PUISI #5 : Mahakarya Sang Pencipta
Sabah Tea, Kg Luanti.
Langit biru yang sesekali berhiaskan awan putih
Menghadirkan keindahan yang tidak habis diperbincangkan.
Lihatlah pagi yang cerah,
Bersama mentari.
Ia menghadirkan semangat bagi insan untuk berkarya.
Kala hari beranjak siang,
awan berarak begitu indah.
Saat petang menjelang,
Langit dan mentari berpadu dalam
senja yang merah.
Semua adalah tentang keindahan langit.
Langit, sebuah Mahakarya Sang Pencipta.
Yang menunjukkan Kemahabesaran-Nya.
Dan mengingatkan bahawa kita, Hanyalah setitik debu di jagat raya.
Yang tak berdaya di hadapan langit yang begitu perkasa.
Apalagi di hadapan Sang Maha Pencipta.
.
.
Nukilan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau |
12 Februari 2019.

Comments
Post a Comment