aku bersama dengan nad akan mencari air mineral dan gula, oleh kerana tempat beras dan air mineral bersebelahan aku nampak bahawa setiap dari troli mereka itu dipenuhi oleh beras 5 kg dan mereka meminta bantuan kami untuk mengangakt sebagian kecil beras yang masih belum dimasuki didalam troli.
Kira-kira dalam beberapa minit troli kami dipenuhi oleh beras dan kami membawa troli-troli yang dipenuhi oleh beras itu ke kaunter membayaran bagi memudahkan kami mencari barang sumbangan yang lain, selepas kami menghantar beras ke kaunter pembayaran kami mencari semula barang sumbangan dengan mencari gula.
Tetapi kami menghadapi beberapa masalah jika ingin membeli barang sumbangan yang banyak pekerja supermarket itu berkata bahawa jika ingin membeli 1 kotak atau cotton kena berhubung dengan cashier wholesale bagi memudahkan mereka.
Selepas itu aku dan ditemani oleh abang Syafiq untuk meminta kebenaran untuk mengambil beberapa kotak seperti gula 1 kotak, kardial, kicap dan minyak akan tetapi, kami diberikan kebenaran untuk mengambil barangan tersebut kecuali minyak kerana pekerja di situ berkata setiap seorang boleh mengambil 5 paket sahaja tidak bole lebih makanya di situ kami menghadapi masalah minyak dan aku serta abg Syafiq pergi sekali lagi menemui cahier wholesale bagi mendapat kebenaran untuk mengambil lebih banyak lagi dari yang di sarankan oleh beberapa dari kami setuju untuk mengambil minyak masak seorang 5 paket, aku dan dua orang lagi tidak bersetuju kerana akan mengambil masa untuk mencari kedai lain dan akan banyak masa terbuang tambah pula pada hari ini adalah hari jumaat dan kami yang lelaki akan terkejar-kejar untuk menunaikan kewajipan.
Alhamdulillah Allah S.W.T memudahkan urusan kami mengambil lebih dari yang di tetapkan oleh pihak supermarket mungkin kerana niat kami baik alhamdulillah Allah S.W.T memudahkan urusan membeli barang sumbangan.
Setelah habis semua barang yang kami cari termasuklah untuk majlis penutupan,sumbangan untuk penduduk kampung, dan hadiah-hadiah seperti sukaneka,azan dan pelajar terbaik, kira-kira kami menggunakan troli dengan jumalah yanv banyak ada 10 troli atau lebih yang kami guna untuk memcari barangan tersebut dan kami terpaksa membayar di 2 kaunter bagi mempercepatkan kerja-kerja kami dan memudahkan jururwang mereka untuk bekerja.
Usai selesai membuat membayaran kami dibantu oleh pekerja-pekerja supermarket tersebut mengangkat barang kami itu kedalam kereta dan apa yang sangat mengejutkan kami ialah barangan kami itu memenuhi ruang Kereta 4x4 sehingga 3 dari kami terpaksa menunggu kami menghantar barang dan 3 dari kami itu pergi menyelesai beberapa hal yang lain belum diselesaikan.
Sampai disitu sahaja travelog aku untuk hari ini sekian terima kasih
Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin

Comments
Post a Comment