PUISI #8 : Hari ini, Esok Dan Semalam

Hari ini,
Aku sedikit ceria,
Hilang rasa gundah,
Hilang rasa duka,
Aku percaya pada diri,
Aku masih mampu berdiri,
Aku masih mampu berlari.

Esok,
Aku tidak pasti,
Kerana aku tidak mempunyai cermin hikmat,
Untuk menilik nasib diri,
Untuk membawa ku ke dunia realiti,
Tapi,
Apa yg pasti,
Dalam fantasiku, aku inginkan agar hari esok adalah hari bahagia.

Semalam,
Hari yang resah,
Hari yang gundah,
Tapi aku sering pasrah dan berserah,
Kerana aku tahu Allah pasti menyediakan sesuatu yg terbaik buat diriku.

Hari ini, Esok dan Semalam,
Tetap satu hari yg berbeza,
Kita tidak pernah tahu apa yg berlaku,
Tapi kita mampu berdoa,
Moga hari-hari yang kita lalui adalah hari yg terbaik untuk kita.
.
.
Nukilan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Asrama PBI, Kg Luanti, Ranau, Sabah | 15 Februari 2019.

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..