Terakhir

Terakhir

21/2/2019 - Hari-hari terakhir aku di sabah semakin tiba hanya menghitung hari sahaja kerana kami akan berangkat sebentar sahaja lagi. Aku akan meninggalkan sabah kurang dari 42 jam aku akan balik ke semenanjung.

Walaupun agak berat meninggalkan negeri di bawah bayu ini. Aku harus meninggalkan juga kerana aku harus terus melangkah kehadapan memajukan diri agar diri ini menjadi berguna pada masa akan datang.

Telah banyak kenangan yang aku dapat di  negeri bawah bayu ini pahit manis kami harungi bersama dalam masa 2 minggu ini kami membina ukhuwah yang sangat erat dan aku harap ukhuwah kami tidak berakhir di Sabah malah kami kekal sampai bila-bila in sha allah.

Walau bagaimana pun hari-hari terakhir kami di Sabah kami berada di libary UMS untuk menyiapkan laporan akhir sebelum kami pulang ke semenanjung.

Dan pada malam itu kami akan ke Pasar Philipine untuk membeli kudapan untuk kawan-kawan dan family, seterusnya di Pasar Philipine itu juga kami makan malam dengan santapan yang sangat sedap alhamdulillah kami kenyang.

Selepas itu baru kami mencari kudapan untuk family kami, kami mengambil masa di Pasar Philipine kira-kira dalam 2 jam campur sekali makan dan mencari kudapan. Setelah semuanya selesai maka kami pun pulang dengan menaik grab.

Bayaran yang dikenakan adalah Rm 28 dan kami menempah 2 grab akan tetapi hanya 4 dari kami sahaja yang pulang dahulu kerana yang tidak dibenarkan menaiki grab kerana jumlah kami melebihan yang di hadkan.

Jadi kami terpaksa membatalkan tempahan grab tersebut walaupun grabnya sudah pun sampai, itu adalah antara cabaran yang kami dapat di hari terakhir kami di Sabah.

Kami pun membuat keputusan untuk berjalan kaki untuk mencari tempat yang murah sedikit serta membuat tempahan grab mpv agar kami boleh balik bersama-sama

Kami berjalan dalam 5 km dari pasar philipine ke tempat baru untuk membuat tempahan grab yang baru tetapi malangnya harga hanya turun Rm 2 sahaja maka kami pun meneruskan ke tempat-tempat baharu.

Walau bagaimana pun jujur aku kata takut untuk berjalan pada waktu malam bukan kerana terjadi apa-apa kat aku tetapi aku takut terjadi apa-apa kat yang lain kerana mereka adalah perempuan rasa risau serta takut terjadi apa-apa yang berlaku membuatkan aku sangat berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan aku berjalan di belakang sebagai langkah berjaga-jaga tidak terjadi apa-apa.

Sampai kami di suatu tempat yang kami pun mencuba membuat tempahan grab akan tetapi nasib kami masih sama kerana harganya sama dan tetap mahal walaupun kami sudah berjalan kaki sangat jauh.

Pada ketika itu hanya Allah sahaja tahu tempat kami berharap terjadi sesuatu yang baik-baik sahaja dan  mungkin ada hikmah semua ini terjadi.

Kami hanya merancang tetapi Allah yang menentukan pada waktu itu abang Mimy lalu kawasan itu untuk mengisi minyak tidak jauh kami berehat Alhamdulillah akhir kami dapat balik dengan selamat lega rasanya hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya.

Hari pun da makin malam sampai disini sahaja cerita aku yang aku boleh kongsikan.

Disediakan : Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin
Tempat: Rumah Mimy

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..