TRAVELOG #3 : Hai Si Labu Labi
Makan tengahari pertama bersama pihak PBI ABIM Ranau di surau lama Kg Luanti.
10Februari2019, Ahad. Angin dingin pagi membuatkan aku terasa mengantuk lagi. Ingin sahaja sambung beradu. "Ahhh tak boleh. Ini bukan cuti-cuti Malaysia, ini misi sukarelawan!!!". Tegasku di dalam hati. Misi ini ada tujuan, dan kena perbetulkan niat. Cepat-cepat aku capai berus gigi dan terus keluar ke bilik air untuk bersiap solat subuh berjemaah. Seperti biasa, sesi membaca Al-ma'thurat, tadabbur Al-Quran & Kultis menjadi kewajiban harian kami sepanjang bermisi. Kultis kali ini kami memilih tajuk 'REZEKI', sesuai dengan peristiwa semalam yang kami lalui bersama.
Senaman yang kami lakukan pada pagi itu pula ialah permainan Zas Tang dan 'Buaya & Biawak'. Santai-santai sahaja pagi kami. Oh ya, hari ini aku ada task, iaitu perlu memasak untuk tengahari nanti berdasarkan undian yang diadili semalam pada waktu post mortem. Hahaha, bila dapat task ni, nervous sikit sebabnya bukan tak pandai memasak tapi nervous la kena memasak untuk jumlah yang ramai juga bagiku. Sebenarnya undian ini dibuat atas perbincangan bersama Abim juga kerana 3 orang daripada team kami perlu tinggal untuk memasak. Sementara yang selebihnya harus ke Kg Muruk di sebelah pagi dan Kg Sedul di sebelah petang untuk tinjauan dan meeting bersama penduduk kampung bagi Projek Turun Ke Desa ini. Iyalah dalam erti kata lain, kami nak lihat reaksi penerimaan orang kampung terhadap program yang akan kami jalankan bermula esok pagi. Jadi aku, Hassan, dan kak Yasmin terpilih untuk memasak. Masaklah kauuu.
Tup tup, Hassan diganti oleh Farhana, haha. Elok juga Farhana yang ganti, sama-sama perempuan, sedikit sebanyak boleh kongsi resepi acewahh. Menu hidangan yang akan kami sediakan pada tengahari ini adalah telur sambal & sayur kubis. Sebenarnya, setiap kali ada task yang memerlukan aku memasak, pasti aku akan menghubungi ibu ku terlebih dahulu untuk meminta resepi. Yela, takut-takut tersalah bahan masakan, habislah.
Maka bermulalah tugas aku, Farhana dan Kak Yasmin berperang di dapur. Dalam jam 9.20, selepas mereka berangkat sahaja ke kampung, kami mula menyiapkan bahan-bahan masakan. Aku mula kupas bahan-bahan untuk ditumis, potong kecil-kecil sayur kubis dan lain-lain sementara Farhana menggoreng telur dan Kak Yasmin bantu apa yang patut. Macam-macam gelagat aku dan Farhana semasa memasak. Dengan ketawa, menangis potong bawang, durian. Sangat menggamit kenangan. Bercerita tentang durian, sebenarnya, sedang kami memasak, Ustaz Ibrahim dari luar bertanya "Kamu makan durian tak?" sambil di tangannya memegang beberapa biji durian yang baru dibeli. Aku apa lagi, excited nak makan durian punya pasal mestilah tak menolak orang nak bagi durian free tu. Lalu, Ustaz Ibrahim menghulurkan sebiji durian kepada aku dan Farhana. Farhana tak teruja sangat sebab dia bukanlah peminat tegar durian. Aku iyaaa peminat setia durian. Selalunya aku merasa durian di dusun ayahku sendiri, kali ini jauh di perantauan pula. Habis licin aku dan Farhana makan durian itu. Ada lah tinggalkan seulas dua buat sahabat ku yang ke Kg Sedul pagi itu.
Makan durian, berborak, gelak, menyanyi, main-main sambil memasak. Kami sepertinya sedang menjiwai watak Labu Labi dalam cerita Tan Sri P Ramlee di mana 2 orang tukang masak yang selalu bergaduh dan berangan. Hai Si Labu Labi versi perempuan. Bergaduh manja dalam menyelesaikan tugasan. Hampir 80 peratus sudah selesai. Cuma tinggalkan goreng sayur sahaja. Kedengaran bunyi kereta 4x4 IOA di luar. Aku menjenggah, ternyata sahabat-sahabatku telah pulang dari Kg Sedul. "Alamak, aku belum habis masak lagi!!". Cepat-cepat aku, Farhana dan Kak Yasmin selesaikan apa yang patut. Lama juga kami memasak, mana taknya asyik main-main je sepanjang tu.
Lauk-pauk yang terhidang kelihatan lazat sekali. Kami menjemput pihak ABIM untuk menjamu hidangan yang disediakan di dewan belajar PBI untuk pertama kali. Selepas asar, team sukarelawan perlu turun ke Kg Muruk untuk berbincang dengan penduduk kampung di sana pula. Pada awalnya, aku sangka aku tak dapat peluang untuk ke Kg.Muruk kerana kenderaan hanya ada satu sahaja. Jadi beberapa orang harus tinggal. Tiba-tiba, sebelum mereka bergerak Abang Syafiq memanggil "Kamu orang mahu ikut tak, nanti saya hantar mereka dulu, lepastu saya datang semula ambil kamu." Syukur sangat, aku dan sahabat serentak setuju. Selang beberapa minit kemudian, ada seseorang ketuk dan membuka tombol pintu. Fuhh terkejut aku, ingatkan siapa rupanya Hassan datang menjemput kami sekali. "Jom, dah sampai dah tu". Katanya. Perjalanan menuju ke Kg.Muruk tidaklah begitu jauh. Hanya beberapa kilometer je dari PBI.
Untuk hari ketiga ini, aku dapat merasakan ikatan ukhuwah antara kami semakin erat. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah berkat doa rabithah, hati-hati kami bersatu. Hari ini semua team sukarelawan dapat merasai suasana di Kg.Muruk. Kata sahabat seperjuanganku yang ke Kg.Sedul pada pagi itu, sambutan Kg.Sedul sungguh meriah dengan kehadiran orang kampung. Kami juga sempat memberi hebahan program dari rumah ke rumah orang kampung untuk turut serta hadir bersama bermula esok. Malam itu, aku dan sahabat-sahabat seperjuangan ku bertungkus lumus menyediakan modul-modul pelajaran yang akan diajar pada esok bermula pukul 2.30 petang. Modul yang menjadi keutamaan ialah modul fardhu Ain. InshaaAllah, doakan perjalanan kami dalam misi memberi khidmat pendidikan ini dipermudahkan.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam, Islamic outreach ABIM (IOA), Kg Luanti, Ranau | 10 Februari 2019.

Comments
Post a Comment