TRAVELOG: TERAKHIR MENGAJAR

Hari ini adalah hari Jumaat bersamaan 15 Februari 2019. Ini adalah hari terakhir aku mengajar di Kampung Sedul. Di hari terakhir ni banyak perkara yang menarik berlaku kepada aku dan sahabat-sahabat aku.

Seperti biasa, aku dah sahabat-sahabat ku pergi ke kampung Sedul itu dalam lingkungan jam 3.30 petang. Sampai sahaja, seperti selalu kanak-kanak akan sudah siap bersedia menanti kehadiran kami di dalam surau. Pada hari ini, kami tidak mengajar benda baru kepada mereka. Tetapi kami buat ulang kaji kesemua pelajaran yang kami telah sampaikan kepada mereka dari pada hari isnin hinggalah ke hari ini.

Marjoriti ke semua pelajar ingat apa yang kami ajarkan kepada mereka. Antara pelajar terbaik yang paling perform di dalam kelas adalah Khairunisa dan Azirah. Kedua-duanya adalah pelajar perempuan.

Selepas sahaja sesi kelas fardhu ain, kami akan buat eksperimen. Hari ini kami buat eksperimen menggerakkan tin kosong menggunakan belon tanpa menyentuh tin itu. Eksperimen ini perlukan usaha keras sikit untuk menjadikan eksperimen tu. Kerana belon itu kita perlu gosokkan di rambut selaju yang mungkin untuk menghasilkan tenaga magnet elektrostatik.

Selepas sahaja eksperimen, kami bersiap untuk solat maghrib. Pada hari kebiasaannya aku akan suruh Shafiq untuk azan, tapi hari ni aku suruh Fahmi untuk azan. Sebabnya nak bagi dia lebih yakin untuk azan dan iqamat. Selepas itu kami teruskan dengan Solat Maghrib.

Selepas solat maghrib, kami dan anak-anak didik kami makan dulu makanan yang di tapau kan oleh mak Khairunisa untuk kami semua. Selepas makan, kami sambung dengan ulang kaji sementara menunggu masuknya waktu Isyak.

Masa kami buat ulang kaji dengan pelajar-pelajar itu, sesuatu yang sangat buat kami semua terkesan berlaku. Iaitu blackout. Tiba-tiba sahaja gelap pada malam itu. Satu kampung itu blackout. Tapi yang menariknya, adalah pelajar-pelajar kami relax je. Tidak terkejut atau menjerit pun. "Ni kalau dekat tempat aku ni, dah menjerit budak-budak kalau blackout macam ni" Dalam hati aku berkata. Mereka semua santai saja. Lepas tu barulah aku buka flashlight telefon bimbit ku. Kemudian, kami juga solat Isyak di dalam gelap gelita.


-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-15 Februari 2019-
-11.30p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH