Travelog: Enaknya susu !!!
Setibanya di Desa Daisy Farm, bukan aku sahaja kelihatan "excited", kawan kawan aku lebih "excited" seperti anak kambing keluar kandang. Geli hatiku melihat gelagat mereka. Setelah turun dari van aku terus meluru masuk ke dalam untuk melihat lembu. Uniknya lembu ini adalah warna kulitnya berwarna putih bertompokan hitam.
Kami turun ke kandang untuk melihat lembu dengan jarak yang lebih dekat. Teruja aku melihat ketua misi kami iaitu kak masitah memegang lembu dan lembu itu begitu manja sekali. Dengan keberanian kak mas aku memberanikan diri untuk memegang lembu walaupun berasa sedikit gerun. Lembu ini jinak sebenarnya.
Sudah puas aku bergambar bersama lembu, aku berhasrat untuk membeli susu segar dan ais krim yang diperbuat daripada susu segar yang baru diperah. Sungguh nikmat dapat makan ais krim. Aku begitu teruja walaupun hanya memakan ais krim.
Lama kami di situ hanya untuk melihat lembu sahaja, aku berasa sangat seronok kerana ini adalah tempat yang aku ingin lawati dari kecil. Aku pulang ke kundasang dengan perut yang dipenuhi dengan susu.
Disediakan oleh
Aimi Nadhirah bt Norhisham
18 Februari 2019
Desa Daisy Farm

Comments
Post a Comment