TRAVELOG : 10 000 LANGKAH !!
TRAVELOG : 10 000 LANGKAH !!
Ayuh berjalan! Hari ni kami
banyak berjalan kaki ke sana ke mari. Pagi-pagi berjalan kaki dari satu
terminal ke satu terminal bas. Jauh perjalanan bertemankan sang matahari yang
terik.
Setelah sekian lama tidak
berkunjung, kulihat semakin banyak perubahan yang berlaku di kawasan bandar
Kota Kinabalu. Bangunan semakin bertambah begitu juga bahang matahari yang
semakin menyengat. “Wuuuuuu ... besar juga bandar KK ni,” rakan seperjuangan
berkata sambal meneruskan perjalanan dengan penuh berhati-hati. Kerana KK
merupakan bandar yang agak sibuk dan sesak dengan kenderaan yang mengelilingi
bandar.
Sampai ke terminal bas, kami
teruskan perjalanan ke lokasi yang dituju iaitu pejabat SISMA Sabah. Perjalanan
mengambil masa dalam 20 minit. Namun yang menyedihkan, kami tersalah alamat dan
nasib baiklah pak cik pemandu van itu sangat baik hati, menunggu kami.
Kemudian, pak cik itu jugalah yang menghantar kami ke lokasi yang betul.
Allahu, boleh pula salah alamat.
Tidak lama kemudian, kami tiba di
lokasi yang sebenar. Bergegas naik ke pejabat SISMA dan laksanakan kunjungan
hormat. Dihadiri oleh 3 wakil daripada pihak SISMA. Kunjungan dimulakan dengan
sesi taaruf. Pelbagai perbincangan dilakukan termasuklah pengenalan Turda dan
program susulan untuk Unisel dan SISMA bekerjasama bagi program akan datang.
Selesai kunjungan hormat, kami
terus bergerak ke perpustakaan UMS untuk menyiapkan travelog dan puisi yang
tertunda. Dan sekali lagi berjalan kaki untuk masuk ke perpustakaan UMS. Kalau
boleh dikira langkah kami untuk sehari ni rasanya boleh mencecah 10 000 langkah
bahkan lebih lagi.
Disediakan oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
19 Februari 2019
19 Februari 2019
Perpustakaan UMS,
Kota Kinabalu, Sabah.
Comments
Post a Comment