TRAVELOG - SEMANGAT BELAJAR

Rabu, 13/02/2019 : Hari ni team Kg Sedul gerak dulu ke lokasi aktiviti. Sesi pembelajaran dimulakan lebih awal daripada masa sebelum ini. Kehadiran kanak-kanak Kg Sedul pada permulaan agak tidak memberangsangkan. Sesi pembelajaran sedang berlaku. Datang dua orang budak perempuaan ke surau.

Pada mulanya aku biarkan dahulu, sebab ingat budak berdua tu akan terus masuk. Bila aku rasa lama sangat kat luar, aku pun tengoklah kat luar, rupanya budak berdua tu tolak antara satu sama lain untuk masuk dahulu. Jadi aku pun minta budak berdua ni masuk sama-sama.

Aku handle dua orang budak perempuan yang baru masukk tadi. Aku ambil modul Fardhu Ain' yang telah disediakan oleh team TURDA Sabah 6.0 iaitu Aimi Nadhirah. Aku terus tunjuk modul tu kat budak berdua tu dan aku terus tanya mengenai solat dia bagaimana. Silap aku tak tanya dahulu kecenderungan sebenar datang ke sini . Mereka bab solat bolehlah, ok juga cuma bacaan dalam solat tak berapa lancar. Aku ajar sedikit bagaimana nak mudah ingat dan minta baca tanpa melihat buku.

Laila dan Hatira kedua-dua berumur 14 tahun, kedua-dua budak nie ada semangat nak belajar, kalau tak ada semangat budak berdua ni tak akan datang. Laila nampak lebih semangatnya berbanding Hatira, mungkin Hatira orangnya pemalu. Kedua-dua budak ni nak minta diajar Iqra, Solat dan berkaitan Agama Islam. Laila dan Hatira dapat datang mulai hari ini, disebabkan kekangan waktu persekolahan. Budak berdua ni bersekolah di SMK Lohan, sekolah ini terletak jauh dari kawasan rumah mereka. Laila dan Hatirabtidak dapat datang hari Isnin (11/01/2019) dan Selasa (12/02/2019) sebab waktu persekolahan habis pukul 5.50 petang. Laila bagi tau yang Isnin dan Selasa adalah waktu pembelajaran, manakala Rabu hingga Jumaat pula adalah waktu sukan. Aku terkesan dengan Laila dan Hatira kerana sanggup tidak ke sekolah hari ini, dan mereka bagi tau yang mereka tak datang ke sekolah sehingga Jumaat ni, sebab nak belajar Iqra, Fardhu Ain' dan berkaitan agama Islam.

Aku kalau diberi peluang untuk stay mengajar diorang aku sanggup untuk ajar budak-budak kat kampung ni sehingga lancar dari segi bacaan dalam Iqra dan bab Fardhua Ain' dapat ditingkatkan. Penduduk di Kg Sedul, bukan sahaja Kg Sedul serta kawasan perkampungan yang lain. Mereka nak sangat ada yang datang untuk mengajar sehingga mereka boleh berdiri sendiri. Kami di Kg Sedul hanya seminggu sahaja, tinggal berbaki beberapa hari sahaja dari hari ni. Rasa sebak pula nak habis masa kami mengajar disini. Kalau hati aku kuat lagi, dan segala urusan dipermudahkan, dengan izinnya aku datang semula. Rasa hati dah melekat kat Sabah ni, tapi hati tu kena jaga bukan melekat kerana benda yang lain. Satu dosa besar jika hati tak digunakan pada tempat yang betul. Nasihat pada diriku yang lemah ini dan sahabat-sahabatku.


MASITAH MASIRUN
13/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH