Aiq Panaih, Ranau

Aiq panaih, Ranau

18/2/2019 - RPH, Ranau pada 915 pagi aku dan sahabat-sahabat aku pergi ke rumah mimy salah seorang sahabat perjuanganku  di sini hari tujuan kami adalah pergi ke rumahnya dan sebelum itu kami akan pergi beberapa tempat bagi dilawati oleh kami.

Dan pada ketika itu orang yang mengambil kami adalah abang kepada Mimy dan beliau juga akan menghantar kami ke tempat-tempat yang kami akan lawati.

Antara tempat yang kami akan lawati ialah Hot spring, air terjun dan Kundasang, Dairy farm pertama sekali kami akan ke Hot Spring Ranau, perjalanan ke sana mengambil masa dalam 40 minit dari RPH ke Hot Spring Ranau.

Dan seperti biasa aku akan menjadi photograph bagi grouo TURDA Sabah 6.0 kerja aku hanya mempotret mereka dan membuat video dekumentari tentang tempat yang kami akan lawati.

Sudah menjadi kebiasaan bagi aku tiada di dalam gambat kerana aku ada si photograph dan kalau di dalam family aku juga aku yang selalu aktif menjadi photograph mengambil gambar family.

Kadang-kadang ketika kami disana tempat kami lawati itu Hassan selalu volunteer untuk bertukar tempat dengan aku kerana dia ingin aku ada juga didalam gambar-gambar tersebut bagi di jadikan kenangan dan aku adalah rasa terharu sikit..
Berbalik kepada cerita asal kami akhir bertolak dari RPH ke Hot Spring, Ranau dalam 915 pagi dan kami tiba dalam pukul 10 pagi. Untuk masuk ke Hot Spring akan dikenakan Rm 3 dewasa, Rm 2 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 dan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah.

Setelah sampai ke destinasi kami pun turun dari van dan berjalan bersama-sama ke Hot Spring, menurut info yang aku dapat dan aku baca punca air panas tersebut berpunca daripada batu yang panas yang terletak di atas kawasan hot spring dan batu tersebut juga adalah batu gunung berapi dari Gunung Kinabalu.

Dan seperti biasa kerja aku menpotret tempat menarik dan mereka menjadi model di tempat-tempat tersebut setelah kami menghabiskan masa disitu dalam 7 ke 8 minit macam tu kami pun bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Taman kupu-kupu akan tetapi Taman Kupu-kupunya tutup kerana tidak banyak Kupu-kupu yang berterbangan pada ketika itu makanya untuk masuk kesitu adalah rugi dan membazir. Untuk masuk ke Taman Kupu-kupu juga akan dikenakan harga seperti Hot Spring. Lalu kerja aku seperti biasa membuat video dokumentari tentang Taman Kupu-kupu dan mengambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan.

Selepas itu kami bergerak lokasi seterusnya ialah Taman bunga atau pokok tak silap aku kerana disitu mempunyai banyak pokok dan bunga-bunga yang cantik dan apa yang menarik disitu ialah sebatang pokok yang sangat besar yang bernama............. Dan kami pun mengambil gambar, vidoe, bomberang, dan selfie untuk pengetahuan ada satu pohon di situ juga boleh menjadi ubat bagi penyakit seperti sakit perut dan kencing manis dan pohon tersebut bernama binuak menurut nama tempatan.

Setelah itu kami ke titian kanopi akan tetapi kami tidak jadi masuk kerana masalah seperti kewangan menjadi kekanggan untuk masuk ke titian kanopi. Tiket yang dikenakan bagi dewasa adalah Rm 5, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 Rm 3 dan percuma bagi kanak-kanak  6 tahun kebawah untuk yang membawa kamera akan dikenakan caj sebanyak Rm 5 Kamera DSLR dan Kamera manual Rm 5 untuk yang hendak bergambar menggunakan phone akan dikenakan sebanyak Rm 3 sahaja.

Oleh kerana titian kanopi kami tidak jadi masuk makanya kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu air terjun kipungin antara menjadi lokasi kami di Hot Spring untuk ke air terjun kipungin kami terpaksa meredah hutan selama 15 minit pergi dan 10 balik dan masuk ke situ adalah percuma setelah sampai di air terjun kipungin seperti biasa aku mengambil gambar dan video dokumentari bagi membuat laporan dan sebagainya.

Walaupu ada lagi satu air terjun yang kami belum pergi kerana terjauh dan memakan masa terlalu lama maka kami pun hanya pun pulang ke tempat parking dan berakhir lawatan kami di Hot spring Ranau pengalaman yang aku dapat di Hot Spring sangatlah berharga dan menyeronokan.
Sekian travelog aku untuk hari terima kasih.

Disediakan: Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin
Tempat: Rumah Mimy teluk sepanggar

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..