PERMULAAN LANGKAH
Hari ini, 3 September 2018 bermulanya hari pertama bagi Induksi Misi Sukarelawan (IMISU). Aku bersama rakan-rakanku yang menetap di Asrama Unisel Shah Alam (AUSA) bergerak seawal 5 pagi dari Shah Alam ke Unisel Bestari Jaya. Langit yang cukup gelap kami redahi untuk ke destinasi yang dituju. Tidak banyak kendaraan yang ada ketika itu. Kami bergerak secara serentak supaya tiada masalah yang akan hadapi oleh sesuatu pihak. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijingjing. Kami selamat tiba di Unisel Bestari Jaya (BJ) seawal 6 pagi. Rakan saya iaitu Hassan telah menghubungi individu yang menguruskan tentang perihal penginapan kami selama 3 hari 2 malam di sini. Setelah itu, kami dibenarkan untuk memasuki hostel yang telah disediakan oleh pihak unisel.
Dilaporkan oleh
Abdul Hafizuddin bin Abdul Hashim
Unisel Bestari Jaya
4 September 2018
Pada pukul
8:30 pagi, kami berkumpul di Dewan Kompleks Sukan di bilik Comnet. Kami telah
mendaftarkan diri dan telah membayar yuran sebanyak RM10. Kemudian kami
bergerak ke gelanggang untuk melakukan sedikit regangan untuk mencerdaskan
minda kami. Encik Izuwan Suhadak (Cik Su) iaitu Penasihat De Volunteer telah
mengarahkan kami setiap seorang untuk melakukan regangan dan semua akan mengikut
regangan tersebut. Kemudian kami bergerak ke Pusat Sumber Unisel untuk
mengikuti sesi bersama Cik Su.
Cik Su telah menjelaskan berkenaan apakah itu maksud IMISU, ianya bermaksud Induksi Misi Sukarelawan. Dalam program itu, Cik Su telah menerangkan tentang apa itu Ilmu. Kata Cik Su, "cubalah kita tanya kepada semua graduan-graduan yang baru tamat pengajian, semua takkan mampu nak jawab apa itu ilmu?" Maksud ilmu ialah ketibaan makna kepada diri dan diri kepada makna. Seterusnya program diteruskan dengan kenali diri.
Kemudian, Cik Su bertanya kepada semua peserta sama ada kami telah mumayyiz atau tidak. Majoriti menjawab ya, tetapi Cik Su bertanya kembali, "adakah anda masih membuat perkara yang tidak baik?" kami semua tertunduk berasa malu. Sesi ini membuatkan ia terkesan kepada diri saya bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Ketika ini aku sedar, tidak gunanya ada harta mewah tetapi miskin jiwa dan sombong kepada Allah Maha Pencipta.
Seterusnya, Cik Su telah menjelaskan maksud bahasa. Bahasa ialah satu sistem tanda yang memberi makna. Ianya terbahagi kepada 3, iaitu:
- Lisan
- Tulisan
- Badan
Cik Su juga memperingatkan kepada kami bahawa tidak semua nafsu adalah jahat. Ada nafsu baik dan juga jahat. Cik Su suka mengingati kami bahawa kami perlu sentiasa berzikir kerana zikir itu makanan rohani kita
Kemudian kami dibenarkan menunaikan solat Zohor di Masjid Unisel Bestari Jaya. Kemudian kami disajikan dengan nasi bujang yang sungguh menyelerakan. Setelah selesai, program seterusnya dibimbing oleh Nurul Hidayah Binti Mesari atau dikenali sebagai Kak Hidayah. Peserta diarahkan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang lokasi misi dalam beberapa aspek. Antaranya :
- Demografi
- Agama
- Politik
- Sejarah
Kemudian, kami diarahkan untuk bergerak ke jambatan yang ada di dalam perpustakaan untuk melakukan aktiviti seterusnya. Aktiviti tersebut melibatkan cara komunikasi. Cik Su telah mengarahkan kami untuk berkomunikasi dengan peserta yang kami tidak pernah kenal atau tegur. Kemudian kami perlu mengkritik peserta yang akan berkomunikasi mereka. Sebagai contoh badan kerap bergerak, mata tidak fokus dan kekurangan idea apabila berkomunikasi. Setelah selesai, kami dibenarkan untuk menunaikan solat Maghrib di masjid. Setelah selesai, kami disajikan dengan nasi putih, telur rebus, kuah kari dan sup sayur. Kemudian kami dibenarkan bergerak ke lokasi asal program dijalankan
Setelah pukul 9:30 malam, kami di arahkan ke masjid untuk menunaikan solat Isyak, kemudian kami diarah untuk duduk dalam satu bulatan. Slot ini dinamakan post mortem, di mana setiap seorang perlu memberi rumusan, kesan dan pesan kepada kesemua ahli.Dilaporkan oleh
Abdul Hafizuddin bin Abdul Hashim
Unisel Bestari Jaya
4 September 2018


Comments
Post a Comment