Posts

Showing posts from March, 2019

Travelog-Last Day In Sabah (22/2/19)

Travelog-Last Day In Sabah                                                                                                                                                                                                                                                                                    ...

Poem -The last journey is like a dream(22\2\19)

  Last journey is like a dream We feel so small among  this world, The last journey is so cold  Like a story that's untold. Fly away with your wings, Try harder to touch the sky  It doesn't matter that is high. Then, your journey will be sweet  Like a long, colorful dream,  Like a flower in the Spring. But be careful, while you are flying, It might be hurt, falling in lifefalling in life; Just keep going until you finish that short mile.  And, when you realize that it's over, You will be with happy,  Fully covered. Then, you will lie on the grass, Watching all your life  pass by. You won't be afraid any more  As your tears will be  dancing in a storm. We are dreaming in bright colors, We are dreaming along with  others, For a different journey in this world  Full of Hopes, Peace and Love. May all of us as the voluntee...

TRAVELOG #13 : UMSXUNISEL Dihatiku

Image
Bergambar bersama MPP UMS 2018/2019. 20Februari2019, Rabu. Hari ke-13. Ternyata hanya berbaki 2 hari lagi untuk aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku berada di Sabah. Cepatnya masa berlalu kan. Untuk tentatif pada hari ini, kami akan adakan kunjungan hormat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu. Seperti biasa, kami menaiki pengangkutan awam iaitu bas mini ke UMS. Kunjungan hormat kami disambut dengan baik sekali dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS  2018/2019. Layanan mesra dan sporting dari Mpp membuatkan kami terharu dan berbesar hati. Di UMS, kami memulakan kunjungan hormat dengan sesi taaruf dan selepas itu, kami memulakan sesi pertukaran pendapat berkenaan universiti kami. Banyak juga perkara yang mereka tanyakan tentang Universiti Selangor (UNISEL). Kami juga antara yang bertuah kerana kerana diberi peluang dibawa berjalan-jalan di sekitar Kampus UMS. Antara tempat yang kami lawati ialah perpustakaan UMS. Kalau masuk perpustakaan UMS ni, past...

PUISI #13 : Manusia & Tanggungjawab

Manusia dilahirkan dimuka bumi, Dari setitis air suci dengan kuasa Ilahi. Disaat manusia mulai dewasa, Saat inilah rasa tanggungjawab diuji. Tanggungjawab itu bukan untuk dipermainkan. Tanggungjawab itu anugerah terbesar dari Tuhan kepada khalifah yang bernama manusia. Tanggungjawab itu bukanlah hanya sekadar ucapan di bibir. Tanggungjawab itu perlukan kemahuan dan pengorbanan. Apapun yang kita telah lakukan, Kesalahan atau kebaikan, Menyakitkan atau menggembirakan, Menyedihkan atau membahagiakan. Ingat, sebuah tanggungjawab harus diselesaikan. Manusia yang terbaik, Ialah manusia yang berguna dan memaknai erti kehidupan hakiki. Kerana aku percaya, Tanggungjawab mampu mengubah manusia, Menjadi insan dan hamba yang lebih baik di sisi-Nya. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Kediaman Saudari Mimy Minarti | Taman Jaya Diri, Sepanggar, Kota Kinabalu | 20 Februari 2019.

TRAVELOG #12 : Jelajah Bandar K.K Demi Tasbih Digital

Image
19Februari2019, Selasa. "Bangun-bangun!!! 6 pagi sudah nad.." Pekikan Kak Mimy memecahkan lena mimpiku. Aduhai lambat pula aku dan sahabat-sahabat ku bangun hari ini. Letih sangat semalam kerana kepenatan 1 hari berjalan barangkali. "Aaaa sudah, bilik air penuh" terpaksa kami menunggu giliran. Kerana lama menunggu, ada yang mandi di rumah nenek kak Mimy. Untuk pengetahuan, aku dan sahabat perempuan menginap di rumah ibu kak mimy sementara rijal menginap di rumah nenek kak mimy. Tak jauh, sebelah bangunan sahaja letaknya. Usai dan solat subuh, aku terus ke kedai ibu kak mimy kerana sahabat-sahabatku telah menunggu. Jadual kami pada hari ini tidaklah begitu padat. Akan tetapi kepadatannya terletak pada kerja kami yang sering tertangguh. "Ahhh tak usah menuding orang lain, aku sendiri pun begitu, sedihnya". Mengikut jadual pada pagi ini, kami akan melakukan kunjungan hormat yang pertama bersama ABIM dan SISMA Sabah. Kami ke sana dengan menaiki bas mi...

PUISI #12 : Udara Desa

Image
Pandang mata terlihat pesona, Nan jelita alam menakjubkan, Pepohonan saling bersahutan, Burung-burung berkicauan merdu, Seakan bercengkrama dengan suasana, Panorama sejuk dan segar terbalut kenyamanan di taman. Desaku, Indah sekali nampak wujudmu, Bersihmu menghanyutkan jiwa dan raga manusia, Ketika ia sedang diam terpaku untuk menunggu. Cantikmu seakan enggan mata ini berkedip sekalipun. Teduh dan nyaman berada disekitarmu. Ohh Desaku, Kesejukanmu membangunkan tidurku, Kesejukanmu mendamaikan jiwaku, Kesejukanmu mengawali inspirasiku. Ingin ku katakan pada dunia, Sejuknya udara desa permai yang ku hirup ini. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Taman Jaya Diri, Sepanggar, Kota Kinabalu | Inspirasi dari Udara di Desa Ladang Tenusu, Kundasang | 19 Februari 2019.

TRAVELOG #11 : Diari Terindah Bersama Sahabat Seperjuangan

Image
Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah. 18Februari2019, Isnin. Di hari Isnin, hari ke-11 perjalanan kami 9 Sukarelawan dalam kembara musafir, kami memulakan pagi ini dengan sesi perbincangan/post-mortem bersama Ustaz Sabri, Abang Khairul Fatin dan Abang Syafiq berkenaan projek susulan yang ingin direncanakan pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Ustaz Sabri mencadangkan agar Projek Turun Ke Desa ini dapat dijalankan 2 atau 3 kali setahun memandangkan kolaborasi ini telah 6 tahun terjalin. Kalau cadangan ini terlaksana, berbagai persiapan rapi yang harus kami titikberatkan. Dan jadual kami pun harus disusun dengan baik memandangkan aku dan sahabat-sahabat masih belajar. Di Rph, udara pagi lebih sejuk di sini. Tak sanggup kami nak mandi pagi-pagi kerana airnya seperti air terjun dari gunung Kinabalu, uishhh. Lepas bersenam pagi, saja aku dan sahabat-sahabatku jalan-jalan keluar dari Rph, nak hirup udara pagi katanya. Layankan ajelah haha. Pada jam 9 pagi selepas sahaja sarapan, kami...

PUISI #11 : Surat Kecil Buat Sahabatku

Image
Sahabatku, Izinkan aku menulis sepucuk surat kecil ini buatmu. Buat sahabat seperjuanganku. Ketika pagi dengan mentari menghangatkan hamparan bumi Ilahi, Aku merasa tidak sendiri lagi. Kerana kau ada di sini, Temani hariku hingga akhir senja nanti. Sahabatku, Ketika aku menangis, Kerana satu penyakit dan seribu masalah, Kau selalu ada disampingku, Dan memeluk erat tubuhku, Lalu berkata, bersabarlah sahabat, Semuanya akan baik-baik saja, Kita akan berjuang bersama-sama, Kerana syurga telah menanti kita. Sahabatku, Hari ini, Disini. Tempat dimana, Hati hati kita telah berbaiah setia, Bersama mengembara ladang ilmu, Bersama di landasan perjuangan. Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah, Dikau penguat di medan dakwah. Sahabatku, Biar kita rebah menyusuri perjalanan, Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan, Namun perjuangan kita tiada noktahnya. Sahabatku, Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan, Sedarkan aku dengan amar...

TRAVELOG #10 : Selamat Tinggal Kg Luanti

Image
Sukarelawan Turda 6.0 bergambar kenang-kenangan bersama pihak PBI ABIM, Ranau. 17Februari2019, Ahad. Hari ini merupakan hari terakhir aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku team Sukarelawan Turda 6.0 di PBI, Fish Spa Tagal, Kg Luanti. Usai subuh, seperti biasa rutin yang selalu kami amalkan iaitu zikir Al mathurat, tadabbur Al-Quran, dan Kultis (Kuliah 30 saat). Pagi yang sangat sejuk pada ketika itu masing-masing termenung, tipulah tak berasa sedih kerana hari itu hari terakhir kami di PBI. 9 hari di sini yang penuh dengan memori indah, kelat, pahit, masam, masin, manis semua tercipta dalam satu kenangan. Kain telekungku, aku ambil untuk membaluti leherku. Sejuk sangat cuaca pagi ini, menggigil tubuhku. Selepas membuat senaman pagi, "tinggggg" keluar idea aku dan Farhana untuk membuat video sempena hari last di kg Luanti sebagai kenang-kenangan. Ada la juga, rakaman kenangan lucu yang kami ingin perkenalkan PBI ini kepada sahabat-sahabat kami di Unisel nanti. Jadi...

PUISI #10 : Kesabaran

Sabar. Sebuah kata yang mudah untuk diucapkan, Tetapi sulit untuk diterapkan. Menjadi penghibur hati, Saat deburan lika-liku hidup menghampiri. Menjadi penenang jiwa, Saat gundah gulana melanda. Sabar. Ia bukanlah diam tanpa kata, Ia bukanlah diam menunggu berlalunya sesuatu peristiwa, Ia bukanlah kepasrahan yang tak bermakna, Ia juga bukanlah kebodohan menunggu waktu. Sebaliknya, Ia adalah petanda keistiqamahan, keimanan dan ketaqwaan. Disaat menjalani rangkaian ujian kehidupan. Ia adalah suatu yang tak pernah terbatas, Kerana kunci utama adalah ikhlas. Sabar. Walau pahit di awalnya tapi penghujungnya manis. Terasa susah namun berbuah indah. Hadiahnya nan syurga yang dirindukan. Yang bersabar, pasti indah akhirnya. Dan Sang Khaliq pun selalu bersama. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau | 17 Februari 2019.

TRAVELOG #9 : Kemeriahan Majlis 2 Buah Kampung

Image
Kemeriahan majlis penutupan di padang SK Kananapon, Kg.Muruk. 16Februari2019, Sabtu. Hari yang dinantikan telah pun tiba. Kami berperlu bergerak awal hari ini, khabarnya jam 8 pagi. Tetapi aku agak kesal dengan permulaan pagiku ini. Entah kenapa bangun sahaja dari tidur, tiba-tiba perutku sakit yang teramat sehingga menyusahkan sahabatku yang lain. "Perutttt, kenapa kau mesti buat hal pagi niii jugakk aaarghhh" Bentakku sendiri. Mungkin aku tersalah makan pada hari semalam. Agak kesal juga tapi nak buat bagaimana, perkara nak berlaku. Bila diingatkan semula, alahai tergelak aku dibuatnya. Ustaz Ibrahim memberi cadangan agar aku minum rebusan daun jambu untuk mengurangkan kesakitan. Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat-sahabatku yang prihatin. Sungguh aku sayang pada sahabat-sahabatku lillahi taala.  Jadi kesemua team sukarelawan akan bersama-sama menjayakan majlis penutupan ini di kedua-dua buah kampung. Pergerakan kami pada waktu pagi, kami semua akan berg...

PUISI #9 : Detik Perpisahan

Disini kita bertemu, Disini pula kita akan berpisah, Semua kenangan seakan berlalu, Segala yang kami lalui begitu cepat, Begitu berharga. Detik detik yang berganti hari ini, Seakan mempercepatkan pertemuan kita, Ada harapan disetiap hati kami, Ada keinginan yang begitu besar, Cita-cita yang akan memburu masa kelak. Untuk mencari langkah-langkah yang pasti, Untuk menggapai misi dan martabat yang tinggi. Teruskan perjuangan untuk bangsa, negara, dan agama. Perpisahan ini hanya kata peninggalan sejenak dari tempat peraduan ilmu. Tidak ada alasan jiwa untuk saling melupakan kenangan. Kasih sayang akan terus terjalin dalam naungan persaudaraan. Selamat tinggal Kampung Sedul. Selamat tinggal adik-adikku tercinta. Doakan kami agar meraih cita-cita yang nyata. Kini kami akan menggapainya, Terimalah salam sayang dari kami, Untukmu murid dan adik-adikku. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau Sabah | 16 Februari 2019.

TRAVELOG #8 : "Esok Majlis Kahwin Kita!"

Image
Persiapan terakhir team turda sebelum majlis penutupan pada hari esok. 15Februari2019, Jumaat. Di awal keheningan pagi, aku mengorak langkah baru dengan azam agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Seawal jam 9 pagi, aku bersama Kak Nazifah, Aimi dan Mus ditugaskan untuk pergi membeli keperluan barang sumbangan untuk diberikan kepada keluarga-keluarga terpilih di Kg.Sedul dan Kg.Muruk. Antara checklist yang kami perlu kami beli adalah barang beserta hadiah sukaneka, hadiah pelajar terbaik, sumbangan barang masakan (Rm50) seperti beras, tepung gandum, minyak, kordial, kicap dan lain-lain lagi. Kesemua barang sumbangan ini adalah untuk penduduk kampung Sedul dan Muruk bagi Majlis Penutupan Projek Turun Ke Desa 6.0 yang akan diadakan pada hari esok. Kalau bagi kami selaku sukarelawan yang menjalankan misi ini, majlis penutupan esok merupakan majlis penting kerana ia bagaikan majlis perkahwinan kami. Kami ke Pekan Ranau ditemani oleh Abang Syafiq yang bertanggungjawab menguruska...

PUISI #8 : Hari ini, Esok Dan Semalam

Hari ini, Aku sedikit ceria, Hilang rasa gundah, Hilang rasa duka, Aku percaya pada diri, Aku masih mampu berdiri, Aku masih mampu berlari. Esok, Aku tidak pasti, Kerana aku tidak mempunyai cermin hikmat, Untuk menilik nasib diri, Untuk membawa ku ke dunia realiti, Tapi, Apa yg pasti, Dalam fantasiku, aku inginkan agar hari esok adalah hari bahagia. Semalam, Hari yang resah, Hari yang gundah, Tapi aku sering pasrah dan berserah, Kerana aku tahu Allah pasti menyediakan sesuatu yg terbaik buat diriku. Hari ini, Esok dan Semalam, Tetap satu hari yg berbeza, Kita tidak pernah tahu apa yg berlaku, Tapi kita mampu berdoa, Moga hari-hari yang kita lalui adalah hari yg terbaik untuk kita. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau, Sabah | 15 Februari 2019.

TRAVELOG #7 : Adik Adik, SIAP!

Image
Anak-anak Kg.Sedul bersemangat menjayakan slot ice-breaking iaitu tiup belon dan letupkan. 14Februari2019, Khamis. Genap seminggu team Turda 6.0 berada di Sabah menjalankan kegiatan misi sukarelawan. Sekejap sahaja dah 7 hari. Hanya Allah yang mengetahui betapa aku sangat menghargai setiap detik dan moment sepanjang berada di sini. Dan aku pasti sahabat-sahabat seperjuangan ku yang lain juga merasakan hal yang sama. Hari ini kami berpuasa sunat hari Khamis. Kali ini kami terlepas lagi untuk bersahur. "Dahlah semalam aku tak jamah makanan yang diorang masak, ni terlepas lagi sahur." Rungut aku. Cepat-cepat aku berzikir dan kebetulan zikir ku adalah istighfar. Ya, aku tetap harus meneruskan puasa sunatku. Pada sebelah pagi, kami agak sibuk kerana bertungkus-lumus untuk mengasingkan barang sumbangan dari pihak ABIM seperti baju-baju, telekung, seluar dan sebagainya. Pagi itu, kami mula membuat persiapan seperti menyiapkan poster dan ayat hebahan untuk mencari dana bagi sum...

PUISI #7 : Secalit Pesan Buat Anak Didik

Wahai anak didikku, Dalam harapan kami, Tersimpan seribu restu yang teriring, Agar kalian bisa menegakkan cita murni, Meneguhkan persetiaan dan wawasan, Membina keutuhan prinsip dan pegangan, Meneroka alaf dunia tanpa sempadan, Kerana kemuliaan sesuatu bangsa itu, Terletak pada kesempurnaan iman dan kebijaksanaan kalian. Wahai anak didikku, Dalam restu kami, Tersimpan seribu cita yang tertanam, Agar kalian menjadi kelopak cempaka yang menguntum, Menghiasi serata taman dan daerah pergunungan, Mekar mewangi bagaikan setanggi jingga, Menabur bakti buat tunas-tunas putera puteri, Kerana kalianlah penyambung tugas suci, Memartabatkan bangsa di mata dunia. wahai anak didikku sekalian, Tak akan sirna siraman kasih kami, Tak akan pudar atau lekang diterik mentari, Raihlah setitis ilmu selaut pengetahuan, Capailah tangan kami, Menjana minda meneroka khazanah, Kenalilah dunia dengan segala isinya, Agar kalian tidak tersesat nanti, Di jalan yang terang nyata. wah...

TRAVELOG #6 : 5 Guru Berbaju Biru Kg Sedul

Image
5 Sukarelawan guru Kg.Sedul bersiap sedia untuk turun ke kampung. 13Februari2019, Rabu. Hari keenam berada negeri di bayu ini dan merupakan hari ketiga mengajar di kampung. Perasaan keterujaan ku membuak-buak beserta rindu akan anak-anak murid Kg.Sedul itu. Senaman pagi kami pada hari ini ialah permainan 'What I Do, What I Say. Untuk pertama kalinya, team guru Kg.Sedul hari ini sedondon tanpa dirancang, orang kata chemistry gitu. Kami berlima mengenakan pakaian berwarna biru pada hari ini. Bertambah semangat untuk aku mengajar tambah-tambah semalam aku diberi 'cuti'. Sampai sahaja aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku di surau Kg.Sedul, kami melihat anak-anak murid belum ada yang hadir, mungkin kami terlalu awal. Jadi aku dan sahabat-sahabat mengambil kesempatan ini untuk bergambar di persekitaran Kampung. Kg Sedul di kelilingi dengan pokok-pokok yang redup di samping di dusun-dusun yang buahnya ranum. Tak lama selepas itu, anak-anak Kg.Sedul pun tiba. Pelajaran ya...

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Jika dunia kami yang dulu kosong, Tak pernah diisi. Mungkin hanya ada warna hampa dan gelap. Tidak mampu berbuat apa-apa, Tidak mampu ke mana-mana. Tapi kini dunia kami penuh warna. Dengan goresan garis-garis, juga kata penuh didikan. Yang dulu hanya mimpi, Kini mulai terlihat ianya menjadi impian. Itu kerana kau yang mengajarkan. Tentang mana warna yang indah, Tentang garis yang harus dilukis. Juga tentang kata yang harus dibaca. Terima kasih guruku dari hatiku. Untuk semua pejuang pendidikan, Dengan pendidikanlah kita mampu memperbaiki bangsa. Dengan pendidikanlah nasib kita mampu diubah. Apa yang tak mungkin kau jadikan mungkin. Engkaulah Guru, pejuang pendidikan sepanjang zaman. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Pusat Bimbingan Islam Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau | 13 Februari 2019.

TRAVELOG #5 : Kembara Tadabbur Alam (Sabah Tea)

Image
Sukarelawan Turda 6.0 bergambar di ladang Sabah Tea. 12Februari2019, Selasa. Hari ke-5  team sukarelawan Turda 6.0 dimulakan dengan Kultis pagi, bacaan Al-ma'thurat dan tadabbur Al-Quran. Terasa sungguh nyaman udara pagi di Kg. Luanti ini. Senaman pagi kali ini aku decided untuk ada lagu dan sedikit tarian. Haaa lagu Original Sabahan menjadi pilihan aku dan sahabat-sahabatku. Saja suka-suka ikut mood sendiri. Macam-macam gaya kami menari sabahan. Mengikut tentatif yang telah kami rancang, pada hari ini aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku akan ke Ladang Sabah Tea yang jaraknya daripada tempat penginapan kami ini hanya 1.1km sahaja tapi nak sampai puncak atas boleh tahan jauh juga. Tetapi malangnya tiada kenderaan yang boleh membawa kami untuk naik ke kawasan Ladang Sabah Tea di sana. Jadi aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku dengan semangat yang tinggi akan ke Sabah Tea dengan hanya berjalan kaki sahaja. InshaaAllah, ada hikmah yang telah aturkan buat kami. Bermulalah p...

PUISI #5 : Mahakarya Sang Pencipta

Image
Sabah Tea, Kg Luanti. Langit biru yang sesekali berhiaskan awan putih Menghadirkan keindahan yang tidak habis diperbincangkan. Lihatlah pagi yang cerah, Bersama mentari. Ia menghadirkan semangat bagi insan untuk berkarya. Kala hari beranjak siang, awan berarak begitu indah. Saat petang menjelang, Langit dan mentari berpadu dalam senja yang merah. Semua adalah tentang keindahan langit. Langit, sebuah Mahakarya Sang Pencipta. Yang menunjukkan Kemahabesaran-Nya. Dan mengingatkan bahawa kita, Hanyalah setitik debu di jagat raya. Yang tak berdaya di hadapan langit yang begitu perkasa. Apalagi di hadapan Sang Maha Pencipta. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau | 12 Februari 2019.

TRAVELOG #4 : Didikan Pertama Di Surau Sedul

Image
Sukarelawan Turda Kg.Sedul memulakan pengajaran pertama iaitu modul fardhu ain. 11Febuari2019, Isnin. Aku mencapai telefon bimbit untuk melihat jam. "Ya Allah, dah pukul berapa ni!" Ahh jam sudah menunjukkan hampir 5.30 pagi. Terlepas sahur untuk puasa pertama kami. Masing-masing tak sedar dari tidur, lena dibuai mimpi. Tapi, puasa tetap harus diteruskan. Puasa sunat Isnin & Khamis antara ibadah yang perlu kami laksanakan dalam misi ini. Kami harus semangat walau apa pun jua kerana hari ini merupakan hari pertama aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku mengajar di Kampung. Seperti yang telah diaturkan, kami berpecah kepada dua team untuk mengajar di Kg.Muruk dan satu lagi di Kg.Sedul. Untuk team Kg.Sedul, diterajui oleh aku sendiri, Kak Masitah, Hassan, Kak Mimy dan Kak Yasmin. Manakala team Kg.Muruk ialah Farhana, Aimi, Mus dan Kak Nazifah. Maka bermulalah  perjalanan kami, Team Turda 6.0 ke kampung masing-masing. Aku teruja sangat untuk ke Kg.Sedul kerana khabarn...

PUISI #4 : Ilmu Itu Cahaya

Pengetahuan itu pahit, Namun manisnya melebihi madu. Pada akhirnya, Ia bagaikan sebuah cahaya yang terus bersinar. Sinarnya sepanjang zaman. Cahaya tak pernah lekang Terhadap peradaban dan perubahan alam. Dia akan terus bersinar selamanya, Yang membuka cakrawala dunia. Perkembangan alam mengubah kita, Dari segala bentuk kerjanya, Apapun itu manfaatnya, Apapun itu tampaknya, Ilmu harus terus berkembang. Singkirkan buruknya, Terimalah kebaikannya, Ilmu dan pengetahuan penting untuk dunia, Kerana ilmu itu cahaya. Penyuluh kehidupan sepanjang masa. . . Nukilan oleh, Nur Nadirah binti Hamdan | Pusat Bimbingan Islam, Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti Ranau | 11 Februari 2019.

TRAVELOG #3 : Hai Si Labu Labi

Image
Makan tengahari pertama bersama pihak PBI ABIM Ranau di surau lama Kg Luanti.   10Februari2019, Ahad. Angin dingin pagi membuatkan aku terasa mengantuk lagi. Ingin sahaja sambung beradu. "Ahhh tak boleh. Ini bukan cuti-cuti Malaysia, ini misi sukarelawan!!!". Tegasku di dalam hati. Misi ini ada tujuan, dan kena perbetulkan niat. Cepat-cepat aku capai berus gigi dan terus keluar ke bilik air untuk bersiap solat subuh berjemaah. Seperti biasa, sesi membaca Al-ma'thurat, tadabbur Al-Quran & Kultis menjadi kewajiban harian kami sepanjang bermisi. Kultis kali ini kami memilih tajuk 'REZEKI', sesuai dengan peristiwa semalam yang kami lalui bersama. Senaman yang kami lakukan pada pagi itu pula ialah permainan Zas Tang dan 'Buaya & Biawak'. Santai-santai sahaja pagi kami. Oh ya, hari ini aku ada task, iaitu perlu memasak untuk tengahari nanti berdasarkan undian yang diadili semalam pada waktu post mortem. Hahaha, bila dapat task ni, nervous sikit seb...