Travelog : Momento Terindah

             
Beberapa jam sebelum penerbangan pulang
         
               Tik Tok Tik Tokkk, jam berdetik tanpa henti, ini bermakna saat yang paling berat sekali untuk dilalui bakal tiba. Setiap permulaan pasti ada penghujungnya, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap yang datang pasti akan pergi kerana itulah norma dunia. Aku tidak tahu yang lainnya yang pasti aku yakin setiap detik-detik akhir ini pasti menjadi ingatan yang begitu indah walaupun tidak begitu banyak kenangan untuk diukir bersama pada saat-saat akhir ini, namun sudah penuh momento-momento di minda untuk dikenang semula. Rindu itu pasti akan tiba, berat bukan kerana tidak sanggup berpisah tetapi khuatir tidak akan dapat berjumpa terutama yang berbeza tempat belajar.
          Subuh itu kami sudah bersiap sedia menanti di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah bagi mengelakkan perkara yang tidak dijangka mudah dilalui untuk sebarang kemungkinan. Satu persatu akan berpecah, perpisahan bersama saudari Mimy Minarti Binti Pangeran. Banyak jasa beliau dari tempat tinggal sehinggalah pengangkutan kami di Kota Kinabalu. Ini kerana beliau merupakan anak jati Sabah itu sendiri dan selepas selesainya misi ini kami akan terus menyambung cuti semester kami.
                Kami menanti dengan penuh kesabaran, perasaanku bercampur baur ketika itu antara tidak sabar mahu pulang dan berjumpa keluarga tercinta dengan tidak mahu melalui perpisahan bersama mereka. Dua minggu bersama sepertinya tidak terlalu lama, dua minggu bersama seperti seperti banyak perkara yang telah dikenali tentang perangai diantara kami, ada yang tidak menyangka ada yang tidak percaya dengan setiap tingkah laku yang diperlihatkan dan aku percaya sepanjang tempoh dua minggu ini merupakan proses pengenalan sebenar antara kami walaupun sebenarnya sudah acap kali berjumpa. Ukhwah yang wujud diantara kami seakan adik beradik yang tinggal bersama, segala dugaan dan cabaran yang dilalui bersama, saling membantu bagi yang memerlukan, gelak tawa yang masih terngiang-ngiang bila ada yang menggelikan hati.

Detik kepulangan kami ke tanah semenanjung

               Seterusnya pergerakkan kami telah ke ruang menunggu kapal terbang, mataku sudah mulai kuyu, menguap tak tahu yang ke berapa kali kerana tidak tidur semalaman bagi mengemas barang ingin pulang, akhirnya aku tewas juga di ruang itu, tidak menghiraukan orang yang lalu lalang sehinggalah waktu penerbangan tiba.  Setibanya kami di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, kami difahamkan rakan seperjuangan kami yang ke misi Padang baru sahaja tiba dan menanti kedatangan kami. Sebelum pulang kami telah pergi jumpa rakan-rakan yang ke misi Padang untuk bertegur sapa antara satu sama lain.
               Setelah itu, tibalah masanya pula saat yang paling tidak menyeronokan. Sikit demi sedikit ada yang pulang pergi ke haluan masing-masing, riak muka masing-masing seakan sentiasa terukir senyuman kegembiraan kerana dapat jumpa antara satu sama lain, namun aku tahu jauh di sudut hati mereka detik itu adalah detik yang berat untuk dilalui, siapa yang suka akan perpisahan terutamanya bila sudah rapat seperti satu keluarga. Aku cuma mampu berharap selepas misi ini ukhwah yang terjalin diantara kami akan sentiasa sama seperti ini walaupun hanya sesekali berjumpa, aku cuma berharap tiada segan silu bila berjumpa seperti pertama kali berjumpa, aku cuma berharap gurau senda tawa sentiasa kekal seperti dua minggu bersama, aku cuma berharap ukhwah keakraban kami yang seperti adik beradik ini kekal abadan abada walau apa pun dugaannya dan yang paling penting aku cuma berharap perjuangan menuju ke jalan Allah tidak berhenti sampai disini sahaja. Begitu banyak pengharapan aku kepada mereka untuk dirungkai dengan kata-kata, tidak mampu rasanya untuk dinyatakan semuanya disini. Aku gembira berkenalan dengan mereka, walaupun kami berbeza negeri, berbeza fakulti, berbeza kolej dan berbeza umur, namun tiada apa yang menjadi penghalang untuk kami menjadi semakin akrab seperti sebuah keluarga. Jumpa lagi semuanya, berbaktilah kepada masyarakat yang memerlukan kerana sememangnya lumrah dunia untuk sentiasa memberi dan menerima, jangan pernah mendongak ke langit apabila sudah rasa mewah kerana kita diciptakan dengan acuan yang sama iaitu dari tanah, kerana pokok pangkalnya kita akan kembali kepada sang pencipta , kerana akhirnya kita akan kembali ke tanah juga tanpa mengira tinggi mana taraf hidupnya. Kan kusematkan kenangan momento-momento yang sempurna indah jauh dalam benak ingatanku supaya kemanisan perkenalan singkat kita tidak akan pernah dilupakan walaupun ditelan masa dan zaman.
     





Nazifah Binti Nazri
22 Februari
5:56p.m
Putarajaya

Comments

  1. para Member setia ARENADOMINO,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.5% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . ARENA-DOMINO.COM
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    BBM : D8EBAA7C atau ARENA-DOMINO.COM
    WA : [+855]964967353

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH