TRAVELOG #11 : Diari Terindah Bersama Sahabat Seperjuangan
Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah.
18Februari2019, Isnin. Di hari Isnin, hari ke-11 perjalanan kami 9 Sukarelawan dalam kembara musafir, kami memulakan pagi ini dengan sesi perbincangan/post-mortem bersama Ustaz Sabri, Abang Khairul Fatin dan Abang Syafiq berkenaan projek susulan yang ingin direncanakan pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Ustaz Sabri mencadangkan agar Projek Turun Ke Desa ini dapat dijalankan 2 atau 3 kali setahun memandangkan kolaborasi ini telah 6 tahun terjalin. Kalau cadangan ini terlaksana, berbagai persiapan rapi yang harus kami titikberatkan. Dan jadual kami pun harus disusun dengan baik memandangkan aku dan sahabat-sahabat masih belajar.
Di Rph, udara pagi lebih sejuk di sini. Tak sanggup kami nak mandi pagi-pagi kerana airnya seperti air terjun dari gunung Kinabalu, uishhh. Lepas bersenam pagi, saja aku dan sahabat-sahabatku jalan-jalan keluar dari Rph, nak hirup udara pagi katanya. Layankan ajelah haha. Pada jam 9 pagi selepas sahaja sarapan, kami bersiap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya. Tak lama kami di Rph ini, tetapi akan aku sematkan seribu satu kenangan bersama kalian di sini. Sekalung penghargaan dan sumbangan ikhlas kami berikan buat warga Rumah Putera Harapan, Ranau atas kesudian menerima kami dengan baik di sini. Maafkan salah silap sepanjang kami berada di Rph. Kali terakhir ini, aku bergambar bersama mereka. Ingin sekali aku menjejakkan kakiku di sini lagi, masa dan waktu akan menentukannya kelak. "Bye kakak-kakak..." itulah ucapan terakhir dari mereka sebelum kami pergi. Jika ada umur dan kesihatan yang panjang, InshaaAllah kita akan bertemu kembali.
Van Abang Kak Mimy telah pun tiba. Maka, berpisahlah kami meneruskan misi ini. Kami menuju ke kawasan air panas, Hot Spring. Sampai sahaja di kawasan air panas poring, aku dan sahabat-sahabatku melihat suasana yang damai berkelilingkan pokok-pokok besar dan redup. Tak sabar nak masuk ke dalam melihat alam semula jadi yang menjadi tanda-tanda kebesaran Allah. Kata Doni, Abang kepada Kak Mimy, air kolam yang sejuk datangnya dari air terjun yang betul-betul mengalir dari gunung. Kalau dah kata air dari gunung, memang sejuk lah jawabnya. Kolam air panas pula datangnya dari telaga air panas sulfur yang terbentuk dari aktiviti kawasan gunung berapi yang kurang aktif. Apabila kami masuk saja di kawasan itu, aku boleh lihat betapa banyaknya kolam-kolam yang boleh kita pilih untuk merasainya sendiri. Ada kolam air panas dan sejuk. Mujur tak ramai pada waktu ini walaupun sudah jam 10 pagi.
Mus selaku camera man dan Kak mimy selaku wakil sukarelawan yang melaporkan dokumentari bersiap-sedia untuk merakamkan kembara kami di setiap tempat yang kami lawati. Pada awalnya, kami ingin ke Taman kupu-kupu tetapi disebabkan cuaca dan hari tidak sesuai, kupu-kupu tidak banyak keluar ketika itu. Kemudian kami melawat pokok yang paling besar yang terletak di kawasan hutan tersebut dan seterusnya menuju ke kawasan air terjun Kipungit. Terkesima aku melihat air terjun yang mengalir deras airnya. Hampir satu jam kami berjalan-jalan di sekitar hot spring itu. Cuaca yang terik pada waktu tengahari membuatkan aku dan sahabat-sahabat dahaga. Kan best kalau dapat aiskrim pada waktu panas macamni. Selesai kembara alam semula jadi, bergambar dan merakamkan dokumentari, kami pun beranjak ke destinasi lain. Untuk yang datang ke Sabah, Kolam Air Panas Hot Spring perlu ada dalam checklist tempat yang harus dilawati.
Destinasi yang akan kami pergi selepas ini merupakan tempat yang paling menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari semenanjung dan luar negara. Bak kata orang di sini, kalau pergi Sabah, rugi bha kalau tak ke DESA DAIRY FARM, Kundasang. Aku dan sahabat-sahabatku berasa sungguh excited untuk sampai ke sana, tempat yang kami tunggu-tunggu bila datang ke Sabah ini. Perjalanan ke Kundasang memakan masa satu jam setengah. Sempat aku melelapkan mata seketika. Dalam jam 2 petang, akhirnya kami tiba di Dairy Farm, Kundasang. Udara di sini sungguh menyebarkan dan nyaman sekali. Air paipnya fuhhhh.. kalau lama-lama kami basuh tangan di situ, boleh beku rasanya hahaha. Apa yang menariknya di Dairy Farm adalah pemandangan ladang lembu import yang lain daripada lembu-lembu yang selalu kita nampak. Nian indah, tak jemu dipandang. Selain itu, kalau datang sini, wajib cuba aiskrim coklat dan yogurt serta jangan lupa membeli susu-susu segar di yang dijual di Desa Dairy Farm ini. Kami berkesempatan juga untuk melihat proses penjagaaan lembu di sini, serta muzium kecil sejarah Desa Dairy Farm. Maklumat yang kami peroleh disini diperlukan bagi dokumentari dan report kami.
Di sebalik pemandangan yang indah, kami tak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakamkan setiap detik berharga selama di sini. Udara di sini ya Allah sejuknyaa, kalau ada peluang untuk aku ke turda yang seterusnya, ingin sekali aku menginap di sekitar kundasang. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Dairy Farm bersama sahabat-sahabat seperjuangan misi. Inilah keluarga kecilku selama berada di sini. Ke sana ke sini bersama, seperti adik-beradik. Usia yang berbeza tidak membezakan kasih sayang antara kami. Tetapi walau bagaimanapun, kami tetap wajib menjaga batas dan pergaulan bertepatan di sisi syariat Islam. Aku dan sahabat-sahabat membeli susu segar dan aiskrim sebagai ole-ole.
Awan mendung berarak, hujan rintik-rintik mula turun. Kami tak dapat berada lama di situ memandang cuaca tidak mengizinkan. Alhamdulillah, walau apa pun aku sangat bersyukur pada Allah kerana dapat hadir ke sini merakamkan diari terindah bersama sahabat seperjuangan. Pastinya momento ini akan dirindui sepanjang pulang ke semenanjung nanti. PASTI!! Another 4 days untuk kami berada di Sabah ini. Cepatnya masa berlalu, sungguh masa sangat mencemburui kita ya sahabat-sahabat.
3.16 petang, Kami pun meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Untuk 4 hari terakhir ini, kami akan menginap di rumah Kak Mimy di Sepanggar, KK. Tempat yang mula-mula kami ziarah setibanya kami di Kota Kinabalu. Sebelum ke rumah Kak Mimy, aku berasa sungguh terharu apabila sahabat-sahabatku gigih membantu mencari tasbih digital memandangkan tasbih digital aku telah rosak dari hari ke-2 di Sabah. Alhamdulillah aku sangat bersyukur dapat juga berzikir menggunakan tasbih digital. Segala kenangan yang aku rasakan ini akan ku catatkan dalam pengalaman paling manis dalam hidupku. Ia akan terus kekal segar dalam ingatan dan travelog 'Diari Terindah Bersama Sahabat Seperjuangan'.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Kedai sayur mak Kak Mimy, Taman Jaya Diri, Sepanggar, Kota Kinabalu | 18 Februari 2019.

Comments
Post a Comment