Travelog : Ukhwah


Salah seorang penduduk 

          Matahari terik di kepala sehingga sinarannya menyilaukan mata, bahang kepanasan yang menjadi norma setiap tengahari menyebabkan gegendang di perut semakin berirama seperti ada yang bermain dram yang begitu rancak, kesejukan pagi kian berlalu pergi mengikut kitaran masanya. Tepat pukul 12:30 tengahari kami telah ke bawah untuk mencari santapan ringan yang boleh di jamah sementara menunggu masa berdetik pada pukul 3 petang kerana kami difahamkan oleh ketua bahawa tengahari itu telah di jemput datang kenduri di sekitar penduduk berhampiran.
            Kemudian, masa yang telah dinantikan telah tiba, kami telah pergi ke destinasi menggunakan kereta yang dijemput. Perjalanan yang tidak sampai 10 minit tersebut telah melangkui jalan yang berbukit dan berliku ibarat badan ular yang melingkar di atas rumput, penuh dengan liku-liku. Perkampungan yang kecil dengan corak pola yang agak rapat telah menampakkan kampung tersebut tersangatlah rapat ukhwahnya. Setibanya kami di sana, kami telah di sambut baik dengan tuan rumah tersebut.
              Suasana yang meriah mungkin tetamunya terdiri daripada jiran-jiran, sanak saudaranya dan sahabat handai. Setelah ucapan ulang tahun diucapkan dan doa selamat dibacakan, para tetamu di jemput untuk menjamah hidangan yang disediakan. Pelbagai hidangan yang membuka selera telah dihidangkan pada petang itu. Setiap jenis makanan yang disediakan telah dicuba, ada hidangan yang pertama kali dilihat dan ada juga yang memang sudah dikenali.
               Layanan yang diberikan oleh tuan rumah kepada kami sangatlah memberansangkan dan diterima baik oleh mereka, tidak kira sama ada ahli keluarganya atau penduduk-penduduk di sekitar situ. Kami pulang penuh kekenyangan dan rasa senang hati. Majlis telah diakhiri dengan sesi pemotongan kek ulang tahun. Bersyukur rasanya apabila rezeki tidak diduga kerana menghadiri kenduri bukanlah sememangnya dari perancangan kami, namun telah di jemput oleh tuan rumah itu sendiri dan sebagai rasa hormat serta ingin menjalinkan silaturahim kami pun datang ke kenduri tersebut.
             Sebaik sahaja pulang, kami telah bertegur sapa dengan pengunjung luar yang berhampiran. Ini kerana di kawasan tempat tinggal kami mempunyai tempat kunjungan ramai orang luar iaitu kawasan ikan sungai yang terpelihara.



Nazifah Binti Nazri
9 Februari 2019
12:25 a.m
Kg.Luanti

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH