TRAVELOG #5 : Kembara Tadabbur Alam (Sabah Tea)
Sukarelawan Turda 6.0 bergambar di ladang Sabah Tea.
12Februari2019, Selasa. Hari ke-5 team sukarelawan Turda 6.0 dimulakan dengan Kultis pagi, bacaan Al-ma'thurat dan tadabbur Al-Quran. Terasa sungguh nyaman udara pagi di Kg. Luanti ini. Senaman pagi kali ini aku decided untuk ada lagu dan sedikit tarian. Haaa lagu Original Sabahan menjadi pilihan aku dan sahabat-sahabatku. Saja suka-suka ikut mood sendiri. Macam-macam gaya kami menari sabahan.
Mengikut tentatif yang telah kami rancang, pada hari ini aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku akan ke Ladang Sabah Tea yang jaraknya daripada tempat penginapan kami ini hanya 1.1km sahaja tapi nak sampai puncak atas boleh tahan jauh juga. Tetapi malangnya tiada kenderaan yang boleh membawa kami untuk naik ke kawasan Ladang Sabah Tea di sana. Jadi aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku dengan semangat yang tinggi akan ke Sabah Tea dengan hanya berjalan kaki sahaja. InshaaAllah, ada hikmah yang telah aturkan buat kami.
Bermulalah perjalanan kami bersembilan untuk naik ke puncak Sabah Tea. Aku dah lama teringin ke situ, tambahan pula teringin juga beli sedikit packet tea yang bermacam jenis perisa di kedai Sabah Tea itu. Sampai sahaja di papan tanda masuk Sabah Tea itu, aku dan sahabat-sahabatku mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan di situ sebelum naik ke puncak.
Perjalanan untuk sampai ke atas memakan masa hampir setengah jam. Masing-masing pancit separuh jalan, tapi kami tetap meneruskan perjalanan. Terasa seperti hiking dah. Tapi aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku berasa sangat seronok dan terpesona melihat keindahan alam, ladang tea yang terbentang luas, cantik sangat permandangannya. Kami mengambil kesempatan mengembara tadabbur Alam, melihat kebesaran dan kekuasaan Allah. Mujur cuaca pada pagi itu cerah, segar sekali rasanya. Saat yang paling menjadi titik kebahagiaan apabila kami sampai ke puncak atas di mana terletaknya batu yang bertulis "I Love Sabah Tea". Bersebelahan dengannya adalah kedai di mana para pelancong membeli pelbagai jenis Tea. Aku dan sahabat-sahabat berpeluang untuk membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke semenanjung nanti. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil sebanyak mungkin gambar semasa berada di sana sebagai kenangan kenangan yang bakal dirindui kelak. Tapi aku juga agak terkilan kerana tak dapat ke masjid yang terletak di Sabah Tea oleh sebab perjalanan ke sana agak jauh juga.
Petang itu sepatutnya aku perlu ke kampung untuk sambung mengajar di Kg.Sedul tapi atas arahan penasihat kami, Encik Izwan Suhadak atau lebih dikenali sebagai Cik Su, beberapa orang harus tinggal di PBI dan tidak perlu mengajar pada hari itu. Ini kerana, kami perlu menyiapkan tugasan harian beserta laporan-laporan yang tertangguh. Dan sudah pasti orang yang bertanggungjawab itu ialah aku selaku bendahari dan Kak Mimy Minarti selaku setiausaha. Menjadi bendahari dan setiausaha tidaklah mudah. Tapi kecewa juga dengan diri sendiri kerana tidak dapat turun mengajar pada hari itu. Lebih kecewa kerana asyik bertangguh kerja dan selalu buat kerja last minit.
Walau bagaimanapun, aku berasa bangga dengan team aku kerana dapat meneruskan pengajaran buat anak-anak Kg.Sedul walaupun hanya berbaki 3 orang Sukarelawan sahaja. Mereka mengajar topik solat untuk hari itu. Alhamdulillah.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau |
12 Februari 2019.

Comments
Post a Comment