PUISI : SAHABAT KU.
PUISI : SAHABAT KU
Masihkah kau ingat
Saat bahu ini kau gunakan sebagai
sandaran
Waktu telingaku kau jadikan
tempat untuk berkongsi
Aku lah sahabat yang kau pilih
untuk kau percaya
Untuk kau meluahkan segala suka
dan dukamu.
Kini
Bahuku bukan lagi tempat kau
besandar
Telingaku jua bukan lagi menjadi
pilihanmu untuk kau
Meluahkan segalanya
Kerana engkau telah menemukan
yang terbaik lebih dariku.
Nukilan oleh :
MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
13 Februari 2019
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
13 Februari 2019
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
Comments
Post a Comment