Travelog: Semangat Terjalin
Bersama salah seorang penduduk Kampung Muruk
"kringgggggg..!!" jam loceng berbunyi menandakan subuh menjelma. Badan tidak henti mengeliat sambil mulut yang masih menguap membuatkan mata berair. Mata yang masih dipenuhi dengan tahi mata yang kering. Dengan hati yang kental, kami gagahkan jua diri ini untuk bangun menghadap ilahi.
Hari yang sudah lama dinanti nantikan iaitu sebahgian daripad kami akan ke Kampung Sedul dan sebahagian daripada kami akan ke Kampung Muruk. Ahli kami yang ke Kampung Muruk ialah Farhana, Nazifah, Muizzuddin dan Aimi manakala yang akan ke Kampung Sendu iaitu Masitah, Hassan, Nadhirah, Yasmin dan Mimy.
Setibanya di Kampung Muruk pada jam 3:45 petang, suasana agak sunyi sepi seperti tiada penghunu di kampung tersebut. Kami terus melangkah masuk ke dalam surau dan mengemas apa yang boleh dikemas. Walaupun suasana surau itu agak sunyi, keadaan surau ini agak bersih seperti baru dibersihkan. Ini membuat kami lebih tertarik kerana walaupun jumlah penduduk islam di kampung ini agak sikit, tetapi mereka menjaga surau ini seperti rumah mereka sendiri.
Akan tetapi yang membuatkan kami sedikit tersentuh apabila kaki pertama menjejak kedalam surau, kami disambut meriah oleh budak-budak dari kampung itu bersama seorang nenek tua yang bernama "Jalitah". Nenek tua itu kelihatan sungguh bersemangat hinggah membuatkan kami sedikit tersentuh. Kesungguhannya untuk belajar itu membuatkan kami berasa semakin bersemangat!
Kehadiran mereka seramai 7 orang, 6 orang kanak kanak dalam lingkungan 5 hingga 18 tahun dan seorang warga emas yang berusia 64 tahun. Kami mengajar mereka fardhu ain yang asas terlebih dahulu kerana mereka kurang arif yang asas. kami mulakan dari bawah hingga topik yang berat sehingga mahir. Itulah pengorbanan yang kami akan curahkan selagi ada masa .
Disediakan oleh:
Aimi Nadhirah
11/2/2019

Comments
Post a Comment