TRAVELOG : PERISTIWA MALAM TERAKHIR.
TRAVELOG : PERISTIWA MALAM
TERAKHIR.
Hari yang dinanti-nantikan oleh
kami semua yang mana dalam tentatif program kami sepatutnya ke Pasar Philipine.
Akan tetapi, untuk ke sana tidak semudah itu dan ada syarat khas dari tuan
penasihat, Encik Izwan Suhadak bin Ishak atau lebih mesra dengan panggilan Cik
Su. Katanya, semua mesti siapkan travelog dan puisi baru boleh pergi ke Pasar
Philipine. Dalam erti kata lain, kalau tidak siap tinggallah jawabnya.
Apalagi, semua terus struggle
siapkan travelog dan puisi. Macam biasalah tempat yang paling sesuai untuk
selesaikan tugas ni adalah perpustakaan UMS. Lain macam fokus sampai perut lapar
pun tidak dipedulikan sudah. Bila Masitah ajak makan barulah ingat mau isi
perut. Itupun masih risau lagi kalau tidak dapat pergi, mulut mengunyah tapi
fikiran melayang terbayang-bayang suasana di Pasar Philipine.
Hari semakin senja dan masih ada
yang belum siap lagi termasuklah aku sendiri. Tiba-tiba dapat whatsapp dalam
group misi Turda dari Cik Su, suruh ketua misi telefon katanya ‘urgent’. Semua
menggelabah bila dengar nama Cik Su, berdebar menanti khabar dari Masitah
tentang pesanan daripada Cik Su. Alhamdulillah, kami diberikan kelonggaran
untuk pergi ke Pasar Philipine walaupun tugasan belum selesai sepenuhnya. Dapat
saja berita baik, terus semua seperti tidak ketentuan gembira tidak terkata,
ketawa terbahak-bahak sampai kami lupa yang kami berada di dalam perpustakaan.
Sebelum itu, kami mengambil
gambar dan membuat rakaman video khas buat UMS sebagai tanda penghargaan.
Menara jam menjadi pilihan untuk menyimpan memori terakhir di UMS. Azan maghrib
berkumandang, setelah itu baru kami berjalan kaki. Kami singgah sebentar di
pusat membeli-belah, 1 Borneo untuk menunaikan solat maghrib. Selesai solat
maghrib barulah kami menunggu bas untuk ke KK. Tunggu punya tunggu sampai kebas
kaki berdiri bas belum sampai-sampai. Sampailah ada seorang pemandu bas yang
tengah parking menyuruh kami tunggu di dalam basnya sambal menunggu kawannya
sampai . Baik sungguh hatinya, katanya kesian melihat kami penat berdiri. Tidak
lama kemudian, akhirnya sampai juga bas tapi malangnya penuh. Kata pemandu itu
muatkan sahaja sebab akan ada yang turun di kawasan berhampiran dan kami turuti
juga, macam sardin sudah kami dalam bas tu.
Alhamdulillah sampai di Pasar
Philipine. Perut sudah lapar dan kami terus mencari kedai makan yang bertemakan
makanan laut @ seafood. Kami ditemani oleh seorang senior Turda Sabah iaitu Kak
Kiya yang sanggup datang jauh-jauh dari Kudat ke KK. Perut pun kenyang jadi
kami teruskan perancangan untuk membeli belah. Buat rakan seperjuangan ku yang
semuanya berasal dari semenanjung sudah tentu mereka ingin membeli sesuatu
sebagai ole-ole. Bermulalah sesi memborong dan tawar menawar dan aku hanya
tolong mereka berbelanja sekaligus cuci mata.
Fuhhhhhh … macam mahu patah kaki
ni berjalan terus. Dekat pukul 12 jugalah baru selesai berbelanja. Memandangkan
bas hanya ada sampai pukul 10 jadi kami terpaksalah balik rumah menggunakan
GrabCar. Hassan, Masitah, Farhana dan Nadirah gerak dulu. Tinggallah aku, Mus,
Nazifah, Amy dan Yasmin terbengkalai menunggu Grab. Disebabkan kami 5 orang,
kami tidak boleh menaiki kereta yang hanya untuk 4 orang. Masalahnya, harga
Grab untuk kereta yang kami perlu naik adalah RM33.00 kerana waktu hampir
tengah malam. Kami berusaha untuk kurangkan harganya dengan mencari kawasan
yang sehaluan dan lebih dekat yang menghala jalan ke rumah. Jalan dan terus
berjalan sehinggalah kami tiba di bandaran. Tersadai di tepi jalan bagaikan
orang yang kehilangan rumah. ‘Request’ Grab lepastu ‘cancel’, perkara yang sama
diulang hampir 5 kali. Tiba-tiba ada sebuah van Hiace lalu. “Macam ku kenal van
tu,” kataku kepada mereka. Dan tekaanku betul, van itu adalah van yang
digunakan oleh abangku dan dia menyuruh kami untuk datang ke stesen minyak
terdekat. Tempat dimana dia berhenti kerana rupanya dia juga perasan salah
seorang kawanku yang memakai topi iaitu Mus. Kalau sudah rezeki takkan ke mana,
selamat duit kami. Peristiwa malam terakhir yang sungguh dramatik.
Disediakan Oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
21 Februari 2019
21 Februari 2019
Rumahku Syurgaku, Sepanggar,
Kota Kinabalu, Sabah.
Comments
Post a Comment