TRAVELOG: REWARD KAMI

21 Februari 2019, ini adalah hari terakhir aku dan rakan seperjuangan ku menjejakkan kaki di UMS dan ini juga merupakan hari Reward kami setelah bertungkus lumus berjihad untuk membantu orang-orang yang memerlukan di Sabah ini.

Pada paginya, kami semua seperti sebelum ini iaitu pergi ke Library UMS untuk menyiapkan laporan. Mesti korang pelik kan, dah tiga hari pergi Library UMS tu, tak siap-siap lagi ke kan. Srs cakap memang banyak benda yang kitaorang perlu siapkan. Data-data pun kena rajin edit. Sebab setiap pembelian dan pergerakan kitaorang memang kena selalu key in. Lepas tu ada juga kerja-kerja yang kitaorang terpaksa tangguhkan dulu untuk buat benda lain. Tapi, ini semua merupakan satu cabaran dan pengajaran juga buat kami semua. Satu demi satu kesalahan kami nampak dan dari situ kami pelajari.

Haaa pastu nak cakap juga, ini kan dikira macam hari terakhir juga laa kitaorang dekat Sabah. Sebab kalau dalam jadual tentatif, kita orang akan balik ke semenanjung pukul 11.45 pagi hari esok. Kiranya pagi-pagi pukul 3 ke 5 kitaorang dah nak kena gerak ke Airport KK. Jadi mesti la kitaorang nak cari buah-buah tangan dan cenderamata untuk bawa balik semenanjung kan. Tapi, selagi kitaorang tak siapkan kerja data-data apa semua tu kitaorang tak boleh nak pergi.

Alhamdulillah, sempat juga la kitaorang siapkan semua tu. Tapi lewat juga siapnya, dekat-dekat Maghrib juga la. Kitaorang plan nak pergi Pasar Filipina. Dekat situ katanya banyak kedai cenderamata dan kerepek-kerepek yang biasa orang beli. Kiranya situ memang tempat tarikan pelancong laa untuk datang. Pastu kedai-kedai makan seafood yang menarik lagi. Pasar tu betul-betul di sebelah pelabuhan (tempat jeti).

Maka dengan itu, kami segerombolan pun pergilah ke pasar itu. Banyak berjalan juga untuk pergi pasar tu. Tp naik bas pun ada. Part menarik time naik bas la, kitaorang kena berhimpit-himpit untuk naik bas tu. Memang padat habis la. Sebab bukan kitaorang je yang naik bas tu. Ada penumpang lain juga. Sampai je naik bas tu pun bukan terus sampai pasar, kitaorang kena jalan dalam 1.5km juga baru laa jumpa pasar tu.

Sampai je pasar tu kami terus cari makanan dulu. Alhamdulillah la makan sedap malam tu. Makanan ni merupakan Reward la untuk kitaorang setelah berjuang. Kitaorang makan seafood. Tapi paling puas hati ikan bakar dia la. Walaupun aku ni jenis tak makan seafood sangat, lapar dan setelah sekian lama tak makan sedap, aku tibai je semua. Selesai je dari makan, kitaorang pergi cari cenderamata dan kerepek-kerepek sikit untuk bawa balik semenanjung.

Setelah dapat apa yang dicari, kami pun pulanglah ke rumah Mimy siap-siap packing barang untuk balik pagi esoknya.


-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-22 Februari 2019-
-09:46 a.m. -
-Airport KK-

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..