TRAVELOG #8 : "Esok Majlis Kahwin Kita!"

Persiapan terakhir team turda sebelum majlis penutupan pada hari esok.

15Februari2019, Jumaat. Di awal keheningan pagi, aku mengorak langkah baru dengan azam agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Seawal jam 9 pagi, aku bersama Kak Nazifah, Aimi dan Mus ditugaskan untuk pergi membeli keperluan barang sumbangan untuk diberikan kepada keluarga-keluarga terpilih di Kg.Sedul dan Kg.Muruk. Antara checklist yang kami perlu kami beli adalah barang beserta hadiah sukaneka, hadiah pelajar terbaik, sumbangan barang masakan (Rm50) seperti beras, tepung gandum, minyak, kordial, kicap dan lain-lain lagi. Kesemua barang sumbangan ini adalah untuk penduduk kampung Sedul dan Muruk bagi Majlis Penutupan Projek Turun Ke Desa 6.0 yang akan diadakan pada hari esok. Kalau bagi kami selaku sukarelawan yang menjalankan misi ini, majlis penutupan esok merupakan majlis penting kerana ia bagaikan majlis perkahwinan kami.

Kami ke Pekan Ranau ditemani oleh Abang Syafiq yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan untuk kami bergerak ke mana-mana. Maka bermulalah perjalanan kami untuk mencari barang-barang di Supermarket Pekan Ranau. Hampir 1 jam lebih juga kami berusaha mengumpulkan segala checklist yang diperlukan. Kebanyakan barang yang boleh diborong, kami borong bagi memudahkan sesi pembelian. Disebabkan kami memakai vest sukarelawan, banyak mata memerhati segala tindak tanduk kami. Bila kita ke misi ini, banyak perkara perlu dijaga antaranya menjaga adab dan tasasusila. Dengan itu, apa yang kita lakukan boleh mendatang manfaat untuk diri sendiri dan orang di sekeliling. Lama juga kami membeli, yelah selepas membeli kami harus double check juga supaya tidak ada barang-barang yang tertinggal ataupun terlepas pandang.

Selesai 1 trip membeli! Tiba-tiba datang suara dari belakang "Ni tak muat ni nak masuk dalam kereta, kereta dah penuh dengan beras." Sapa Mus dari belakang. Disebabkan hanya ada satu kereta dan barang sumbangan terlalu banyak, aku, Kak Nazifah dan Aimi terpaksa tinggal sekejap di Pekan Ranau. Jadi sementara menunggu Abg Syafiq dan Mus yang menghantar barang-barang yang telah dibeli, aku, Kak Nazifah dan Aimi mengambil peluang ini untuk mengisi perut dan print sijil-sijil penyertaan serta menguruskan apa yang patut. Selesai print sijil, kami teruskan second trip membeli barang sumbangan. Alhamdulillah selesai membeli, Abang Syafiq dan Ustaz Ibrahim pun tiba. Jam menunjukkan hampir pukul 3. 3.30 sudah masuk waktu asar. Kami bergegas mencari surau yang berdekatan untuk mendirikan solat zuhur.

Fuh terasa letihnya hari ini kerana pagi tadi sampai petang sibuk menguruskan pembelian barang sumbangan, walau bagaimanapun petang itu kami tetap harus pergi mengajar. Tambahan pula hari ini merupakan hari terakhir aku dan sahabat-sahabat ku mengajar kanak-kanak di kampung itu. Jadi, aku harus tetap cekal dan semangat! Hari terakhir ini aku bersama 4 orang sahabat team Sedul tiba lewat sikit ke surau Kg.Sedul kerana sibuk pada waktu pagi. Setibanya kami di pintu surau, "Cakkkkk!!" terkejut kami dibuatnya. Mereka menyorok di belakang pintu untuk memberikan kejutan. Kami ketawa riang bersama. Mereka tahu hari itu merupakan hari terakhir kami mengajar. Agak sedih kerana esok kami akan berpisah. "Klinggg, Klinggg klinggg.." Bunyi loceng aiskrim kedengaran di luar surau. Cepat-cepat aku mengajak kak Mimy dan Hassan untuk membeli aiskrim untuk anak-anak Kg.Sedul itu. Maklumlah, aku penggemar aiskrim. Segala jenis aiskrim aku makan hahaha. Rezeki kami hari ini, Kak Mimy belanja untuk kesemua aiskrim. Ohh yaa, hanya aku, Kak Mimy dan Hassan sahaja yang pergi mengajar di kampung untuk hari ini.

Untuk hari yang terakhir ini, kami sambung sedikit modul jawi iaitu suku kata. Santai-santai sahaja hari ini, hari terakhir kan. Kemudian, Eksperimen kali ini bertajuk 'Elektrostatik' di mana memerlukan belon dan tin kosong. Untuk menjayakan eksperimen ini, seseorang perlu menggosokkan belon pada rambut untuk menggerakkan tin. Tergelak aku tengok wajah mereka yang bersungguh menggosok belon. Apabila slot eksperimen telah selesai, kami lanjutkan kepada aktiviti ice-breaking iaitu permainan sambut belon yang berisi air. Kali ini kami buat di kawasan lapang supaya kanak-kanak lebih enjoy bermain. Hari semakin senja, aku teringat pesanan ciksu semalam untuk ajarkan mereka mengambil wudhuk menggunakan botol air. Praktikal ini bertujuan untuk menggunakan air dengan cermat dan menggelakkan berlakunya pembaziran air. Hari ini juga merupakan hari terakhir kami solat berjemaah di Kg.Sedul itu. Usai solat maghrib, kami memulakan tasmik murid-murid untuk melihat perkembangan pelajaran selama 5 hari belajar. Sedang aku dan sahabat-sahabat menyemak bacaan, tiba-tiba "tuppp". Blackout lagi nampaknya. Menarik dan uniknya hari pertama dan hari terakhir kami mengajar di surau tersebut berlaku blackout. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bersama sahabat-sahabatku. Dalam suasana gelap, bertemankan lilin dan bunyi cengkerik, kami tetap meneruskan tasmik. Tidak boleh lupa juga, Abang Syafiq jemput kami lewat pada malam itu. Sempat aku, Kak Mimy dan Hassan buat sesi sharing moment dan first impression sambil-sambil kami menunggu.

Confirm tidur lewat hari ini. Selepas post-mortem, kami team sukarelawan struggle membungkus hadiah dan menyusun barang-barang dapur yang telah dibeli siang tadi untuk disalurkan kepada penduduk Kg.Sedul dan Kg.Muruk pada hari esok. "Yeayyy esok majlis kahwin" kata aku pada sahabat-sahabat. Kami memandang antara satu sama lain dan ketawa bersama. Macam-macam gelagat dan gaya membungkus hadiah. Alhamdulillah semuanya siap dalam jam 1.30 pagi. Harapan kami, semoga majlis 'perkahwinan' esok berjalan dengan lancar dan diredhai Allah.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau | 15 Februari 2019.

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..