TRAVELOG #10 : Selamat Tinggal Kg Luanti
Sukarelawan Turda 6.0 bergambar kenang-kenangan bersama pihak PBI ABIM, Ranau.
17Februari2019, Ahad. Hari ini merupakan hari terakhir aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan ku team Sukarelawan Turda 6.0 di PBI, Fish Spa Tagal, Kg Luanti. Usai subuh, seperti biasa rutin yang selalu kami amalkan iaitu zikir Al mathurat, tadabbur Al-Quran, dan Kultis (Kuliah 30 saat). Pagi yang sangat sejuk pada ketika itu masing-masing termenung, tipulah tak berasa sedih kerana hari itu hari terakhir kami di PBI. 9 hari di sini yang penuh dengan memori indah, kelat, pahit, masam, masin, manis semua tercipta dalam satu kenangan. Kain telekungku, aku ambil untuk membaluti leherku. Sejuk sangat cuaca pagi ini, menggigil tubuhku.
Selepas membuat senaman pagi, "tinggggg" keluar idea aku dan Farhana untuk membuat video sempena hari last di kg Luanti sebagai kenang-kenangan. Ada la juga, rakaman kenangan lucu yang kami ingin perkenalkan PBI ini kepada sahabat-sahabat kami di Unisel nanti. Jadi perancangan untuk hari ini adalah kami akan bergerak ke Rumah Putera Harapan (RPH) semula dan bermalam selama 1 malam disana. Sebelum berangkat, kami menyampaikan sekalung penghargaan sijil dan sedikit sumbangan buat pihak PBI Islamic outreach (IOA) ABIM Ranau yang diwakili oleh Ustaz Ibrahim. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas penginapan yang selesa, makan dan minum, tempat kami memerah idea di surau lama, surau Kg Luanti yang menjadi tempat kami beribadah, dan pengangkutan dari PBI sendiri. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik kerana melayan kami seperti adik-adik sendiri. Semoga perkenalan yang terjalin ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah. Aku teringat usik-usikan dan gurau senda kami bersama di sini. Jika diingatkan kembali pasti kelakar dan mencuit hati. Kami bergambar bersama untuk kali yang terakhir.
Pada pukul 10 pagi, kami pun bergerak menuju ke RPH, Ranau. Lambaian terakhir buat Kg Luanti. Di sinilah kerja-kerja khidmat pendidikan kami berjalan, membeli durian bersama, mendaki Sabah Tea, senaman pagi suka hati sendiri. "aaaaaa pasti akan rindu momen-momen ini". Bisik hati kecilku. Sampai sahaja di RPH, aku melihat anak-anak RPH di situ, menyambut mesra kedatangan kami buat kali kedua. Rindu yang terlunas setelah 9 hari, akhirnya kita bertemu lagi yaa adik-adik RPH. Selepas makan tengahari di Rph, Ustaz Sabri mengajak aku dan sahabat-sahabat ke Tambunan untuk menziarahi Tugu Peringatan Mat Salleh. Perjalanan ke Tambunan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah jam. Kami ke sana dengan menaiki 2 buah kereta yang dipandu oleh Abang Syafiq dan Ustaz Sabri.
Sampai sahaja di sana, kami melihat sendiri tugu peringatan tersebut yang tertera tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'. Mat Salleh dicatatkan sebagai pejuang negeri Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan adalah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya. Begitulah sedikit sebanyak sejarah tentang Mat Salleh yang perlu dicontohi perjuangannya dalam menentang penjajahan.
Selepas menziarahi Tugu Peringatan Mat Salleh, kami ke rumah sahabat Ustaz Sabri bagi majlis sambutan kelahiran anak kepada sahabatnya yang bernama Adam. Syukur rezeki kami hari ini dapat menjamu pelbagai jenis sup dan ayam. Sepanjang perjalanan hari ini, terpegun aku dan sahabat-sahabat melihat cerun-cerun bukit, gunung ganang yang hijau, indah mata memandang. Sempat juga aku bergambar di tepi cerun bukit sambil menikmati udara segar di situ.
Dalam perjalanan pulang kembali ke RPH, aku bertanya kepada Abang Syafiq, "dobi di sini dekat kah?" mujur dobi yang berdekatan ada di pekan Ranau. Setibanya kami di Rph, terus aku bersama Farhana, Aimi, Mus dan Hassan persiapkan baju-baju kami semua untuk mendobi pada malam itu. Sambil-sambil menunggu baju siap dibasuh dan dikeringkan, kami pusing-pusing satu pekan Ranau membeli sayap ayam untuk santapan malam. Sempat juga kami ke rumah Umi Abang Syafiq di Kg.Muruk. Uminya memberikan kepada kami jeruk bambangan untuk dibawa pulang. Tak lama kemudian, kami kembali ke dobi. Allahu, lama betul kami menunggu di dobi, baju masih belum selesai lagi. Jam menunjukkan hampir pukul 10 lebih. Ada yang hampir tertidur, ada yang buat live di Instagram hahaha macam-macam ragam kami. Kesian sahabat-sahabat kami yang menunggu lama di Rph. Dalam jam 10.30 malam, alhamdulillah selesai urusan mendobi dan kami pulang ke RPH menikmati makan malam yang lewat haha.
Hari ini banyak peristiwa berlaku, perasaan kami bercampur-baur dan saling merindui kenangan yang lalu. Pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Hanya insan terpilih yang dapat merasainya. Kita harus bersyukur kerana kita adalah insan terpilih yang berpeluang menyertai misi sukarelawan ini. Akhir kata, selamat tinggal Kg Luanti, Kampung kami di mana, lahirnya Sukarelawan mandiri.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau | 17 Februari 2019.

Comments
Post a Comment