TRAVELOG: LAST DAY WITH TEAM

22 Februari 2019, ini adalah hari terakhir aku di Sabah. Hari ni tak banyak sangat aktiviti sebab last day kan. Lagi pun flight kitaorang pagi, dalam pukul 11.45 pagi gitu. Jadinya, pagi-pagi buta kitaorang dah kena ada kat airport KK tu.

Dalam pukul 3.30 pagi, kami semua berkumpul di gerai Mimy. Siap bawa barang-barang semua la, sebab nanti senang, terus bawa naik barang je nanti dalam van. Dah siap-siap semua berkumpul dekat gerai tu, terus kitaorang bawa naik barang dalam van. Nak susun-susun tu kan, barang banyak. Dalam pukul 4:00 pagi baru kitaorang gerak airport.

Sampai airport dalam pukul 4.50 pagi macam tu. Tak de lah jauh sangat airport tu dengan rumah mimy sebenarnya, tapi sebab ada singgah-singgah kan. Sampai saja airport kami pun bawa la turun barang-barang semua siap-siap. Pastu ambik dua troli, letak bag-bag semua atas tu. Masuk dalam je kitaorang terus cari tempat duduk. Ye la, kan awal lagi, gate pun tak buka lagi kalau nak masuk. Dah jumpa tempat nak rest tu, kitaorang add-on luggage through Online.

Selesai saja, aku dan 3 yang lain pergi cari makanan. 3 yang lain tu, Amy, Nazifah dan Farhana. Disebabkan dalam airport kan, makanan sana mesti la mahal2. Jadinya kitaorang beli roti je la, itu yang termampu. Lepas je siap makan-makan apa semua, kami pun pergi lah Check in Bag dan Check in masuk Dalam terus.

Dah masuk tu, kitaorang pun tunggu lah kat gate yang kitaorang perlu tunggu. Sambil-sambil tunggu tu ada yang berzikir, yang main handphone, yang tertidur pun ada. Sebab kitaorang masuk tu dalam pukul 9.30 macam tu. Tapi flight nya fly pukul 11:45. Jadi menanti la. Tup2 dah pukul 11.28. Time tu laa kitaorang dah boleh masuk flight.

Dah masuk flight tu, masing-masing nak duduk tepi tingkap. Sebab seronok nampak pemandangan dari atas kan. Dah settle letak bag kat atas pe smua dan masing-masing pun dah duduk, maka bergerak lah kami pulang ke semenanjung.


-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-23 Februari 2019-
-11:48 p.m. -
-Rumahku Syurgaku-

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..