TRAVELOG - DUGAAN HARI TERAKHIR
Jumaat, 22/02/2019 : Akhirnya, tiba waktu yang ternanti, tapi dalam hati Allah sahaja yang tau. Sapa yang tak jatuh hati dekat tempat yang kita dah lama duduk. Sabah atau dikenali sebagai Negeri Dibawah Bayu, salah satu negeri yang masih meninggalkan kehijauan kepada sekalian manusia untuk merasainya. Aku yang tak pernah merasa bagaimana suasana kampung memang mengharap dapat merasai dengan lama. Tapi apakan daya, ini bukan negeri aku, aku datang disini untuk selesai urusan aku, bila dah selesai aku kena pulang semula di mana aku berada. Sedih jer ayat aku dengar. Melainkan kalau jodoh ada kat sini, macam tulah orang cakap kalau nak stay lama..hahaha.. jauh api dari panggang. Tolong jaga hati kau, jangan terpesong dari tujuan sebenar kau datang kat sini.
Kami gerak dari rumah Mimy pukul 4 pagi tadi ke KKIA, airport KK. Ya Allah aku sangat berdosa waktu ni, gila solat Subuh aku hujung-hujung tanduk jer. Kenapa boleh macam ni, yalah satu dari pihak diorang memaksa nak beli luggage juga waktu tu, aku minta diorang yang tak solat lagi pergi solat dulu. Aku rasa macam takkan diorang pun nak tunggu sampai luggage dah beli baru nak solat. Mungkin salah aku jugalah waktu ni, aku patut guna kuasa aku, dahulukan apa yang peting dahulu. Pengajaran, tolong dahulukan solat, perkara yang paling penting yang perlu diuruskan. Kau lambat-lambatkan memang urusan kau takkan pernah menjadi. Masa aku nak beli luggage tu memang dugaan betul, rasa payah gila, ada pula masalah yang dihadapi. Aku dah pasrah, aku pergi terus solat dulu. Lepas solat, rasa ketenangan tu memang terasa. Alhamdulillah urusan pembelian luggage dipermudahkan, dah settle beli luggage aku terus check-in. Dah settle semuanya, hanya tinggal print kertas check-in dan kertas penampal untuk luggage tu jer kat machine yang disediakan kat airport KK ni.
Semasa nak hantar beg ke bahagian luggage, tiba-tiba ada masalah. Waktu ni aku tak ikut, diorang yang lain uruskan, tapi diorang datang kat aku dan bagi tau yang luggage x dibeli, diberitahu pekerja airport kat situ. Pekerja airport tu kata dekat kertas check-in hanya 0 kg sahaja yang ada maksudnya tak beli lagi. Aku rasa, Ya Allah Akbar, cubaan apa ni, jangan main-main. Aku terus ke kaunter luggage, masa aku dah sampai situ pekerja airport tu check balik satu-satu kertas check-in tu, dan tanya semula, adakah luggage yang kami beli atas satu booking no. ni, untuk semua beg ni. Aku jawab ya, maksudnya disini berlaku kecuaian daripada pihak airport sendiri. Pekerja airport tu tak check mana satu booking no. yang beli luggage, dan dari pihak kami sendiri juga tak tunjuk mana satu booking no. yang kami beli luggage. Alhamdulillah selesai juga masalah ni, hanya salah faham jer.
Kak Kiya bersama kami waktu kami dah di KKIA, tapi Kak Kiya datang lambat sikit. Kami dihantar pulang oleh satu-satunya senior yang bersama kami team TURDA Sabah 6.0. Kak Kiya tolong tangkapkan gambar kami bersama yang terakhir di Sabah. Perpisahan kami bersama Kak Kiya ketika kami hendak masuk kat bahagian imegresen. Salam terakhir antara kami team TURDA Sabah 6.0 dengan Kak Kiya. Harap ini bukan perpisahan terakhir kita. Aku harap ada jodoh antara aku dan Kak Kiya untuk berjumpa semula. Mungkin bukan di Sabah tapi di semenanjung atau mungkin bukan di semenanjung tapi di Sabah semula. Setiap pertemuan ada perpisahan, dan setiap perpisahan persediaan untuk bertemu semula pasti ada jika diusahakan..hehehe, sampai ketemu semula Kak Kiya.
Habis jer misi kami di Sabah, iaitu Misi Khidmat Pendidikan dan Kajian Sosiobudaya dibawah Projek Turun Ke Desa (TURDA) Sabah 6.0, maka bermulalah misi baharu kami di kampus kelak. Persediaan untuk memikul tanggungjawab di kampus sebagai seorang pelajar dan seorang pemimpin. Kuatkanlah hati-hati kami untuk menempuhinya dengan baik.
MASITAH MASIRUN
22/02/2019
Kota Kinabalu International Airport, KKIA

Comments
Post a Comment