TRAVELOG #7 : Adik Adik, SIAP!
Anak-anak Kg.Sedul bersemangat menjayakan slot ice-breaking iaitu tiup belon dan letupkan.
14Februari2019, Khamis. Genap seminggu team Turda 6.0 berada di Sabah menjalankan kegiatan misi sukarelawan. Sekejap sahaja dah 7 hari. Hanya Allah yang mengetahui betapa aku sangat menghargai setiap detik dan moment sepanjang berada di sini. Dan aku pasti sahabat-sahabat seperjuangan ku yang lain juga merasakan hal yang sama. Hari ini kami berpuasa sunat hari Khamis. Kali ini kami terlepas lagi untuk bersahur. "Dahlah semalam aku tak jamah makanan yang diorang masak, ni terlepas lagi sahur." Rungut aku. Cepat-cepat aku berzikir dan kebetulan zikir ku adalah istighfar. Ya, aku tetap harus meneruskan puasa sunatku.
Pada sebelah pagi, kami agak sibuk kerana bertungkus-lumus untuk mengasingkan barang sumbangan dari pihak ABIM seperti baju-baju, telekung, seluar dan sebagainya. Pagi itu, kami mula membuat persiapan seperti menyiapkan poster dan ayat hebahan untuk mencari dana bagi sumbangan kepada muallaf dan fakir miskin. Agak last minit juga arahan ini kami terima, jadi kami kesuntukan masa untuk membuat hebahan. Lebih kurang dalam 2 hari sahaja. Selesai sahaja kami mengemas dan mengasingkan pakaian sumbangan mengikut jumlah keluarga di kedua-dua buah kampung, kami membuat checklist dan kiraan jumlah pakaian yang terkandung. Alhamdulillah urusan mengasingkan pakaian dipermudahkan.
Hari ini merupakan hari-4 kami mengajar di kampung. Berbaki 1 hari lagi untuk aku dan sahabat-sahabat mengajar anak-anak di kampung itu sebelum hari majlis penutupan pada 16 Februari 2019. Untuk hari keempat ini, kami ingin fokuskan kepada modul jawi. Alhamdulillah silibus untuk modul fardhu ain sudah habis dipelajari. Cuma perlu refresh semula supaya mereka tidak lupa. Kami mengajar mereka huruf-huruf jawi dan huruf hijaiyah serta sambungan huruf. Untuk modul jawi ini, rata-rata dari pelajar sudah pun ada asas dalam pemahaman jawi. Tetapi ada juga yang masih lemah.
"Adik Adik, SIAP!". Slogan atau kata-kata semangat itu telah aku terapkan pada anak-anak Kg.Sedul ini sebagai pemangkin semangat mereka untuk belajar dan bermain. Orang kata, kalau belajar, belajarlah sungguh-sungguh. Kalau bermain, bermainlah sungguh-sungguh. Mereka bersemangat sekali apabila melaungkan perkataan "SIAP!!".
Menjadi rutin selepas pelajaran ialah aktiviti ice-breaking atau permainan. Kali ini permainan yang akan dimainkan oleh anak-anak Kg.Sedul ialah 'Tiup Belon Sampai Pecah'. Siapa yang memecahkan belon terlebih dahulu akan menang. Seronok sangat melihat keterujaan dan kesungguhan mereka bukan sahaja dalam permainan, malah dalam pelajaran juga. Kami juga memberikan sedikit gula-gula dan hadiah kepada para pemenang.
Kalau semalam aku terkejut apabila Syafiq berani tampil untuk melaungkan azan, kali ini juga aku terkejut dapat melihat Fahmi buat pertama kali azan. Kerana dia antara yang susah juga nak keluar seluar. Syukur sangat. Azan Maghrib berkemundang tanda masuk waktu, aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku berbuka puasa bersama-sama. Alhamdulillah hari ini telur masak lemak dan air sirap bandung menjadi menu iftar kami. Seperti biasa, usai solat maghrib & isya', kami akan recap semula segala pengajaran dan pelajaran yang telah diajarkan. Semakin bertambah hari, semakin bertambah ilmu, semakin bertambah jua hafalan. Alhamdulillah, selesai urusan hari ini. Seperti kata guru saya,"hari ini adalah pengharapan, esok adalah perjuangan dan lusa adalah kemenangan." Pada malam itu selepas sahaja post-mortem, kami membuat checklist barangan sumbangan yang perlu dibeli pada hari esok. Semoga urusan kami dipermudahkan.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau | 14 Februari 2019.

Comments
Post a Comment