TRAVELOG : JEJAK MINI NEW ZEALAND SETELAH 23 TAHUN.
TRAVELOG : JEJAK MINI NEW ZEALAND
SETELAH 23 TAHUN.
Selama hampir 23 tahun bernafas
di bumi bawah bayu ini, kini baru aku menjejakkan kaki dan menerokai Desa Dairy
Farm atau lebih dikenali sebagai ‘Mini New Zealand’. Baru ku tahu kalau Desa
Dairy Farm telah muncul sejak tahun 1980. Namun, beroperasi secara rasmi pada
tahun 1983. Pada tahun yang sama juga, kumpulan lembu yang pertama telah dibawa
masuk dari New Zealand.
Aku terpegun melihat ladang lembu
yang begitu luas. Sebelum ini aku hanya mampu menceritakan kepada orang luar
mengenainya tanpa mengetahui keadaan sebenar di kawasan tersebut. Hanya mampu
memberikan gambaran melalui pengalaman orang lain. Dan kini aku sendiri merasainya. Benda pertama yang aku lakukan
sebaik sahaja turun dari kereta adalah suruh kawan ambikkan gambar. Aku dan
bergambar berpisah tiada. Hehehehehe.. Nampaklah juga jakunnya tu, kegembiraan
yang tidak terungkap sebab baru pertama kali datang.
Sebagai anak kelahiran Sabah, aku
berasa sangat kagum melihat keindahan sekitar ladang. Udaranya yang sejuk dan
pepohon hijau persis di luar negara. Pelancong yang datang juga bukan sahaja
orang tempatan (Sabah) malah dari Semenanjung juga luar negara seperti Korea,
China dan Australia. Alang-alang menyeluk, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang sudah sampai Desa Dairy Farm, apa lagi kami terus mencuba susu dan
aiskrim Desa. Bak kata orang, fresh dari ladang.
Sempat juga kami melihat cara
pemerahan susu lembu, memberikan makanan dan minuman kepada lembu. Ohh sebelum
terlupa, kami ada membuat lawatan ke kolam air panas sebelum ke Desa Dairy
Farm. Antara kawasan yang kami kunjungi ialah Hot Spring, Taman Botani dan Air
Terjun Kipungit.
Kawasan ini sangat sejuk sehingga
ke bahagian air terjun Kipungit kerana dikelilingi pelbagai spesies pokok.
Istimewanya, Taman Botani menyimpan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang
memiliki 1001 manfaat. Manfaatnya adalah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Ini membuktikan bahawaa Sabah kaya dengan alam semula jadi.
Disediakan oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
18 Februari 2019
Rumahku Syurgaku, Sepanggar,
Kota Kinabalu, Sabah.
Comments
Post a Comment