TRAVELOG #2 : Syukuri Nikmat, Hayati Ibrah

Fish SPA, Tagal Ikan Keli, Kg Luanti

9Februari2019, Sabtu. Hari ke-2 aku dan sahabat seperjuangan berada di RPH, Ranau Sabah. Kami mulakan pagi itu dengan senaman ringan. Cuaca sejuk membuatkan badan terasa nyaman sekali. Syukur dapat melihat kebesaran Allah.  Berlatarkan Gunung Kinabalu yang terlihat dekat sekali.

Kami bergegas bersiap kerana selepas itu, kami harus ke Kampung Luanti, Ranau. Sedih juga rasa kerana baru sahaja nak berkenalan dengan anak-anak RPH di situ. Dalam perjalanan, kami singgah ke Pekan untuk print modul yang masih belum di print. Perjalanan menuju ke Kg Luanti agak mencabar pada mulanya dengan selekoh-selekoh tajam sepanjang perjalanan itu. Seperti biasa, aku kalau berjalan jauh, pasti akan terasa nak muntah-muntah. Ternyata ramalanku tepat sekali. Cuma kali ini, rasa mual dan pening sahaja. Mujur kak mimy segera menghulurkan plastik kecil pada ku sementara Aimi menghulurkan ubat ubatan untuk mengurangkan rasa mualku.

Sampai sahaja di destinasi yang dituju iaitu Pusat Bimbingan Islam, Islamic outreach ABIM (IOA), Kg Luanti, Ranau, aku dan sahabat melihat sekeliling kawasan tersebut. Kawasannya berdekatan dengan surau dan merupakan kawasan pelancongan juga. Excited juga aku melihatnya. Pada awalnya aku ingatkan yang kami akan menginap di kawasan pedalaman di kampung. Ternyata sangkaan ku meleset sekali.

Bermulalah sesi pengenalan antara kami 9 sahabat bersama pihak ABIM di situ. Antaranya Ustaz Ibrahim, Abg Syafiq, Yusri, Abg Khairul Fatin, dan lain-lain lagi. Terpegun lagi melihat pemandangan di sekitar kawasan penginapan kami itu kerana di sebelah bawah terdapat Sungai Tagal Ikan Keli yang kebiasaannya menjadi tarikan pelancong yang datang. Boleh dikatakan kawasan penginapan kami untuk 5 hari ini sungguh selesa dan nyaman. Aku bersama sahabat-sahabat perempuan menginap di sebuah asrama kecil, manakala sahabat lelaki menginap di sebuah bilik kecil di surau.

Petang itu, kami semua teruja nak turun berjalan-jalan di bawah untuk membeli sedikit kudap-kudapan seperti cempedak goreng & pisang goreng. Orang kata sambil menyelam minum air. Tak lama selepas itu, datang seorang pakcik bernama Pak Cik Ibrahim yang sangat bermurah hati belanja kami masuk ke Tagal, Sungai Moroli untuk merasai sendiri ikan-ikan keli berada di keliling kaki sambil-sambil itu kami harus memberi ikan keli itu makan. Pada mulanya aku agak takut kerana khuatir ikan-ikan itu akan gigit kakiku. Ternyata seronok pula bila mencubanya sendiri. Kata orang-orang di situ, ikan keli di situ hanya gigit kulit mati dan kotoran sahaja. Mujur ketika itu aku pakai stokin haha, tak terasa sakit sangat ikan di situ gigit. Rugi tak cuba kerana di situ ada limit masa iaitu dalam 3 minit sahaja.

Usai membersihkan diri, pada jam 3.11 petang, aku dan sahabat-sahabat ku dijemput pula untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran di rumah kakak Ustaz Sabri di Kg. Muruk. Ustaz Sabri merupakan YDP ABIM Ranau  yang juga bertanggungjawab untuk guide kami sepanjang kami di sini. Untuk pengetahuan juga, Abim Ranau sudah lama berkerjasama bersama UNISEL untuk Projek Turun Ke Desa ini. Dan ini merupakan kali ke-6 kerjasama ini dijalankan. Berbalik pada jemputan pada petang itu, kami dijamu dengan pelbagai makanan lazat, antaranya sup ayam, sup daging dan kek hari lahir. Apa lagi, kami pun makan dengan sepuasnya sebab makan free kan haha. Ramai juga yang repeat second round. Tapi, sungguh aku dan sahabat-sahabat ku sangat bersyukur dan gembira sekali kerana banyak rezeki yang kami peroleh pada hari pertama di Kg. Luanti. Alhamdulillah.

Aku terkesan pada malam itu sedang kami solat isyak berjemaah, tiba-tiba blackouts satu surau. "Gulp". Terkejut aku dan sahabat-sahabatku. Tapi, alhamdulillah, kami tetap meneruskan solat hingga selesai. Ibrah yang aku peroleh saat lampu tiba-tiba terpadam itu ialah aku benar-benar menghayati bagaimana rasa orang yang nikmat melihatnya ditarik, saat itu rasa sebak di hatiku. Terlalu banyak nikmat Allah beri pada kita, tapi sejauh mana nikmat yang kita dapat selama ini kita guna di jalan Allah? Adakah kita bersyukur? Dengan cara apa kita mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya? Kegelapan yang sebentar itu betul-betul buat aku terkesan. Usai solat, aku dan sahabat-sahabat ku keluar melihat sekeliling. Ternyata bukan hanya surau yang blackouts, tepi jalan yang terdapat kedai-kedai kecil pun tiada elektrik. Aku mendongak ke langit, terpesona melihat bintang-bintang yang berkelipan.

Meeting berkenaan persiapan sebelum kami masuk ke kampung-kampung pedalaman yang terpilih bersama pihak ABIM pada malam itu tetap dijalankan walaupun bercahayakan lampu suluh & flashlight phone. Mujur blackouts pada malam itu tak lama, kalau tidak jenuh juga nak fikir bagaimana nak masak apa semua. Haa, malam itu kami merayau pergi kedai cari maggi untuk makan malam dan sedikit keperluan perut. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi atas segala rezeki yang dikurniakan. Hari kedua misi yang penuh dengan senyuman dan kesyukuran. 12 days to go.
.
.
Disediakan oleh,
Nur Nadirah binti Hamdan |
Pusat Bimbingan Islam, Islamic outreach ABIM (IOA), Kg Luanti, Ranau | 9 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH