TRAVELOG: TAGAL IKAN KELAH


Pada waktu petang, dalam lingkungan jam 4.50 petang, kami semua berniat untuk berjalan-jalan kawasan hadapan tempat perlancongan di belakang tempat kami menginap iaitu "TAGAL" SG.MOROLI, KG.LUANTI BARU, RANAU.

Tiba-tiba ada seorang pakcik yang dikenali Pakcik Ibrahim, dia tanya kepada kami tentang detail-detail kami. Memandangkan beliau tahu kami ini semua berniat untuk membantu orang-orang kampung di situ dan kami juga jauh datang dari semenanjung, beliau menjemput kami untuk masuk ke dalam TAGAL tersebut secara percuma.

Semasa kami masuk ke dalam TAGAL itu, kami semua sangatlah bersemangat selepas tengok ikan-ikan kelah tu membersihkan kaki pengunjung-pengunjung yang lain. Kemudian, turn kami pula untuk mengambil pengalaman disitu.

Kami semua pergi ke bahagian hujung kerana disitu saja ruang kosong yang ada. Orang yang pertama masuk adalah saya, kemudian barulah diikuti yang lain. Tetapi, ada juga yang tidak masuk kedalam sungai kerana takut akan ikan-ikan itu. Kami semua bergambar dan menikmati pengalaman itu.

Selepas beberapa minit, siren dibunyikan sebegai petanda slotnya sudah tamat. Kemudian kami pun segera naik ke atas untuk mencuci kaki dan pulang semula ke tempat penginapan. Apa-apa pun kami sangat bersyukur terhadap Allah S.W.T kerana telah mengurniakan rezeki ini kepada kami. 


Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-9 Februari 2019-
-11: 50pm-
- ABIM, Ranau, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung