TRAVELOG - SATU TITIK PERMULAAN
Selasa, 12/02/209 : Yusri Fauzi, 27 tahun, pelajar Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah. Dah tiga hari kami disini, baru sahaja dapat tegur. Abang Yusri sendiri beranikan diri untuk tegur kami kaum wanita. Abang Yusri bagi tau dia sekarang ni tengah jaga pandangan dan hati. Abang Yusri baru sahaja menjejaki di Pusat Bimbingan Islam, Ranau, Sabah, sudah 2 minggu Abang YUsri di sini. Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA) adalah tempat untuk kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar agama dan mendalami agama Islam.


Abang Yusri seorang yang peramah. Abang Yusri bercerita yang Abang Yusri pernah kerja kat Syarikat Panasonic di Shah Alam lebih kurang 1 1/2 tahun juga. Abang Yusri cerita sebab kebetulan kami dari semenanjung. Abang Yusri masuk di sini atas pemberitahuan seorang Ustaz berkenaan Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA). Pada mulanya kat Terengganu nama Abang Yusri dihantar, tetapi di Terengganu hanya belasan tahun sahaja yang diajar. Jadi di Kg Luanti, Sabah sahaja yang mempunyai umur 20 tahun ke atas yang menjadi pelajar di sini, Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah.
Di sinilah titik permulaan yang dirasakan oleh Abang Yusri. Abang Yusri bagi tau yang hati dia sentiasa tidak tenang, hati terasa amat kosong. Abang Yusri tunjukkan tasbih yang dipegang, dia bagi tau yang tasbih ni sahaja yang boleh membuat hatinya tenang. Bila tasbih tak ada kat tangan, hati yang buruk mainkan peranan.
Tujuan asal Abang Yusri masuk ke sini adalah kerana sebuah hati yang tidak dapat dirungkaikan, rasa seperti sesutau yang tidak lengkap. Bermulalah satu titik permulaan yang lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Zikir itulah makanan harian hati, kalau tiada zikir matilah hati ini.
MASITAH MASIRUN
12/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah.

Comments
Post a Comment