PUISI #7 : Secalit Pesan Buat Anak Didik
Wahai anak didikku,
Dalam harapan kami,
Tersimpan seribu restu yang teriring,
Agar kalian bisa menegakkan cita murni,
Meneguhkan persetiaan dan wawasan,
Membina keutuhan prinsip dan pegangan,
Meneroka alaf dunia tanpa sempadan,
Kerana kemuliaan sesuatu bangsa itu,
Terletak pada kesempurnaan iman
dan kebijaksanaan kalian.
Wahai anak didikku,
Dalam restu kami,
Tersimpan seribu cita yang tertanam,
Agar kalian menjadi kelopak cempaka yang menguntum,
Menghiasi serata taman dan daerah pergunungan,
Mekar mewangi bagaikan setanggi jingga,
Menabur bakti buat tunas-tunas putera puteri,
Kerana kalianlah penyambung tugas suci,
Memartabatkan bangsa di mata dunia.
wahai anak didikku sekalian,
Tak akan sirna siraman kasih kami,
Tak akan pudar atau lekang diterik mentari,
Raihlah setitis ilmu selaut pengetahuan,
Capailah tangan kami,
Menjana minda meneroka khazanah,
Kenalilah dunia dengan segala isinya,
Agar kalian tidak tersesat nanti,
Di jalan yang terang nyata.
wahai anak didikku sekalian,
Datanglah ke pangkuan kami yang menanti,
Dengan seribu kecekalan dan kesungguhan,
Dengan seribu keinginan dan keyakinan,
Akan kami hulurkan secangkir harapan,
Akan kami gariskan sejalur pengertian,
Agar kalian memahami erti pengorbanan,
Yang tak pernah mengenal erti lelah dan jemu.
.
.
Nukilan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam Islamic outreach (IOA) ABIM, Kg Luanti, Ranau | 14 Februari 2019.

Comments
Post a Comment