Bye Bye Kg Luanti

Bye Bye Kg Luanti

17/2/2019 - Usai rutin harian kami pun bersiap-siap untuk bergerak ke RPH (Rumah Putera Harapan) kami pergi ke RPH dengan menaiki 2 kereta 1 dari pihak ABIM dan 1 dari pihak ust Sabri sendiri dengan menaiki 4x4 walaupun sebenarnya perjalanan kami ini tidaklah mencabar seperti hari-hari kami di Kg Muruk dan Sedul.

Selepas itu kami pun bertolak dari Kg Luanti ke RPH mengambil masa dalam kira-kira dalam 30 ke 40 minit akan tetapi kami tiba lewat kami menyinggah ke rumah abg Syafiq untuk menghantar barangnya, rumah abg Syafiq terletak berdekatan dengan Pekan Ranau begitu juga dengan RPH yang sangat berdekatan dengan Pekan Ranau. Rumah ibu abg Syafiq sangat besar dan aku terkejut melihat kawasan rumahnya yang sangat luas dan mempunyai sebuah kolam ikan yang besar, kebun buah-buahan menurut abang Syafiq kawasan rumah tersebut juga di diami oleh saudara-mara mereka, mendengat sahaja dah membuat aku teruja dan ingin memiliki tanah yang luas agar adik-beradik aku dapat duduk berdekatan senang kalau raya jimay duit minyak hahahaha.

Selepas singgah sebentar di rumah ibu abg Syafiq kami meneruskan perjalanan untuk ke RPH dan mengambil masa kira-kira 10 ke 15 minit sahaja. Setibanya kami di RPH kami berehat sehingga masuknya waktu Zuhur dan kami akan meneruskan perjalanan yang baharu iaitu di Tambunan Tugu Mat Salleh.

Seperti yang dirancang oleh kami pun bertolak sejurus usainya solat zuhur berjemaah kami ke lokasi seterusnya perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam dari RPH ke Tugu Mat Salleh semasa dalam perjalanan sambil kami menikmati pemandangan yang indah sambil ditemani angin yang bertiup ketika kereta kami melunjur di atas jalan raya sehingga membuatkan beberapa dari kami di dalam kereta tersebut tertidur kerana selesanya udara dan angin di situ agak sejuk lagi apabila kereta tersebut melunjur dengan sederhana laju.

Sampai disana kami turun dan apa yang membuatkan kami terkejut ialah Tugunya sangat kecil dan dikawasan tersebut tiada apa-apa yang menarik dengan dikeliling sawah padi dan bukit bukau yang tinggi, jujur aku kata anggapan pertama aku tentang tempat tersebuy adalah dikelilingi oleh kedai-kedai air paling kurang memandangkan tekak aku dahagakan air.

Maka aktiviti disana ialah bergambar sahaja dan membuat sedikit dokumentari tentang Tugu Mat Salleh jika korang nak tahu apa yang menarik tentang Mat Salleh nantikan video yang aku sendiri akan buat in sha allah pada masa terdekat ni akan siap, kami tidak mengambil masa yang lama di Tugu Mat Salleh sahaja kerana aktiviti disana hanyalah seperti yang disebutkan tadi.

Apabila selesainya aktiviti di Tugu Mat Salleh kami pun ke lokasi seteruannya ialah Kg Lohan iaitu antara rumah-rumah pimpinan ABIM Ranau beliau menjemput kami ke cukur jambul anaknya dan menyambut kelahiran anak sulungnya juga.

Perjalanan ke Kg Lohan mengambil masa 1 jam lebih kerana kami banyak berhenti beli air dan kami menyembat lagi untuk bergambar dikawasan yang mempunyai kawasa yang menarik.

Tiba di Kg Lohan kelihatan kereta Ust Sabri sudah pun tiba terlebih dahulu sampainya kami disana mungkin majlis baru saja tamat kerana terlihat sisa bungkusan sampah yang banyak di tong sampah, selepas itu kami dijemput masuk dan juga makan.

Di Rumah antara Pimpinan ABIM kami juga tidak mengambil masa yang lama kerana kami hanya seperti singgah makan dan berborak-borak sedikit dengan tuan rumah  seterusnya kami pun pulang ke RPH untul sesi seterusnya.

Dan Sebahagian dari kami hanya tidak pulang kerana kami bercadang nak basuh baju kotor untuk seminggu terakhir kami di Sabah ini. Kami ditemani oleh abg Syafiq untuk ke dobi dan sudah dapat green light dari ust Sabri.

Ketika kami sampai di dobi sudah pun masuk azan maghrib makanya kami pun berhenti solat sebentar sebelum ke dobi. Selepas solat maghrib kami pun meneruskan perjalanan ke dobi dan tidak sampai beberapa minit kami pun sampai di dobi dan kami terpaksa menunggu selama 3 ke 4 jam di dobi dan kami rasa serba salah kepada sahabat-sahabat kami yang tinggal di RPH dan kami pun bercadang untuk membeli sayap ayam bak kata orang di Sabah demi sahabat-sahabat kami di RPH.
Sampai situ sahaja travelog aku setakat ini sekian terima kasih

Disediakan oleh: Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin
Tempat : RPH

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..