TRAVELOG : DI SEBALIK NAMA UMS.


TRAVELOG : DI SEBALIK NAMA UMS.


UMS, Universiti Malaysia Sabah. Antara IPTA yang menjadi pilihan ramai. Ditubuhkan pada 24 November 1994. Dengan keluasan 1000 ekar, UMS memiliki pelbagai tempat yang menarik. Perubahan demi perubahan berlaku dan nama UMS semakin melonjak naik khususnya dalam industri pelancongan dek tawaran yang dibuat Pusat Maklumat Pelawat Eco Campus (EVIC). Bijak sungguh mereka memanfaatkan asset yang dimiliki dengan mempromosikan keindahan alam sekitar.

Kunjungan hormat kali ini sangat beruntung kerana dapat melawat banyak lokasi yang menarik di UMS. Perbincangan santai antara pihak kami dan MPP UMS berlangsung lebih kurang sejam. Pelbagai maklumat dikongsi dan masing-masing saling terpegun. Setelah santapan pagi, kami bergerak menuju ke perpustakaan UMS untuk membuat lawatan.

Kehadiran kami disambut dengan agak baik oleh pihak UMS. Aktiviti sepanjang di perpustakaan di bantu oleh Encik Mohd Syahrum Mohiddin, Pembantu Perpustakaan Kanan dan Encik Rudiman bin juri, Ketua Pembantu Pustakawan. Antara tempat yang kami lawati ialah MegaLab, Koleksi Perdana, Nobel Laureate dan American Corner. American Corner merupakan hasil kerjasama antara pihak UMS dan Kedutaan Amerika melalui satu memorandum persefahaman (MoU) pada 23 September 2016. Dan ditaja sepenuhnya oleh pihak Kedutaan Amerika.

Kemudian, kami dibawa ke Canseleri menggunakan ‘buggy’ untuk melawat Muzium UMS. Rasa sangat-sangat teruja dan terpegun kerana ini baru pertama kali aku melihat sebuah universiti memiliki muzium sendiri yang menyimpan pelbagai koleksi yang berkaitan dari awal penubuhan sehingga yang terkini. Sebuah telefon bimbit antara koleksi yang menarik perhatianku. Telefon tersebut digunakan untuk berhubung dengan pihak di luar negara. Mereka hanya tinggal menekan tombol nombor yang ingin dihubungi mengikut digitnya.

Terakhir, lokasi yang kutunggu-tunggu, yang terakhir kali aku kunjungi pada tahun 2008. Itupun atas dasar program sekolah. Melihat keindahan pantai ODEC, UMS membuat hati rasa tenang dan nyaman. Kini, di pantai itu sahaja semakin banyak menawarkan aktiviti yang menarik seperti aktiviti menunggang kuda, ‘parasailing’, ‘banana boat’ dan memanah.



Disediakan oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
20 Februari 2019
Perpustakaan UMS
Kota Kinabalu, Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH