TRAVELOG - SATU KELUARGA
Sabtu, 16/02/2019 : Hari Penutupan Majlis Kg Sedul dan Kg Muruk. Kg Sedul pada waktu pagi manakala Kg Muruk pada belah petang. Semalam habis postmoterm prepared untuk majlis penutupan, balut hadiah, bungkus barang sumbangan dan sediakan sijil kanak-kanak.
Dalam perancangan pukul 9.00 pagi dah gerak ke Kg Sedul sepatutnya, tapi ntahlah aku rasa macam slow jer pergerakan. Nak dekat pukul 10.00 pagi kami baru gerak. Penah dengar tak apa yang kita sebut ni adalah satu doa. Tak tau lah kenapa pagi tu aku boleh nyanyi lagu 'Selow' nama penyanyi tu aku tak tau pula siapa. Lirik ni jer aku tau tapi berulang-ulang
Karnaku selow, sungguh selow
Sangat slow, tetap selow
Aduh kau ni Mas, mungkin sebab kaulah pergerakan pagi sangat slow. Patutnya zikir yang aku kena sebut berulang-ulang, bukan nyanyian tu yang berulang. Jangan jadi macam seorang yang bernama Masitah ni, disebabkan dia benda nie berlaku. Astagfirullah apa kau nie salahkan diri pula, kau merancang, Allah merancang tapi perancangan Allah lagi baik buat hamba-Nya. Kau perlu ambil dan jadikan pengajaran daripada perkara ni agar tidak berulang pada masa akan datang.
Tibanya, di Kg Sedul kami terus turunkan barang-barang sumbangan, hamper dan barang modul aktiviti sukaneka. Sepanjang aktiviti sukaneka dijalankan aku jadi juri dan runner. Sambutan kanak-kanak malahan ibu bapa pun amat menggalakkan. Terserlah kecerian di wajah kanak-kanak Kg Sedul, seronok bermain game yang disediakan. Bermacam ragam yang ditunjukkan. Ibu bapa juga ada game yang disediakan. Last game yang kami buat untuk ibu bapa adalah baling belon, perlawanan bersama sukarelawan Unisel. Acah-acah kata tak apa kita bagi chance kat ibu bapa, yerlah perlawanan antara anak muda dan beliakan. Dush, mmng kami lagi buuu berbanding ibu bapa yang kurang sedikit tenaga berbanding kami. Tapi menyeronokkan, kat sini boleh nampak betapa akrabnya perhubungan antara kami.
Terasa seperti sebuah keluarga apabila bersama penduduk Kg Sedul. Keluarga nun jauh di semenanjung, merekalah keluarga kedua di Sabah.
Terasa seperti sebuah keluarga apabila bersama penduduk Kg Sedul. Keluarga nun jauh di semenanjung, merekalah keluarga kedua di Sabah.
MASITAH MASIRUN
16/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
Comments
Post a Comment