Travelog : Wowwww UMS
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Alhamdulillah hari ini ku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas, masih diberi peluang untuk melihat dunia dan masih diberi masa untuk menikmati keindahan alam semesta. Hari ini juga aku mampu bangun dengan sendirinya tanpa dikejutkan oleh orang lain, hari ini aku bangun tanpa sempat jam loceng dari telefonku berdering dan hari ini aku telah bersiap diantara orang-orang yang terawal diantara kami semua, sepertinya ku sungguh bersemangat dan tidak sabar untuk melalui hari ini. Semangatku itu ibarat orang yang ingin datang ke sekolah dan belajar untuk pertama kalinya.
Ini mungkin kerana aku dan rakan-rakanku hari ini bakal pergi ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melakukan satu kunjungan hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi mewujudkan satu hubungan jaringan komunikasi bersama pihak UMS. Selain itu, kami juga telah didedahkan dengan beberapa maklumat mengenai UMS. Kedatangan kami sangat diundang dengan baik sekali, kami telah berkenalan antara satu sama lain dan telah dibawa ke sesetengah tempat yang menarik dikawasan UMS.
Tidak ku sangka, tidak ku duga pembinaan landskap di UMS begitu cantik sekali sehingga kan menjadi salah satu tempat kunjungan orang luar sama ada pelajar mahu pun orang awam. Susunan landskapnya yang unik telah membuatkan ku teruja untuk mengenali lebih lanjut mengenai UMS. Apa yang menarik mengenai UMS yang telah menjadi tumpuan orang ramai ialah kewujudan muzium UMS itu sendiri membuatkan diriku rasa UMS ini adalah satu tempat belajar yang menyeronokkan, di muzium tersebut aku dapat mengetahui sejarah-sejarah UMS, pembangunan awal UMS juga kedudukan-kedudukan setiap sudut UMS. Apa yang aku lihat pembinaan UMS ini tempat belajar yang berkonsepkan pelancongan, dalam konteks ini UMS dibina bukan sahaja untuk menempatkan individu belajar tetapi menggalakan tarikan pelancong untuk berkunjung ditempat itu ibarat pepatah melayu 'Menyelam sambil minum air'. Menjadi biasa oleh pelajar di sini apabila melihat orang asing datang ke tempat mereka ini untuk berjalan-jalan tanpa urusan rasmi.
Antara contoh yang menjadi tarikan atau tumpuan orang luar terhadap UMS ialah UMS adalah universiti yang dekat dengan persisiran pantai, malah menurut makluman daripada salah satu pelajar di sini bahawa pantai itu juga sebahagian daripada kepunyaan mereka. Bayangkan betapa indahnya suatu tempat belajar itu mempunyai tempat-tempat sedemikian rupa, boleh melihat pulau-pulau yang ada, boleh menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa, malah juga mempunyai perkhidmatan memanah, memandu ATV dan juga berkuda, menarik bukan? di sana juga mempunyai sudut yang dikenali sebagai tempat akuarium tetapi bukan rezeki kami untuk masuk ke sana kerana masih dalam penambahbaikan. Kami juga difahamkan salah satu bidang yang dipelajari di UMS adalah membuat penternakan bagi penambahan baka ikan untuk ternakan mereka.
Di sini aku dapat lihat bahawa universiti ini ingin menerapkan pelajar-pelajarnya supaya serba berkebolehan dalam pelbagai industri seperti industri penternakan, industri pelancongan dan sebagainya. Aku berasa seronok dapat meneroka hampir keseluruhan universiti ini dan dalam waktu yang sama aku cemburu dengan setiap infrastruktur universiti ini jika hendak dibandingkan dengan universiti ku sendiri, namunku murni kan semula hati dan jiwa bahawa setiap tempat itu pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Nazifah Binti Nazri
20 Februari 2019
5:56p.m
Perpustakaan UMS

Comments
Post a Comment