TRAVELOG: SEMANIS PAGI DI COURT BOLA TAMPAR

                     

   `  Bangun! Bangun! Farhana bangun sudah nak dekat pukul 6 ‘. Suara k.mas yang mengejut saya dan ahli rumah yang lain kedengaran. Orang yang paling awal bangun juga adalah k.mas. Maklumlah kak Mas jugaklah ibu kepada kami tambahan pula dialah leader dalam team Turda Sabah 6.0. Kak Mas memang seorang ketua yang bertanggungjawab. Suka tengok kesungguhan beliau ketika memberi arahan dan tunjuk ajar. Cewahhhh…Tapi betul lah. Kak Mas memang terbaik.

       Selepas selesai solat subuh berjemaah, kami lekas bersiap-siap untuk aktiviti dan riadah pagi. Jam 7 semua dah kena kumpul dekat court bola tampar. Kalau nak tahu rumah kami lah yang selalu awal siap.Hahaha tepuk sikit. Kemudian, kami pun secara berjemaah menuju ke court bola tampar depan café tu. Sunyinya bila lihat sekeliling. Mana tak nya kan cuti semester 2 bulan pula memang sunyi lah kolej. Cuma adalah tinggal beberapa foreigner yang x balik. Mybe Malaysia best atau nak jimat kos atau malas balik.

        Dengan mata yang macam nak tak nak je buka, menuju ke court. Terlihat Abang Amin yang keseorangan di tengah court tersebut sambil menunggu adik-adiknya tiba. Tiba di court, kami duduk bersila dalam  1 kumpulan yang besar untuk membaca al-Mathurat dan tilawah al Quran bersama-sama. Ini lah rutin kami sepanjang Induksi ini dijalankan. Seronok bila dapat kumpul bersama-sama sambil taddbur al Quran.

         Selesai membaca al Mathurat dan taddabur al-Quran, kami membuat sedikit senaman ringkas supaya bertenaga sikit. Ni tengok semua lemau je. Kemudian, kami ke bilik seminar untuk meneruskan slot seterusnya. Tiba-tiba……….(bersambung)


-farhanaNajwa21

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH