TRAVELOG #4 : Didikan Pertama Di Surau Sedul

Sukarelawan Turda Kg.Sedul memulakan pengajaran pertama iaitu modul fardhu ain.

11Febuari2019, Isnin. Aku mencapai telefon bimbit untuk melihat jam. "Ya Allah, dah pukul berapa ni!" Ahh jam sudah menunjukkan hampir 5.30 pagi. Terlepas sahur untuk puasa pertama kami. Masing-masing tak sedar dari tidur, lena dibuai mimpi. Tapi, puasa tetap harus diteruskan. Puasa sunat Isnin & Khamis antara ibadah yang perlu kami laksanakan dalam misi ini. Kami harus semangat walau apa pun jua kerana hari ini merupakan hari pertama aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku mengajar di Kampung. Seperti yang telah diaturkan, kami berpecah kepada dua team untuk mengajar di Kg.Muruk dan satu lagi di Kg.Sedul. Untuk team Kg.Sedul, diterajui oleh aku sendiri, Kak Masitah, Hassan, Kak Mimy dan Kak Yasmin. Manakala team Kg.Muruk ialah Farhana, Aimi, Mus dan Kak Nazifah. Maka bermulalah  perjalanan kami, Team Turda 6.0 ke kampung masing-masing.

Aku teruja sangat untuk ke Kg.Sedul kerana khabarnya perjalanan ke Kg.Sedul agak mencabar dan perlu merentas sungai. Sungguh pengalaman yang sangat bermakna buatku dan sahabat-sahabatku. Selalu dengar-dengar dari orang sahaja cabaran jadi guru di kawasan pedalaman, kali ini aku merasainya sendiri. Fuhh. Tak sabar, excited dalam masa yang sama nervous nak mulakan sesi pengajaran. Kami ke sana ditemani Abang Khairul Fathin selaku setiausaha ABIM Ranau dan Abang Syafiq dengan menaiki kereta tahan lasak 4x4 milik PBI. Sampai sahaja di surau Kg.Sedul Lama 2, aku bersiap-siap untuk solat asar sementara menunggu anak-anak Kg.Sedul datang.

Anak-anak mula hadir, ada yang datang bersama ibu mereka. Aku dan sahabat-sahabatku bersalam-salaman dengan ibu-ibu dan anak-anak di situ sambil bertanya sedikit maklumat diri untuk memasukkan ke dalam data profiling. "Takde elektrik ke kat sini, panasnyaaa." Keluh aku. Menurut orang kampung, dah 2 hari tiada elektrik di surau ini. Tak mengapalah, nama pun kawasan pedalaman, berpanas sikit bukan satu masalah besar, #BersediaDalamTidakBersedia. Alhamdulillah, untuk hari pertama ini, seramai 6 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 8 hingga 10 yang hadir untuk sesi pembelajaran. Pada mulanya, aku agak kekok untuk memulakan pengajaran kerana dah lama tak mengajar di depan. Last program mengajar ni ketika Program REC Gombak yang memerlukan aku untuk ajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak Rohingya di situ. Kak Mas serahkan sesi mengajar yang pertama pada aku, alhamdulillah sahabat-sahabatku banyak membantu dan memberi sokongan. Hilang nervous!!

Modul fardhu Ain yang kami fokuskan pada hari pertama adalah seperti rukun Islam, rukun iman, lafaz 2 kalimah syahadah syahadah, cara-cara berwudhuk dan bacaan Al-Fatihah. Pelajaran untuk hari pertama ini agak lama. Kami ingin anak-anak di sini mempunyai asas yang kukuh dalam fardhu ain supaya menjadi benteng ilmu untuk pengetahuan yang lebih luas di luar sana. Ada beberapa orang ibu-ibu dan wanita yang hanya memerhatikan anak mereka. Aku melihat Kak Mas menyapa ibu-ibu di situ sambil bertanya sedikit maklumat dan asas asas fardhu ain.

Lama juga elektrik terpadam pada hari itu. Tapi mujur ada lampu bantuan. Azan maghrib berkumandang di azankan oleh Saudara Hassan, aku dan Hassan mula berbuka puasa dengan air kosong terlebih dahulu. Kami tak berkesempatan untuk makan makanan yang dibekal tengahari tadi, kerana khuatir tidak cukup pula untuk menjamu ibu ibu dan anak-anak di situ. Jadi, kami bercadang untuk makan bekalan tersebut selepas balik mengajar. Tak lama kemudian, alhamdulillah, gembiranya hati kami apabila ibu Khairunnisa memberikan buah-buahan seperti manggis, langsat dan rambutan kepada kami untuk alas perut. Syukur atas rezeki hari ini.

Selepas kami solat maghrib dan isya' secara berjemaah, kami teruskan dengan zikir Al mathurat dan tadabbur Al-Quran. Alhamdulillah selesai didikan hari pertama aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku di Kg.Sedul dan tidak lupa sahabat-sahabat di Kg.Muruk.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam, Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau, Sabah | 11 Februari 2019.

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..