Puisi : Terima Kasih

Budi mereka kecil tapi bermakna,
Perkenalan singkat tapi indah,
Pandangan dilempar tanpa kata-kata,
Senyuman diberi seikhlasnya,
Kami datang disambut mesra,
Walaupun mereka penuh tanda tanya,
Mereka tetap terima dengan hati terbuka,
Dan sentiasa berlapang dada,
Rela meluangkan masa,
Tanpa rasa syak wasangka,
kepercayaan diberi sepenuhnya,
Kami hargai pengorbanan mereka,
Walaupun sekecil zahrah di dunia,
Kerana kita sesama manusia,
Orang berbudi kita berbahasa,
Terima kasih untuk segalanya.


Nazifah Binti Nazri
22 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH