TRAVELOG #13 : UMSXUNISEL Dihatiku
Bergambar bersama MPP UMS 2018/2019.
20Februari2019, Rabu. Hari ke-13. Ternyata hanya berbaki 2 hari lagi untuk aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku berada di Sabah. Cepatnya masa berlalu kan. Untuk tentatif pada hari ini, kami akan adakan kunjungan hormat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu. Seperti biasa, kami menaiki pengangkutan awam iaitu bas mini ke UMS.
Kunjungan hormat kami disambut dengan baik sekali dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS 2018/2019. Layanan mesra dan sporting dari Mpp membuatkan kami terharu dan berbesar hati. Di UMS, kami memulakan kunjungan hormat dengan sesi taaruf dan selepas itu, kami memulakan sesi pertukaran pendapat berkenaan universiti kami. Banyak juga perkara yang mereka tanyakan tentang Universiti Selangor (UNISEL).
Kami juga antara yang bertuah kerana kerana diberi peluang dibawa berjalan-jalan di sekitar Kampus UMS. Antara tempat yang kami lawati ialah perpustakaan UMS. Kalau masuk perpustakaan UMS ni, pasti akan jatuh cinta sebab kemudahan di sini sangat terbaik. Ada ruang study yang cukup, selesa dan paling best kita bebas untuk study di tempat-tempat ikut mood sendiri.
Selepas puas menjelajah perpustakaan, kami dibawa pula ke Muzium UMS yang terletak di Dewan Canselor. Muzium UMS ini menceritakan banyak sejarah tentang penubuhan UMS itu sendiri dari tahun-tahun yang lalu. Di sini juga kami dapat mengenali Canselor dan Naib Canselor UMS. Best dan aku kagum sekali kerana ini kali pertama aku melihat ada muzium dalam universiti.
Kemudian, aku dan sahabat-sahabatku dibawa pula ke ODEC. Ya Allah ketika ini aku betul-betul terpukau dengan keindahan pantai ODEC di mana berperanan sebagai sektor pelancongan yang terletak di dalam UMS sendiri. Dalam Universiti ada pantai???? Kau hadoo hahaha. Sungguh teruja apabila kami dibawa pusing-pusing satu UMS yang besar keluasan hektarnya. Oh yaa, paling menarik apabila kami dibawa berjalan-jalan dengan menaiki ECO Campus yang telah disediakan iaitu sebuah kereta golf kalau hendak digambarkan, begitulah rupanya.
Di ODEC, kami sempat melakukan sesi KULTIS yang bertajuk Ihsan dan Islam. Mpp UMS sangat kami senangi kerana banyak membantu mengambil gambar-gambar kami di sini. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang kami peroleh ini. Pasti seronok menjadi student di sini, kalau nak bercuti, bercuti aje di UMS, ada pantai, muzium dan tak lupa ada juga muzium akuaria. Tapi disebabkan terdapat kerja-kerja renovation, kami tak dapat ke sana.
Alhamdulillah selesai kunjungan hormat UNISELXUMS. UMS akan selalu di hati. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada UMS khususnya kepada Mpp kerana layanan yang terbaik daripada pihak mereka. Pastinya kami tidak akan melupakan kenangan di UMS ini dan akan kami ceritakan pada sahabat-sahabat kami di Unisel nanti.
Petang itu mengikut tentatif, kami sepatutnya akan ke Muzium Sabah. Tapi disebabkan ada banyak tugasan harian yang belum diselesaikan seperti travelog, puisi, data-data keperluan, kami tidak dibenarkan untuk ke mana-mana. Di atas arahan penasihat kami, En.Izwan Suhadak, kami dibenarkan ke muzium setelah semua tugasan harian diselesaikan. Sedih jugalah rasa di sudut hati kami, tapi apa boleh buat, inilah amanah yang perlu diselesaikan. Dah 2 hari kami stay di perpustakaan UMS untuk menyelesaikan tugasan-tugasan, tapi tetap tak dapat selesaikan sepenuhnya lagi. Aduhh..
Kami stay di Library UMS ini dari petang sampai malam menyambung menyiapkan tugasan yang tertangguh. Pada waktu sebelum kami pulang, satu team diberikan ujian, aku dan sahabat-sahabatku tiba-tiba sakit perut dan cirit-birit. Jadi petang tu, tumpuan menyelesaikan tugasan agak terganggu. Agaknya kami sama-sama tersalah makan di waktu pagi. Jadi disebabkan ada sahabat-sahabatku yang masih sakit perut sampai malam, kami decide untuk order grab. Jadi separuh akan naik grab separuh lagi akan menunggu pengangkutan lain, iaitu bas. Kelakar pula bila sebut separuh-separuh ni. Ada kisah kelakar di sebaliknya haha.
Farhana, Aimi, Kak Yasmin dan Hassan pulang dengan menaiki grab. Sementara aku, Kak Mimy, Kak Mas, Kak Nazifah dan Mus menunggu bas. Sempat kami pekena bakso area bandar KK sambil-sambil melegakan perut yang sakit siang tadi. Aaaaaa tak boleh lupa kelazatan bakso di situ. Jam menunjukkan hampir 10.30, tunggu punya tunggu, tiada satu bas pun yang berhenti.
Smbil-sambil berzikir, hampir tertidur aku dibuatnya dek kerana lama menunggu. Nasib baik kami teringat nak order grab, mujur Kak Nazifah ada apps grabcar tapi rupanya dia terlupa dia ada apps tu. Apa lagi, kami pun ketawa sesama sendiri di tepi jalan tu. Alhamdulillah selamat sampai di Rumah Kak Mimy. Berbaki sehari lagi kami di sini. Sedihnyaaa, tapi apakan daya, kami hanya anak perantauan yang mempunyai misi sukarelawan di sini.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Taman Jaya Diri, Sepanggar, Kota Kinabalu | 20 Februari 2019.

Comments
Post a Comment