PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Jika dunia kami yang dulu kosong,
Tak pernah diisi.
Mungkin hanya ada warna hampa dan gelap.
Tidak mampu berbuat apa-apa,
Tidak mampu ke mana-mana.

Tapi kini dunia kami penuh warna.
Dengan goresan garis-garis, juga kata penuh didikan.
Yang dulu hanya mimpi,
Kini mulai terlihat ianya menjadi impian.

Itu kerana kau yang mengajarkan.
Tentang mana warna yang indah,
Tentang garis yang harus dilukis.
Juga tentang kata yang harus dibaca.
Terima kasih guruku dari hatiku.

Untuk semua pejuang pendidikan,
Dengan pendidikanlah kita mampu memperbaiki bangsa.
Dengan pendidikanlah nasib kita mampu diubah.
Apa yang tak mungkin kau jadikan mungkin.
Engkaulah Guru, pejuang pendidikan sepanjang zaman.
.
.
Nukilan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau | 13 Februari 2019.

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..