TRAVELOG : SEMANGAT YANG HILANG.


TRAVELOG : SEMANGAT YANG HILANG

Lemah semacam hari ni. Aku pun tidak tahu mengapa aku begitu lemah hari ini, tidak seperti kebiasaan. Sampai sahaja di surau aku terus duduk. Hanya mampu melihat gelagat kanak-kanak berlari ke sana ke mari.

Bermulalah sesi mengajar, modul jawi yang diajarkan oleh saudari Nadirah. Aku hanya berdiri sebentar dan kemudian duduk semula sambal memerhati kerenah kanak-kanak. Mereka begitu bersemangat belajar, tetapi aku hanya termenung melihat mereka. Sesekali aku membetulkan kesalahan mereka, kemudian aku termenung kembali.

Persoalan yang sama kerap kali bermain di fikiran, ke manakah hilangnya semangat aku untuk mengajar ni? Mengapa aku rasa lemah sebegini? Bukankah niat aku dating ke sini untuk memberikan khidmat pendidikan? Tetapi mengapa aku diam seribu bahasa? Seperti orang yang tidak bermaya.

Fikiranku kosong, renungan jauh melayang. Aku cuba untuk bangkit semula, bangun dari khayalan yang sia-sia. Rehatkan minda sebentar dengan aktiviti petang, eksperimen sains. Bersama kanak-kanak Kg. Sedul melihat Hassan menunjukkan eksperimen ‘Build a Fizz Inflator’. Eksperimen ini menguji tindak balas ‘Acid-Base’ dan kedua-dua bahan kimia bekerjasama untuk membuat gas.

Alhamdulillah, semangatku dating kembali walaupun tidak seperti hari sebelumnya. Semangat yang hilang membuat aku hilang fokus untuk mengajar.



Disediakan oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
14 Februari 2019
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung