Puisi : Beza Dunia

Pandanganku kali ini berbeza,
selaluku lihat hidup sederhana,
Disiniku lihat ada yang lagi susah,
Selaluku lihat ramai makan gaji sahaja,
Disini semua kerja sendiri sahaja,
Selaluku lihat bangunan sini sana,
Disiniku lihat pokok-pokok tinggi sahaja,
Selaluku lihat orang tua hanya dirumah,
Disini semua golongan kira sama berkerja,
Selaluku mahu ke mana sebentar cuma,
Disini perlukan waktu berjam-jam lamanya,
Selaluku lihat kereta penuh di jalan raya,
Disiniku lihat jalan raya lapang belaka,
Selaluku lihat bandar sesaknya,
Disiniku lihat bandarnya biasa,
Bezanya dunia kita,
Namun kita suma tetap sama,
Tetap anak Malaysia.



Nazifah Binti Nazri
21 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH